Tuesday, 2 March 2010

Pilot G-1 & Pilot G-2



Kisah yang sangat remeh-temeh.

Saya nak tumbuh tanduk dah ni. Hari tu saya oder refill pen gel Pilot. Pen ni ada 2 jenis. Saya tahu ada 2 jenis masa kali terakhir saya oder dengan satu vendor ni. Bila saya oder untuk kali seterusnya, saya detailkan ciri-ciri pen ni di dalam sistem. Selalunya vendor boleh retrieve maklumat lengkap yang kita dah khaskan untuk setiap oder.

Bila saya dapat barang-barang yang saya oder termasuk pen ni, semuanya dalam keadaan yang baik dan betul kecuali pen Pilot ni. Saya minta 5 batang refill Pilot G-1 bermata 0.7mm warna biru. Vendor hantar 5 batang refill Pilot G-2 bermata 0.7mm warna hitam(!) Kan jauh beza warnanya. Saya tak mahu terima dan saya pulangkan balik sehingga dia hantar yang betul. Beberapa hari kemudian dia hantar semula. Saya buka kotak kat situ jugak. Kali ni dia hantar 5 batang refill Pilot G-1 bermata 0.5mm warna hitam(!). Aduhhh…apa teruk sangat ni? Kalau dekat kedai vendor tu tak apalah jugak. Ini jauh hanya nak hantar 5 batang refill pen tu. Saya pulangkan balik masa tu jugak. Saya cakap, selagi tak hantar yang betul saya taknak bayar semua barang yang saya oder. Biasalah tu kan. Sesiapa pun akan buat benda yang sama macam saya.

Kenapa saya tak beli kat kedai je? Sebab saya malas nak claim hiksss!!!

Tadi, vendor datang hantar. Saya suruh dia tunggu kejap sebab saya nak check. Nampak macam salah lagi. Eh..macam betul pulak. Saya oder warna apa ya? Lupa la. Kenapa macam banyak sangat ni? Saya nak 5 je. Wahhh, vendor siap kata kat saya, “Tu la dia, check betul-betul, dia tahu nak marah je”. Lorrr...bila masa pulak makcik marah. Seingat saya la kan, saya tak pernah marah setiap kali diorang hantar yang salah. Kalau saya marah pun, memang patut saya marah kan? Sebab bukan sekali. Dah masuk 2 kali. Kalau sekali salah, boleh terima lagi. Kalau dah lebih dari 2 kali, mesti ada yang tak kena. Sebenarnya, saya tak marah pun dia cakap kat saya macam tu. Saya tahu dia bergurau. Tapi saya boleh je nak malukan dia marah kat depan staf-staf yang lain sebab dia hantar yang ni pulak:

- 5 batang Pilot G-1 bermata 0.7mm warna biru
- 5 batang Pilot G-2 bermata 0.7mm warna hitam

Masalahnya sekarang, bukan pasal pen, bukan pasal vendor dan bukan pasal silap hantar tetapi masalahnya ialah saya.

Perlukah saya pulangkan balik yang saya tak oder? Ini masalah integriti, akhlak dan sikap saya sebagai seorang Islam.

Gloss: Ikutkan hati saya yang tak berapa nak baik ni, memang saya TAK MAHU pulangkan yang warna hitam tu sebab saya cuma oder yang warna biru…hikssss!!! Kan dah kata, tanduk dah mula nak keluar.

5 comments:

ili said...

Salam
ape semester baru tu kak is?
rindunye kat kak is!!!
siyes T_T

Solehah Muhammad said...

hahahaaa..kdg mmg geram ngan org buat keje sambil lewa je ni..

eL said...

Ili: Wa'alaikumussalam. Wah(!) Baru sekarang awak timbul. Amboiii...mana kak is punya fridge magnet dari Hong Kong?

Solehah: Itulah..dalam sejuta yang buat keje sambil lewa, adalah sorang yang bagi keuntungan kat kita..contoh, macam akak dapat 5 batang refill "percuma" ni hehehe.

Khairi Mohd said...

adui kak el, dah nyanyuk yeee hahaha.

ehem, sy pun punya prob sama tempoh hari. beli refill g1, kat rumah semua ada g2. g1 takde. ingatkan ada huhuhuhu.

eL said...

Khairi: Vendor yang nyanyuk. Hantar barang berpuluh-puluh kali yang salah :-)