Saya tak pernah ada azam tahun baru. Tak kiralah tahun baru Hijrah atau Masehi (tu sebab agaknya hidup saya agak stagnant). Saya bimbang saya tak dapat capai azam tu. Sama ada dengan sengaja atau sambil lewa. Saya rasa bersalah dengan diri sendiri. Haa...mulalah nak tertekan (tu pun hang nak tertekan).
Berbeza dengan tahun hijrah kali ni. Selalunya sehari sebelum masuknya tahun baru saya buat dek je. Tapi tahun ni tiba-tiba datang semangat baru. Saya nak berazam untuk tahun hijrah yang ini. Saya dah tanamkan tekad. Saya dah mulakan sikit-sikit beberapa minggu yang lepas. Tinggal lagi saya perlu istiqomah. Untuk berubah ke arah yang lebih baik, kita perlu kuat. Kuat dari segala segi. Saya cabar diri saya untuk ini. Saya juga berdoa pada Allah agar saya sentiasa kuat demi menambah amal dan menegakkan agama yang amat saya sayangi.
Setiap kali saya menghadap-Nya di sepertiga malam, tiap kali itulah sebak hati ini mengenangkan betapa jauhnya lagi saya dengan-Nya. Setiap kali itulah saya rasakan saya sangat kerdil. Setiap kali itulah saya rasakan saya sangat degil. Setiap kali itulah saya rasa amat malu meminta-minta sedangkan permintaan-Nya yang sunat-sunat jarang saya tunaikan. Setiap kali itu juga saya teringatkan bahawa Dia lebih suka hamba-Nya meminta daripada tidak. Ini kerana yang tak meminta tu adalah hamba yang ego. Apa yang Dia tak dapat beri pada kita? Semua Dia boleh bagi. Tapi kita? Apa yang kita boleh bagi pada-Nya pun kita sia-siakan. Susah sangat agaknya untuk saya laksanakan yang sunat-sunat tu. Itu saya sendirian sekarang. Andaikata saya dah beranak pinak nanti macam mana?
Saya sangat kagum dengan seseorang yang sangat rajin bangun di tengah malam sejak 3, 4 tahun lepas. Saya sungguh tak percaya dia boleh melakukannya dengan semangat yang kuat. Saya kagum. Hanya setakat kagum? Kenapa masa saya tengok dia bertahajjud, saya tidak terus berwuduk mengikutinya? Tidur lebih menggembirakan saya kan. Dia mencari majlis-majlis ilmu demi memenuhi masa lapangnya yang semakin di makan hari. Dia jumpa. Mulai saat itu, saya lakukan apa saja permintaannya agar dia dapat menghadiri mana-mana majlis ilmu yang dia suka. Dia minta saya babysit Alya, saya tunaikan. Dia minta saya belikan Al-Quran baru, saya belikan. Dia minta beg supaya mudah dia ke sana ke mari dengan telekung dan Al-Quran, saya dapatkan. Dia menjadi salah seorang idola saya.
Saya mengajak anda semua di luar sana, bermulalah bersama saya untuk melaksanakan tuntutan di sepertiga malam yang sunat di samping memperbaikelokkan lagi yang wajib. Kita boleh sebenarnya. Ingatkan saya jika saya terlalai. Tanya saya jika saya ada melaksanakan. Supaya saya terus istiqomah.
Ilalliqoq.

5 comments:
assalammualaikom dan salam kenalan.
terima kasih kerana hadir kelaman bicara.
terperasan akan kehadirn kamu lalu saya kesini di emblem of purity. blog yang cantik dan menarik.
salam maal hijrah gak hehehehe
HEM..MOGA2 APA YG DIHAJATKAN AKAN TERCAPAI WP TIADA AZAM YG KHUSUS...
heheheh..
kat manjung...
kat perak...
Zamrie: wa'alaikumussalam. ohh...ada tetamu rupanya. tima kasih kembali. tima kasih singgah.
Idzaris: tima kasih singgah. buat mcm rumah sendiri oke.
Post a Comment