Sunday, 21 December 2008

Mulanya Di Sini

Saya berniat untuk mengalihkan blog kesayangan saya ke sini tahun hijrah depan (walaupun blog tu entah apa-apa yang saya semakkan sebab saya menulis blog tu ketika saya masih berhingus lagi). Beberapa hari je lagi tahun hijrah akan berubah angka. Tapi saya bimbang apa yang saya rancang tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu. Maka saya paksa jari-jari saya bekerja seringkas mungkin. Saya sangat sayangkan blog tu sebab satu per sejuta perjalanan hidup saya, telah saya lorekkan di sana walaupun kisahnya tak banyak, tak menarik dan not adding colours to my life much. Tapi saya perlukan perubahan, pembaharuan. Akhirnya, saya 'beranakkan' yang ini.

Saya tak tau berapa ramai yang setuju, menulis blog yang menarik, baik dan berkualiti memerlukan komitmen yang tinggi. Saya salah seorang yang tiada yang satu itu. Selalunya kita banyak benda nak tulis, tapi penyakit malas mengekang. Kadang-kadang kita bersemangat nak tulis kerana banyak cerita tapi masa tu jugaklah idea untuk memulakan tumpul. Hampir tidak ada perkataan-perkataan yang sesuai yang boleh disusun untuk dijadikan ayat-ayat.

Kononnya ni dikira semacam disclaimerlah andainya suatu hari nanti kalendar mingguan atau bulanan di dalam blog saya ni ada yang lompang. Siapalah yang nak peduli, ye tak. Blog kita, kita kena ambil endah. Tiada siapa akan ambil endah pasal diri kita atau apa-apa saja disekeliling kita melainkan kita sendiri. Dengan itu, tekadkan dalam hati hari ini bahawa di sini, mulanya di sini, endahkan semua komitmen yang kita sendiri cipta sama ada kita sedar ataupun tidak. Semoga saya istiqomah di sini.

No comments: