Thursday, 29 October 2009

Receptionist & Tea Lady

Dari tingkat 16, saya hendak turun ke tingkat 1. Lif terbuka di tingkat 15. Saya ingat dah sampai tingkat 1, saya pun nak turunlah. Tengok-tengok tingkat 15. Seorang staf perempuan bertudung masuk dalam lif senyum pada saya sambil berkata; "belum sampai lagi". Bermula sebuah dialog:

Staf: Dari tingkat berapa?
Saya: Tingkat 16.
Staf: Oh, you jaga kat depan tu ye?
Saya: (Geleng kepala sambil senyum)
Staf: Oh, you bukan jaga depan tu? Habis tu, you department apa?
Saya: (Buat muka ala-kena-bagitau-ke-ni-yang-malas-ni-tak-payah-tau-la. Akhirnya terpaksa cakap)
Staf: Oh, XXX's Office. Eh, jarang nampak you (bercakap dengan muka interested)
Saya: Memang jarang keluar pun (Berjalan selaju mungkin untuk tidak menyambung perbualan)

Muka saya ni ada rupa receptionist agaknya.

Henry: (Dia staf dari Singapore. Dia tanya kawan sepejabat dia sebab dia nampak saya tengah buat air kat coffee bar) You want coffee or tea? (Kawan dia jawab "kopi") Can you please prepare us some coffee? (Dia cakap kat saya)
Saya: (Sambil senyum kat dia) Sorry, I am not a tea lady
Henry: Oh, I am sorry

Muka saya ni ada rupa tea lady agaknya.

Bila ingat-ingat balik, nak tergelak pun ada.

Saya tak kisah la orang nak cakap apa atau nak anggap saya apa. Tak luak pun. Ada kawan yang kat sebelah bangunan sana, sampai bergaduh gara-gara kawannya tersilap letak designation dia dalam carta organisasi hehehe.

McNa kata: "Ek ele....pasal designation pong nak kepoci cam orang mabuk....kalu post sama taraf ngan penasihat perdana menteri letak taraf officer bleh la nak kepoh..." Hehehehehe

Gloss: Saya akan post kan kemudian cerita tentang "Dia Dari XXX's Office".

Wednesday, 28 October 2009

Jambatan Suspens?

Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu tidak akan sama dengan nyawa yang hilang. Andai diganti dengan nyawa sekali pun, ia tetap tidak akan sama.

Selepas ini ibu bapa akan lebih takut lagi untuk membenar anak-anak menyertai mana-mana kem. Padahal kem-kem ini membawa banyak kebaikan.

Ini bukan masa untuk menuding jari kepada sesiapa.

Takziah kepada keluarga kanak-kanak yang mati lemas di Kuala Dipang.

Gloss: Stesen LRT Terminal Putra nak tunggu kejadian yang tidak diingini berlaku barulah mereka hendak pasang semua lampu di sekitar stesen. Yang peliknya, waktu hujan semua lampu di padam. Waktu tak hujan semua lampu dipasang. Apa bezanya? Apa salahnya pasang lampu setiap malam? Setakat pasang bumbung untuk pejalan kaki tidak bermakna kalau berjalan di dalam keadaan gelap. Lampu ada tapi tak pasang. Untuk apa lampu tu? Nak berjimat kena tengok tempat. Kalau berlaku apa-apa baru nak pasang semua lampu setiap malam. Dah terantuk baru nak terngadah. Saya belum menghantar sebarang komplen ke pejabat LRT Putra.

Sunday, 11 October 2009

Selekeh

Minggu lepas adik saya pergi survey barang-barang elektrik untuk rumah saya. Oh ya, saya lupa nak bagitahu. Aishah dah kahwin, jadi barang-barang elektrik kepunyaannya wajib harus dibawa bersama. Orang punya kan. Takkan nak hadap sampai bila-bila.

Setelah perincikan kriteria barang-barang yang saya mahu, adik saya maklumkan kepada saya melalui telefon.

Adik: Kak, ada satu peti ais ni tengah clearance sale. 2 pintu, kiri kanan. Besar. Adik rasa adik nak beli yang ni, awak ambik yang kat rumah adik tu.

Saya:
eh...siapa yang nak beli peti ais ni? aku ke dia? Taknaklah awak punya tu. Besar sangat. Space kakak kecik je. Nanti tak muat nak keluar masuk dapur.

Adik: Rugilah. Murah ni.

Saya: Tau murah tapi tak ada space macam mana?

Adik: Tak apa lah kalau macam tu. Adik balik dari Medan esok adik beli lah. Adik fikirlah apa nak buat dengan yang kat rumah tu. Yang lain-lain ni ok tak? Bla bla bla. Ke awak nak tengok dulu. Nanti tak puas hati pulak.

Saya: Nak kena tengok ke? bab ni yang malas ni. kedai tutup awal. kita ni balik kerja lambat. takut terkocoh-kocoh tak sempat. tapi kalau beli barang tak tengok, apa barang kan. yang kita ni percaya kat dia. Esoklah, boleh ke? Dalam pukul 6.45 pm. Jumpa kat mana?

Adik: Adik ambik awak kat lrt Wangsa Maju.

Gila detail dailog hahahaha Esoknya, dengan terkocoh-kocoh, saya keluar tepat jam 5.45 pm. Biasanya saya akan sampai area rumah saya dalam masa 1 jam. Wangsa Maju adalah taman kejiranan saya.

Saya sampai dulu kedai tu sebelum adik saya. Saya masuk kedai sambil tengok barang-barang elektrik lain selain yang adik saya dah booking semalamnya. Salesman ni ikut je. Di mana saya pusing-pusing tengok barang, kat situ jugaklah dia tercegat. Dah kerja dia kan. Kang kita nak tanya apa-apa, takkan kita nak panjangkan leher cari diorang pulak. Kang diorang taknak layan, kita komplen pulak kan. Saya tanya dia itu ini tapi dia jawab bukan main lembut dan perlahan sangat-sangat sampai tak dengar mengalahkan saya yang perempuan kat situ memang dia lembut pun. Saya terpaksa ulang soalan beberapa kali. Angguk pun macam nak taknak. Nak kerja ke tak dik? Bila saya cakap kat dia saya tengah tunggu adik saya, dia tak ikut saya lagi.

Setelah adik saya sampai, kami tengok semula barang-barang. yang dia dah booking semalam Dah setuju semua, saya berikan details untuk barang-barang di hantar ke rumah. Oh, lupa nak bagitahu, yang layan kami BUKAN salesman yang lembut tadi.

Sedang salesman sediakan invoice, adik saya datang kat saya. Dia bagitahu, "Semalam adik datang pakai selekeh je. Naik motor pulak tu. Semua orang buat layan tak layan je. Dia ni je lah yang ikut mana adik pergi. Tapi layan ok-ok je. Bila tengok adik nak beli macam-macam barang, bayar cash, barulah nak layan".

Adik saya ni memang selekeh sepanjang masa. Tak hairan kalau orang pandang dia macam tu. Bila dia datang dengan open top car baru orang nak layan dia agaknya. Ditambah pula dia beli tunai barang-barang ini hari tu.







Sunday, 4 October 2009

Ketam

Kalau saya ke pasar, saya selalu memandang ketam dengan perasaan yang bercampur baur. Eh...kenapa pulak? Saya teringin nak masak ketam lemak cili api tapi saya tak tau macam mana siang ketam. Laaa...tak tau siang?

Aishah selalu cakap kat saya nak siang ketam senang je. Buang je bahagian keras kat atasnya. Bahagian keras atasnya? Bukan ke bahagian keras atasnya tu kulit ketam yang kita masak sekali. Bukan, bukan bahagian tu. Bahagian keras yang kecil dekat dengan kepala ketam tu. Ishhh...tak taulah saya yang mana satu. Kalau tak tengok, susah nak bayangkan.

Jadi, jangan bayangkan. Kita tengok gambar walaupun bukan yang boleh dipegang ;)

Oh, ketam yang kita selalu makan tu namanya ketam bunga. Yang ni male. Filename kat gambar ni la kata male. Tapi write-up kata female. Untuk orang yang buta ketam macam saya, memang saya confuse tahap kronik bila orang belit-belitkan jantina ketam ni.

Yang ni filename kat gambar ni kata female tapi write-up male. Saya pasti yang membezakan jantina ketam-ketam ini adalah kulit yang berbentuk 3 segi di bahagian bawah perut ketam-ketam ini. Inilah agaknya yang dimaksudkan Aishah "bahagian keras atasnya" kot. Ini bukan atas. Ini bawah perut. Eh, ye ke bawah perut? Entah, saya pun tak tau hehehehe.

Ni ketam betina. Female.

Ni ketam jantan. Male.

Kalau tanya saya, macam mana nak tahu jantinanya kedua-dua ketam ini kalau dilihat dari bahagian atas, saya cuma akan jawab dari segi bentuk dan warnanya saja. Ciri-ciri yang lain saya surrender, saya memang tak tau :-)

Sumber: www.penang-traveltips.com. Terima kasih.

Perasan Glemer

Sumber: Facebook Majalah Nur. Terima kasih.

Razlan/Suzie/Zita,

Kak Is dah glamourkan korang dalam edisi September 2009 majalah ni. Beli jangan tak beli, ok. Lepas tu framekan ;) Bukan senang nak keluarkan muka korang dalam ni. Kalau editor dia reject, tak merasa nak tengok muka ceria korang tu....hahahaha....ayat macamlah-grand-sangat-keluar-majalah-tu. Ayat perasan tak ingat.

Lan,
Lepas ni bolehlah jadi artis macam Jipie Pesawat. Gambar dalam kereta Malaysia F1 Team ke yang keluar suratkhabar hari tu? Gelap sangatlah, tak berapa nampak..hahahaha..ampun(!)

Suzie,
Ni lah gambarnya yang awak kata "kamera flash banyak sangat. terasa macam mak mertua sarung cincin pulak". Gedik sungguhlah ayat.

Zita,
Kak Is kena tengoklah macam mana bentuk muka bumi awak sekarang sebab awak kata gambar ni masa awak muda. Sekarang dah bulat. Jom jom jumpa. Bawa Hani sekali. Tu pun kalau Hani nak duit raya lah.

Thursday, 1 October 2009

Gegar

Lorrr....dekat jugak dengan Malaysia rupanya. Siapa yang cakap jauh tadi? Eh...betul ke Samoa yang dikatakan tu adalah Samoa yang ini? Confuse. Salahkan confuse, padahal Geografi out.

Lebih kurang jam 6:20 pm semalam:

Saya: Ko kat mana?
McNa: Aku kat ofis ni. Nak turun dah ni.
Saya: Eh kenapa ko macam cemas je ni?
McNa: Ofis aku ni bergegar. Ramai orang dah nak turun ni.
Saya: Hah? Aku tak rasa pun.

Ketika itu saya baru saja turun dari pejabat hendak pulang ke rumah. Dalam hati berkata-kata, betul ke apa McNa cakap ni. Takkanlah McNa nak tipu keadaan macam tu. Kenapa saya tak rasa? Takkanlah tsunami di Samoa gegarnya sampai ke sini. Samoa tu kat mana pula ye? Rasanya macam jauh je. Google google.

Sepanjang perjalanan ke LRT KLCC saya nampak ramai sangat orang turun dari bangunan pejabat masing-masing sambil dongak ke atas. Saya pun dongak juga. Lepas tu buat muka pelik. Apa yang diorang tengok ni? Tiba-tiba dapat sms dari The Star mengatakan ada gegaran di Sumatra. Oh.

Rupanya gegaran itu berlaku betul-betul selepas saya turun. Katanya, lif pejabat saya penuh dan ada yang turun melalui tangga sejurus selepas saya turun. Katanya, jalan penuh sesak di sekitar pejabat saya, betul-betul selepas saya meninggalkan kawasan pejabat. Katanya, parking lot pejabat saya panjang berjela sejurus selepas saya keluar dari bangunan. Bermakna, saya tidak dapat melihat kehuruharaan (DBP lulus tak guna perkataan ni?) kejadian semalam. Hari ini semua cerita pasal gegaran. Hilang cerita pasal raya.

Nasib baik sistem LRT tiada masalah. Ini yang paling penting.

Poem 1: Setting You Free

Setting You Free

At this juncture of dilemma
You hold my hands tight
Impede the torture of inflicted mind
Surrounding by all unplanned fight

Look into your eyes
It tells that you suffer
Everything come and go with a price
You paying high and getting stronger

You cry
You smile
You giggle
You are in the saddle

Let me tell you something
This journey is interesting
Loving you is everything
Losing you I will be enduring

Accept the fate, I have to
Pray this is not the end, please no
Friendship should be remain, that is true
Setting you free, you can fly soar

Forgive me for misdemeanor
Eligibility is far from mine
Accept my apology is all I asked for
A simple yes, that would be fine

eL
160909
2230hrs26R1430H