Pagi itu, ketika saya mengimbas kad Touch N Go di stesen LRT, tiba-tiba kad itu gagal berfungsi. Saya kira punca utama adalah saya terlalu cepat meletakkan kad saya ke atas pengimbas sebelum panel penunjuk bertukar normal untuk kad orang yang di hadapan saya. Saya cuba menuju kepada seorang staf di situ. Sebelum sampai kearahnya, saya disuruh ke kaunter. Sebelum saya sampai ke kaunter, staf di kaunter sudah mengangkat kad yang tertulis "Touch N Go - Out of Service". Saya bertanya kepada staf tadi apa yang harus saya buat. Saya tidak sekali-kali menggunakan tunai kerana saya telah menambahnilai kad saya lebih RM100 untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Staf itu menyuruh saya menaiki tren dan menyelesaikan masalah saya di stesen yang saya akan turun. Ini dinamakan "memindahkan masalah".
Sesampai di stesen Dang Wangi, saya bertanya sama ada sistem Touch N Go di stesen itu berfungsi.
Staf: Kat sini pun system down kak. Kitorang pun tak boleh buat apa.
Saya: Bila sistem akan ok?
Staf: Tak tau la kak.
Saya hulurkan duit RM50 untuk tambang yang berharga RM2.30. Saya ada pilihan? Sudah tentu tidak. Itulah sebabnya saya menggunakan kad kerana saya tidak mempunyai duit kecil ketika itu. Duit syiling pula baru saja saya masukkan ke dalam tabung sebelum saya keluar rumah. Staf itu menghulurkan kad untuk saya slotkan ke dalam mesin slot.
Saya: Tak payah la kad ni lagi. Saya kan dah sampai sini.
Staf: Akak kena masukkan jugak kad tu.
Tidakkah ianya menyusahkan sedangkan perkhidmatan ini untuk menyenangkan orang seperti saya. Itu belum lagi dicerita pengalaman menggunakan sistem LRT di Kuala Lumpur ketika hari hujan.
Di stesen monorel Bukit Nanas, ketika saya menaiki tangga, kaki saya tersadung dan saya hampir terjatuh tersungkur. Nasib baik orang tidak ramai. Walaupun tidak ramai, ia adalah insiden yang memalukan. Tiba-tiba saya tersenyum sendiri. Di dalam hati saya berkata: "Kenapalah hari ini dimulakan dengan sesuatu yang malang. Entah malang apa yang akan berlaku lagi sepanjang hari ini".
Hampir sampai ke pejabat, ketika saya menaiki tangga, saya menyeluk beg untuk keluarkan ID kad. Saya terasa seperti ada benda jatuh tetapi saya tidak hiraukan kerana sibuk bersembang dengan Diana yang kebetulan sampai sama dengan dengan saya. Tiba-tiba ada seorang lelaki cina menegur saya dan memberitahu ada sesuatu terjatuh. Saya toleh. Kad Touch N Go saya rupanya. Andai tidak ditegur, mungkin bukan setakat saya kehilangan kad Touch N Go tetapi juga kad tambahnilai saya yang lain. Aduhhh....saya sangat lalai.
Tiada apa yang terjadi sepanjang saya di pejabat. Saya kira setakat itu saja malang saya tetapi tidak. Sebelah petangnya saya ke kedai berhampiran rumah. Berjalan seperti model catwalk, tiba-tiba kaki saya tergelecok kerana lantai yang tidak rata. Sakitnya tidak terkira. Saya terpaksa berhenti sekejap untuk menahan sakit lebih kurang 5 minit. Dalam masa yang sama, ada seorang lelaki bersama anaknya hendak melalui lorong di tempat saya berdiri. Macam mana saya hendak bergerak dengan kaki yang sakit? Kenapa mesti lalu di lorong itu sedangkan ada 2 lagi lorong lain yang boleh dilalui? Saya paksa kaki saya berjalan walaupun sakit. Dia tahu kaki saya sakit kerana insiden itu berlaku didepan matanya. Saya nampak dia memerhatikan saya yang menahan sakit. Kata-kata dalam hati saya memang tiada ampun. Nanti ada pula yang masuk penjara kerana membunuh dengan niat hehehehehe.
Sampai situ saja? Tidak. Sampai di rumah, saya bercita-cita untuk masak Butter Prawn yang resepinya saya dapat daripada seorang blogger. Ternyata Butter Prawn saya tidak menjadi(!). Tetapi saya makan jugalah walaupun tidak sedap dan tidak menjadi. Haiza cuma rasa sebab ketika itu dia sudah bersiap untuk keluar makan malam. Aishah belum sampai rumah.
Kalau sudah mulanya malang, sampai ke hujung pun malang. Allah suruh kita lebih berhati-hati.

10 comments:
kalau negara maju..dh lama LRT yg mcm tu kena saman...sb myusahkan pguna
setiap perkara d mulakan dgn bismillah..
mgkin ada sesuatu yg terjadi itu ada sbb nye..so..fikir sejenak k..
yg khidmat LRT tu mmg x ptut..aduii..nyusahkan.!!
tu latihan uji iman tu kak el.. hehehe..
byk2 bsabar ye..
lagi satu, insya allah semua tu sebagai kifarah dosa, best kan? sehari punya bad luck tp insya allah juga menghapus sehari punya dosa :)
Ab: masalahnya kita kat sini walau apa pun masalah lrt yang berlaku, kita tetap guna sebab tak ada alternatif.
Yus: betul jugak tu.
Solehah: betul tu. patut la terasa ringan je bila dekat nak tidur.
hai, kenapa rasa sejuk hati lepas baca komen dr aminudin?
Teo
ok ke kaki tu? kalau nasib tak baik boleh bengkak..
Lan: memang kaki saya bengkak 3 hari tapi saya paksa berjalan.
Teo: sebab komen Dr membina.
Post a Comment