Saya baru habis baca Detektif Indigo karya Faisal Tehrani. Novel ni terbit dah lama. Tapi saya baru beli dan baca. Saya membaca novel tidak mengikut baru atau lama novel itu tapi ikut mood dan perubahan yang saya perlukan.
Novel pertama Faisal Tehrani yang saya baca adalah Advencer Si Peniup Ney pada tahun 2005. Pertama kali membaca tulisannya adalah sebuah cerpen di dalam Majalah Dewan Siswa tapi saya dah lupa tajuknya (tanda dah tua nih). Saya selalu baca Dewan Siswa ketika di sekolah menengah. Ketika Kak Ita mengunjukkan saya Advencer Si Peniup Ney saya rasa cuak. Saya bimbang saya tak mampu baca. Saya bimbang saya tak faham kerana karya Faisal Tehrani penuh dengan simbolik yang memerlukan otak bekerja keras untuk memahami.
Demi mencabar diri saya sendiri yang dah selalu sangat baca novel berkisarkan cinta, (mostly novel menggunakan perkataan "cinta" sebagai tajuk novel. diulangi, mostly. tidak semua) saya bersetuju untuk baca Advencer Si Peniup Ney. Sudah saya jangka. Saya bekerja keras mengaktifkan segala urat saraf di dalam otak saya untuk memahami setiap plot-plot. Diikutkan hati memang saya surrender tapi saya nak cabar diri saya untuk faham bahasa-bahasa dan makna-makna yang digunakan oleh Faisal Tehrani. Saya berjaya menghabiskan dan tersenyum puas kerana sedikit sebanyak saya memahami jalan cerita dengan cara saya yang tersendiri. Novel itu, dalam serius ada jenakanya kerana ada bahagian yang buat saya senyum dan ketawa.
Begitu juga dengan Detektif Indigo. Siapa Detektif Indigo? Remaja yang berIQ tinggi melebihi 120. Kenapa dengan mereka? Ketinggian IQ mereka digunakan untuk membantu pihak polis menyelesaikan kes-kes yang adakalanya orang dewasa merasakan remaja tidak layak untuk turut serta menyelesaikannya. Namun guru-guru di Maktab Rendah Remaja Indigo amat yakin dengan kebolehan anak-anak murid mereka. Ada 6 watak remaja di dalam novel ini. Mereka ini tidak putus asa membuktikan kebolehan mereka yang akhirnya menaikkan taraf remaja. Mereka bukan remaja biasa. Remaja ini menggunakan kebolehan dan anugerah yang dikurniakan Allah berteraskan iman dan taqwa. Mereka bukan sebarang remaja. Mereka menunjukkan bahawa remaja juga boleh menyatupadukan ummah yang ada. Cheng-Chung, remaja yang berIQ 357 adalah seorang al-hafiz. Faruk seorang yang serba serbi tau (macam adik Alisya dalam iklan Astro tu) telah digelarkan "Si Tahukah Anda" membuatkan saya tergelak sekali sekala dengan kerenah dia.
Dalam novel ini letupan di sebuah pasaraya yang disangkakan dilakukan oleh 2 orang tenaga pengajar Maktab Rendah Remaja Indigo (Ustaz Azharee & Cikgu Nordin), sebenarnya telah dilakukan oleh seorang bekas pekerja pasaraya tersebut yang tidak puas hati dengan bekas majikannya. Kerana dendam, dia telah membuat percubaan membakar pasaraya tersebut. 2 orang tenaga pengajar tersebut yang kebetulan berada di situ di tahan atas alasan mereka cuba melakukan keganasan.
Dapat saya simpulkan untuk menjadi seorang yang 'besar' tidak semestinya kita hanya belajar ilmu sekular. Ilmu agama juga menjadikan nilai tambah kepada diri seseorang itu. Siapa yang tak kagum. Novel ini juga menggabungkan remaja Islam yang tidak mengira warna kulit dan negara. Bermakna dalam apa jua keadaan sekalipun, asal kita bersatu, Islam itu pasti teguh. Novel ini juga menceritakan bahawa setiap kes yang berlaku yang melibatkan keganasan, tolonglah dikaji sedalam-dalamnya. Ini kerana bukan semua kes yang berlaku dilakukan oleh orang Islam. Memperbetulkan perception sejagat yang keganasan itu janganlah selalu dikaitkan dengan agama (dibaca: Islam).
Kalau diikutkan saya memang tidak faham dengan novel ini tapi setelah saya fikir secara halus saya faham dengan cara saya sendiri. Agama saya - selalu disalahtafsir.
Betulkan saya andainya ada fakta yang saya taip ni salah.

