Wednesday, 31 March 2010

DHL

Selama ni saya menggunakan perkhidmatan DHL untuk penghantaran document ke luar negara. Perkhidmatan syarikat courier ini sangat memuaskan dan cekap sehinggalah semalam.

Saya nak hantar dokumen dan cek ke Dubai dan London. Saya call DHL pagi tu untuk pick-up. Selalunya maksimum jam 4pm runner DHL dah ambil dokumen tapi sampai jam 5pm semalam dokumen tu masih duduk bersimpuh atas meja reception.

Saya call. DHL kata diorang datang sebelum jam 5.30pm. Oh, tak tahu pulak saya. Selalunya jam 4pm. Ok. Letak telefon. Jam 6pm, receptionist call saya mengatakan dokumen tu duduk bersila pulak. Eh, tak boleh jadi ni. Apa sudah jadi dengan DHL? Angkat telefon.

Saya: Saya call dari XXX Planet Marikh. Reference No. saya 00000.
DHL: Ok, apa yang boleh saya bantu?
Saya: Masih belum pick-up
DHL: Oh ye ke. Saya check dulu ye mem.
Saya: Ok

Dalam 5 minit tunggu.

DHL: Mem, runner kami tak sempat sampai sebab hujan dan jalan jem. Boleh tak saya suggest for late pick-up?
Saya: (Dalam fikiran saya, diorang ni naik van ke naik motor yang jem ni?) Ok, macam ni la. Ofis saya pukul 6pm you all dah tak dibenarkan naik dah. Apa kata esok pagi-pagi datang pick-up.
DHL: Ok, dalam pukul 9 pagi?
Saya: Tak tak. Pukul 9.30 ke atas (sebab receptionist saya jarang datang awal)
DHL: Ok, saya arrange dari pukul 9.30am ke pukul 1pm la ye.
Saya: Ok.

Beberapa jam kemudian.

DHL: Saya dari DHL. Boleh cakap dengan Jumbo Gajah Biru? (ok ok tak. Dia tak cakap camtu hehehehe)
Saya: Ya saya.
DHL: Runner kami datang sebelum pukul 3pm ye.
Saya: (Saya nak jawab apa kan selain dari “ok”)

Nak marah pun tak boleh sebab ni pertama kali saya bermasalah dengan DHL. Selama ni DHL banyak membantu saya. Saya rasa tak adil kalau saya marah hanya kerana satu insiden yang tak berpihak kepada saya. Takkanlah hanya kerana satu keburukan, kita lupa semua yang baik. Terimalah seadanya dengan redha.

Tapi, saya rasa saya akan jadi HULK kalau dokumen yang saya nak hantar tu berstatus URGENT(!)

Tuesday, 30 March 2010

PBAKL

Saya sebenarnya hairan, kenapa selama ni saya pergi ke Pesta Buku tak adalah sampai saya tak bawa balik apa-apa. Tak adalah saya perlukan tangki oksigen untuk bernafas. Tak adalah saya perlu redah orang pakai langgar je. Tak adalah saya tak jumpa pintu keluar. Tak adalah saya berpeluh-peluh sampai habis sebungkus tisu.

Rupanya selama ni saya ke Pesta Buku sama ada saya ambil cuti atau saya pergi lepas kerja. Patutlah lengang dan berlenggang je saya berjalan hinggakan semua orang kat gerai kat situ tengok saya atas bawah macam dalam cerita Pretty Woman. malu wehhhh

Saya dah serik. Saya tak mahu lagi ke Pesta Buku pada hari minggu(!) Macam tu rupanya Pesta Buku masa hari minggu. Tak pernah pulak saya tahu. Dah la hari terkahir. Baru saya faham apa Nohas maksudkan.

Gloss: Nasib baik ibu bapa saya tak mahu ikut ke Pesta Buku. Kalau tidak, mesti saya kena marah dengan abah....hikssss~~~~ rileks la abah....

Gloss II: Kesian Alya. Macam terpenyek je dia kat tengah-tengah orang ramai yang sendat tu.

Gloss III: Siap bawak Bintang-bintang Ke Syurga untuk penulisnya tandatangan tapi musnah harapan :-) Tahun depan ye Xarine.


Monday, 29 March 2010

Tisu

Baru saya perasan atau pun memang ia adalah sesuatu yang baru.

Saya ke KFC. Tak ada la lapar sangat tapi memikirkan saya malas masak bila sampai rumah, saya makanlah dulu isi perut lebih kurang. Kau tau makan je el, masak malas. Memang dah malas masak pun sejak akhir-akhir ni. Nak kena rajin balik ni.

Makan KFC ni satu je masalah dia. Tangan berminyak. Masa makan tak ingat dunia. Dah habis makan baru sedar tangan berminyak. Basuh pun kena pastikan basuh bersih-bersih dengan sabun yang disediakan. Sabunnya pula bukanlah sabun yang berkualiti sangat. Kena guna banyak-banyak barulah boleh berbuih dan bersih.

Selalunya sebelum basuh tangan lepas makan, saya lap dulu dengan tisu. Selalunya tisu tu akan melekat-lekat kat jari yang berminyak. Tapi kali ni tak pulak melakat kat jari. Minyak tu semua melekat kat tisu. Tisu tu sangat berkesan menanggalkan minyak sampai bersih jari saya. Eh, betul ke ni? Saya ambil tisu lagi untuk lap celah-celah jari dan kuku. Memang betullah tisu tu dah boleh menanggalkan minyak dengan berkesan.

Satu inovasi yang baru dari KFC. Memang nampak remeh hanya kerana tisu tetapi berniaga yang berkaitan dengan perut orang, kita tak boleh buat main-main. Kadang-kadang benda remeh pun boleh penuh kotak komplen yang disediakan. Pelanggan-pelanggan KFC yang rajin guna tisu macam saya tapi tak reti nak bagi feedback, mesti dah bagitau pengurusan KFC bahawa tisu yang dulu tu tak berkesan untuk menyerap minyak. Jadi, KFC dah innovate tisu yang benar-benar menyerap minyak.

Ini tak bermakna kita tak perlu basuh tangan lepas lap dengan tisu ye.

Gloss: Maafkanlah saya untuk ayat-ayat saya yang berterabur tu ye sebab kepala saya sakit :-)

Wednesday, 24 March 2010

Pemandangan Biasa

Saya rasa saya lalu di Jalan Tun Razak tadi. Rasanyalah. Saya memang 'buta' jalan. Sebab bukan saya yang drive. Kot. Quartermaster yang tak boleh harap saya ni.

Dari jauh, saya ternampak macam pekerja alam flora sedang duduk di tepi jalan. Berdekatan dengannya adalah penyapu dan basikal. Mula-mula saya tak fikir apa-apa. Bila dah dekat, kelakuan dia menarik perhatian saya. Dia tengah sarapan. Pemandangan biasa kan? Bagi saya ia pemandangan yang penuh makna. Sekurang-kurangnya untuk diri saya.

Sarapan di tepi jalan raya. Nasi lemak di tangan (saya assume nasi lemak la ya. tak tau la pulak kalau dia makan mihun ke, mi ke, kuey tiaw ke). Air mineral di sebelah. Sepanjang jalan penuh dengan deretan kereta yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Penuh dengan pandangan mata, debu dan kurang keselesaannya. Disebalik kesayuan saya melihatnya, ternyata ada kesungguhan dan ketabahan dia menjalani hidup ini untuk menghabiskan sisa-sisa usia.

Gloss: Saya sarapan di tepi jalan raya juga tetapi di dalam restoran yang selesa. Sangat beruntung. Tak bersyukur lagi ke macam tu?

Monday, 22 March 2010

Mari Membebel

Satu permulaan tahun yang kurang baik untuk blog ini. Kesian kat dia. Jarang saya bagi makan. Asyik saya je yang makan untuk perut saya. Sekolah cuti, blog ni pun macam cuti juga. Seronok dia dapat cuti agaknya. Kalaulah dia boleh bercakap, hendak juga saya tanya dia.

Mesti blog-blog lain cerita tentang pesta buku. Saya belum ke pesta buku lagi. Niat hati konon-kononnya nak jumpa Xarine. Nak bawa novel Bintang-bintang ke Syurga untuk dia tandatangan dan dapatkan novel barunya. Belum berkesempatan ya Xarine. Tuan ini sudah saya kenal secara maya bertahun-tahun dulu tetapi tak sangka berjumpa di alam maya juga tetapi dalam bentuk yang lain.

Saya baru habis baca novel aA+bB karya Hlovate. Dalam hati saya, tinggal lagi satu karya Hlovate yang belum saya baca iaitu Ked’s Story dalam novel Pelangi. Betapa seronoknya sebab akhirnya habis juga karya-karya dia saya baca. Tapi…ooopss…bila saya dapatkan novel Pelangi semalam, rupanya belum habis lagi karya Hlovate yang saya perlu baca iaitu Versus. Duhh!!! Mana pula saya nak cari ni? Semalam ke MPH tak ada pula novel tu. Mungkin di pesta buku ada? Ada tak Ayong? Ayong bertugas lagi di pesta buku kali ni?

Cuti sekolah. Mengalahkan budak sekolah yang bercuti. Saya pun sibuk nak bercuti juga. Tempat biasa je. Cherating. Saya tak pernah ke sini walaupun saya lahir di negeri ini. Buat malu je kan. Melayan Alya yang memang pantang nampak air. Pantai kurang orang tapi air taklah sebiru atau seaqua atau sehijau yang kita bayangkan. Tapi angin laut? Memang boleh buat kita tak mahu balik. Rugi pergi laut untuk orang yang tak pandai berenang macam saya. Dapat tengok je la. Tak dapat mandi. Lagipun malulah nak mandi.

Saya memang takut dengan air banyak-banyak ni. Tasik, laut, sungai, banjir apatah lagi tsunami, memang saya takut. Mungkin sebab saya pernah lemas dalam kolam kanak-kanak 8 tahun lepas membuat saya sangat takut dengan air yang banyak. Air dalam baldi tak takut la. Haaa....gelak....gelak.

Thursday, 11 March 2010

Ti Bi

Apa agak kita rasa kalau orang tikam belakang kita? Agaknya kita sanggup tak nak buat kat orang? Apa agaknya orang yang tikam belakang kita tu rasa kalau ada orang lain pulak yang tikam belakang dia?

Yang nyata, tikam belakang ni tak menjadikan kita arwah. Kita tak perlu dibungkus dengan kain kapan. Orang tak payah buat kenduri tahlil untuk kita. Kalau arwah, tanam je terus. Senang. Tapi tikam belakang ni sakitnya sampai ke hati dan dibawa kemana-mana selagi hidup. Pedihnya macam ditusuk belati. Macamlah pernah rasa kena tusuk belati kamu ni.

Tak mengapalah. Jangan balas. Sebab? Sebab balasan dari Allah itu adalah balasan yang kita sendiri tak terfikirkan dan kita tak mampu buat.

Friday, 5 March 2010

Perasan

Tak kira. Nak jugak mule ni. Last pair pun last pair lah.

Saya: Is this the last pair? Ada yang lain tak? (makcik tercakap orang putih dengan dia sebab ingat dia bukan melayu...ahaksss!!!)

Pakar perunding kasut: Kejap ye kak. Saya check.

2 minit berlalu

Pakar perunding kasut: Kak, tinggal yang ni je satu. Takde lagi dah. Tapi takde orang try lagi.

Saya: (Dalam hati, boleh percaya ke takde orang cuba lagi) Takpe, tak kisah. Ada orang cuba ke takde orang cuba ke, saya nak yang ni jugak.

Pakar perunding kasut: Akak try la yang kat depan tu. Semua ada less. Harga tinggal RM100 je.

Saya: Yang tu? Tinggi sangat la. Dah la saya tinggi. Pakai kasut tinggi, lagi bertambah tinggi. Kang takde sape nak jalan sebelah saya.

Muahaha…statement tak boleh blah dari mulut yang laser ini. Aduhh..apa punya statement la. Macam perasan pun ada.

Tuesday, 2 March 2010

Pilot G-1 & Pilot G-2



Kisah yang sangat remeh-temeh.

Saya nak tumbuh tanduk dah ni. Hari tu saya oder refill pen gel Pilot. Pen ni ada 2 jenis. Saya tahu ada 2 jenis masa kali terakhir saya oder dengan satu vendor ni. Bila saya oder untuk kali seterusnya, saya detailkan ciri-ciri pen ni di dalam sistem. Selalunya vendor boleh retrieve maklumat lengkap yang kita dah khaskan untuk setiap oder.

Bila saya dapat barang-barang yang saya oder termasuk pen ni, semuanya dalam keadaan yang baik dan betul kecuali pen Pilot ni. Saya minta 5 batang refill Pilot G-1 bermata 0.7mm warna biru. Vendor hantar 5 batang refill Pilot G-2 bermata 0.7mm warna hitam(!) Kan jauh beza warnanya. Saya tak mahu terima dan saya pulangkan balik sehingga dia hantar yang betul. Beberapa hari kemudian dia hantar semula. Saya buka kotak kat situ jugak. Kali ni dia hantar 5 batang refill Pilot G-1 bermata 0.5mm warna hitam(!). Aduhhh…apa teruk sangat ni? Kalau dekat kedai vendor tu tak apalah jugak. Ini jauh hanya nak hantar 5 batang refill pen tu. Saya pulangkan balik masa tu jugak. Saya cakap, selagi tak hantar yang betul saya taknak bayar semua barang yang saya oder. Biasalah tu kan. Sesiapa pun akan buat benda yang sama macam saya.

Kenapa saya tak beli kat kedai je? Sebab saya malas nak claim hiksss!!!

Tadi, vendor datang hantar. Saya suruh dia tunggu kejap sebab saya nak check. Nampak macam salah lagi. Eh..macam betul pulak. Saya oder warna apa ya? Lupa la. Kenapa macam banyak sangat ni? Saya nak 5 je. Wahhh, vendor siap kata kat saya, “Tu la dia, check betul-betul, dia tahu nak marah je”. Lorrr...bila masa pulak makcik marah. Seingat saya la kan, saya tak pernah marah setiap kali diorang hantar yang salah. Kalau saya marah pun, memang patut saya marah kan? Sebab bukan sekali. Dah masuk 2 kali. Kalau sekali salah, boleh terima lagi. Kalau dah lebih dari 2 kali, mesti ada yang tak kena. Sebenarnya, saya tak marah pun dia cakap kat saya macam tu. Saya tahu dia bergurau. Tapi saya boleh je nak malukan dia marah kat depan staf-staf yang lain sebab dia hantar yang ni pulak:

- 5 batang Pilot G-1 bermata 0.7mm warna biru
- 5 batang Pilot G-2 bermata 0.7mm warna hitam

Masalahnya sekarang, bukan pasal pen, bukan pasal vendor dan bukan pasal silap hantar tetapi masalahnya ialah saya.

Perlukah saya pulangkan balik yang saya tak oder? Ini masalah integriti, akhlak dan sikap saya sebagai seorang Islam.

Gloss: Ikutkan hati saya yang tak berapa nak baik ni, memang saya TAK MAHU pulangkan yang warna hitam tu sebab saya cuma oder yang warna biru…hikssss!!! Kan dah kata, tanduk dah mula nak keluar.