Tuesday, 23 December 2008

Workstation

Saya sangat rindu dengan workstation saya yang satu ini yang telah saya tinggalkan hampir 3 tahun yang lalu. Jodoh saya dengan majikan lama tidak sampai ke akhir hayat. Cuma bertahan selama 7 tahun. Dan saya terpaksa ucap selamat tinggal kepada workstation saya yang paling saya sayangi. Selepas pemergian saya, workstation saya ini direbut rakan-rakan sepejabat kerana tempatnya yang strategik.

Bagi saya workstation amat penting dari banyak segi. Selain daripada digunakan untuk buat kerja (of course la untuk buat kerja kan, takkan untuk jual ikan pulak kan), ia juga tempat di mana masa kita paling banyak habis di sini. Dengan itu, workstation harus kemas, sedap mata memandang dan bersih.

Kemas
Ni masalah jugak kadangkalanya. Sebabnya kalau orang nampak workstation kita kemas, orang ingat kita takde kerja pulak. Diorang mulalah lancarkan serangan email bertubi-tubi. Kadang-kadang pening kepala bukan sebab kerja banyak tapi sebab terlalu banyak email.

Sedap Mata Memandang
Ini subjektif. Bagi saya sedap mata memandang adalah terletak macam mana menyusunatur dan menghias workstation kita. Bukan setakat dipenuhi dengan fail dan kertas, tetapi dengan pelbagai barang-barang yang berwarna-warni sesuai dengan sifat seseorang. Bab ni yang paling saya suka. Barang-barang tu tak perlu saya beli. Semuanya pemberian kawan-kawan. Yang saya kurang suka ialah, bila saya nak resign, barang-barang ni lebih banyak daripada fail yang perlu saya bawak balik....isskkk.

Bersih
Tiada kompromi untuk ini. Saya tak boleh buat kerja kalau workstation saya kotor walaupun serpihan getah pemadam. Saya akan mula rasa tension. Nasib baiklah setiap pagi Mas akan lap workstation saya dan segala barang-barang diatasnya sehinggakan setiap hari juga saya perlu mencari semula station radio yang saya dengar setiap hari.

Workstation yang baru? Saya suka jugak workstation ni tapi tempatnya kurang strategik. Bukan kurang strategik apa, cuma workstation bos dibelakang saya. Apa yang sedang saya lakukan di PC saya jelas boleh dilihat dari belakang. But who cares rite? Kita bukannya tak buat kerja. Kalau kita tak salah, kita tak perlu takut kan. Workstation ni baru berusia beberapa bulan berbanding dengan workstation yang kat atas tu dah berusia 7 tahun. Just imagine how it looks like 7 years down the road *wink*

No comments: