Bukannya pandai sangat hendak memberi tips. Tidak kiralah apa tips pun. Tapi keinginan untuk berkongsi membuak-buak. Teruk benar bunyinya.
Batuk. Ini penyakit. Tiada seorang pun meminta penyakit ini mahu pun penyakit-penyakit lain. Ok, kita sedang bincang penyakit batuk. Bukan penyakit lain. Sila beri tumpuan.
Selalunya kalau kita sudah terkena batuk ini, baharulah kita dinasihatkan atau kita sendiri yang menghindari ais, tidak mengambil sebarang makanan pedas dan mula minum air masak banyak-banyak.
Tapi. Ada tapi. Sesudah menghindari ais masih juga belum berkurangan batuk. Sudah jeling-jeling sambal yang pedas, belum juga kebah. Maklumlah, tekak melayu tidak pernah pandang sepi pada cili. Minum air masak bergelen-gelen pun, yang banyaknya menapak ke tandas sejam sekali. Tidak larat juga. Kalau tandas itu sebelah meja kita, lain cerita. Ini siap boleh habiskan roti sekeping, baru sampai ke tandas. Ada ke orang mahukan meja dia di sebelah tandas?
Cuba ini.
Puasa
Semasa di sekolah menengah, lebih tepat lagi, semasa saya di tingkatan 5, mahu menghadapi peperiksaan SPM, saya batuk sampai hilang suara lebih 2 minggu. Kalau suara kembali ada pun, ia tidak lagi seperti sedia kala. Tidak perlu tukar jantina. Tidak perlu buat pembedahan untuk tambah halkum. Ok, belum pernah dengar pembedahan yang sebegini. Garau segarau-garaunya. Macam jantina yang satu lagi. Dalam hati berkata-kata, macam mana hendak menghadapi kertas peperiksaan andai ada gangguan encik batuk ini. Saya tidak peduli. Saya nekad untuk berpuasa. Manalah tahu boleh sembuh. Boleh saja Allah menunjukkan kekuasaan-Nya melalui sesuatu yang memang semua orang tahu baik, iaitu puasa. Terbukti. Berpuasa seminggu berturut-turut telah mengembalikan suara lemak merdu saya. Bukan saya cakap. Setiausaha Datuk Ruhanie Ahmad yang cakap. Ok, sila perasan sebentar. Masih ada lagikah Kak Tengku Sara itu?
Sambung.
Nekad dan yakin bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang Dia katakan baik. Kalau Dia kata puasa baik untuk kesihatan, egokah kita untuk tidak melakukannya?
Bersin
Macam tidak ada kena mengena dengan batuk. Bersin selalu dikaitkan dengan selsema. Percaya bahawa ilmu kita amat terhad tentang kaitan kedua-duanya, anda boleh cuba tip ini. Ia berkesan terhadap saya. Kalau susah hendak bersin, jangan hentak-hentak kaki menangis. Pergi cari dapur mana-mana yang sedang menumis cili. Atau menumis belacan. Anda pasti bersin. Jangan ditahan. Lepaskan. Pekup dengan kain, kalau anda perempuan. Kesopanan perlu dijaga juga walau anda sedang sakit. Kalau lelaki? Pekup jugalah supaya anda menjadi lelaki idaman malaya titisan air yang berpenyakit itu tidak merebak kepada orang lain.
Kalau tahap piawaian hidung anda sangat tinggi untuk bersin kesan dari menumis cili dan belacan, cuba ini. Ambil putik kapas dan lakukan seperti orang membuat ujian hidung untuk mengesan selsema H1N1 atau yang sama dengannya. Faham ke tidak? Masukkan putik kapas ke dalam hidung sedalam yang boleh. Awas, jangan sampai tercucuk salah tempat. Kena panggil ambulan pula nanti. Hidung anda akan berasa gatal. Dijamin anda akan bersin.
Apa? Tak boleh bersin juga? Kebal sungguh hidung anda.
Yang ini dijamin boleh. Pergi ke hospital dan mintalah ujian selsema H1N1. Swab test dalam bahasa penjajahnya. Ujian ini bukan percuma rasanya.
Ini bukan rekaan. Kedua-dua tips tersebut berkesan terhadap saya. Buktinya, batuk saya baharu sahaja sembuh - sejak saya sakit tempoh hari - setelah saya menjalankan kedua-dua kaedah di atas minggu lepas.
Selamat mencuba.
Gloss: Kalau bayi yang batuk, janganlah suruh bayi itu berpuasa pula.
McNa: Jom la makan NASI AYAM kat situ. Sedap aku cakap engkau.
Saya: Ye lah ye lah.
McNa: Tapi ko kena cepat. 12.30pm ko dah mesti ada kat sana. Kalau tidak habis.
Saya: A'ah ye. Selalunya aku yang tunggu ko kan? Jalan macam itik pulang petang. Tak pun, bos suruh buat itu, bos suruh buat ini. Aku bertenggek tayang muka kat bus stop tu tunggu ko.
McNa: Kali ni tak nye. Bos aku cuti. Aku boleh lah keluar awal.
Di tempat kejadian:
Saya: Weh...banyaknya NASI ni.
McNa: Ala...ambik je. Harga sama. Kalau ko tak habis, bagi kat aku.
Saya: Apa kata...err.....ko ambik nasi aku, aku ambik ayam ko.
McNa: Ko memang kan? Habis tu aku nak makan nasi dengan apa?
Gloss: Hehehehe...aku ingat ko tak sedar apa aku cakap. Alert jugak ko ye. Kalau tak asyik blur je.
Dulu Na...tolong cabut uban ni. Gatal betul kepala ni. Cabut yang tempat gatal je. Tempat lain tak payah. Biar dia hidup elok kat situ. Ok. Dok diam-diam ye. Bedak buku mana bedak buku?
Sekarang Eh...bedak buku. Dah lama tak nampak bedak buku ni kan? Taknak cabut uban ke? Kalau cabut, apa yang tinggal? Semua dah putih ni.
Gloss: Ye tak ye jugak. Kang botak pulak....hehehehe
1. Masa tu la baru nak pergi tandas. Kalau kebakaran betul-betul, dah hangus rentung dah.
2. Sempat capai handphone dan wallet.
3. Siap tunggu kawan yang kat tandas tu.
4. Tersalah pergi tekan butang lif.
5. Keluar pintu kecemasan lenggang kangkung.
6. Turun tangga kecemasan lenggang bayam.
7. Sambil turun tangga sempat bersembang dengan kawan yang terserempak dari mana-mana tingkat.
8. Dah jumpa kawan mesti la lagi lambat turun tangga sebab nak bertepuk tampar lagi, nak bergelak ketawa lagi, nak tahan perut lagi sebab cerita kelakar sangat.
9. Sekelip mata tangga tu lebih riuh dari pasar ikan.
10. Tangga yang 16 tingkat pun tak terasa tingginya kalau dah bersembang.
11. Berjalan ke assembly area lenggang kailan pulak.
12. Orang yang jaga trafik sakit jantung tengok semua baru belajar catwalk.
13. Sampai kat assembly area lagi havoc sebab jumpa semua orang, keluar semua cerita.
14. Dah sampai kat assembly area baru terasa kaki sakit.
15. Trafik kat jalan raya tiba-tiba sesak nak tahu apa yang berlaku sebab tiba-tiba ramai sangat orang berkumpul kat tepi Pavilion tu.
16. Dah jumpa kawan-kawan, tandatangan attendance pun lupa. Jangan salahkan orang kalau nama tersenarai dalam statistik "rentung di dalam kebakaran" dalam fire drill report. Eh...ye ke?
15. Fire drill pulak dekat nak waktu makan tengahari. Dalam kepala ligat berfikir nak makan kat mana, boleh terus pergi. Tak payah masuk ofis dah.
16. Fire drill dah tamat, jalan kaki balik ofis lenggang...errr...lenggang apa ye...dah habis semua jenis sayur dah sebut....haaa....lenggang sawi la pulak kot. Buat lawak ye?
Minah tu kat Manama City, Bahrain. Gila usaha cari map.
Bersabar ada hadnya kan? Betul ke? Ke memang kena bersabar je walau apa pun orang buat kat kita?
Kadang-kadang saya fikir, macam mana la orang yang jadi Head of Department ni boleh dapat jawatan tu kalau benda kecik pun tak boleh nak fikir. Ke benda kecik tu bagi orang bawah fikir dan dia fikir benda yang besar-besar je? Boleh faham la kalau kita ni report direct kat dia. Kalau dia setakat mintak tolong, lepas tu kita dah tolong, lepas tu dia kata apa yang kita bagi tu bukan apa yang dia nak walhal dia yang tak check betul-betul, lepas tu dia suruh kita pulak yang buat call sana sini, lepas tu kita yang kena explain balik kat dia, lepas tu dia terus diam tak reply-reply dah email kita. Maknanya apa? Dah termalu sebab salah sendiri kan??? Haaa ambik kau...kan dah melambak "lepas tu".
Huh(!)....sakit hati, sakit mata, sakit kepala, semua sakit la.
Minah ni kan...Head of Service Quality kat Bahrain, bawah pejabat CEO pulak tu. Dia mintak tolong CEO saya untuk direct kan dia kat orang yang in-charge untuk dia nak dapatkan corporate rate hotel-hotel kat KL ni sebab dia nak datang Malaysia bulan depan. Yang CEO saya pulak suruh saya check kan corporate rate tu. Benda-benda macam ni, HR la punya kerja kan. Ikutkan hati saya, nak je saya suruh minah tu tanya terus kat HR tapi sebab nak jaga nama baik jabatan saya, saya tolong la dapatkan dari HR. Padahal tu tak ada kena mengena dengan kerja saya langsung. Dalam hati saya, kalau saya dah bagi semua info kat dia, kalau dia banyak songeh lagi, saya suruh dia urus sendiri dengan HR.
Lepas saya dah dapat email dari HR, saya forward la kat dia. Lepas tu dia cakap, apa yang saya bagi tu bukan apa yang dia nak. Eh...apa yang dia nak ni? Semalam saya dah check dah websiteofis saya pasal corporate hotel yang dia nak tu. Ada je kat dalam tu. Kenapa dia kata tak ada? Ke dia tak tau macam mana nak cari? Benda-benda macam ni menambahkan kerja saya yang memang dah sedia banyak.
Meh sini aku ajar ko macam mana nak cari ye. Saya masuk balik website tu. Dah masukkan semua info yang sepatutnya, sekelip mata keluar semua info kat website tu. Dengan darah yang tengah mendidih, saya print screen, saya forward kat dia. Mendidih, mendidih jugak la tapi forward email tu masih boleh cakap elok-elok lagi sabar ye eL.
Nak je saya tulis kat email dia tu: "Ni aku buat dapat ni. Kenapa ko buat tak dapat? Ko nampak ke tak? Sebelum ko cari apa yang ko nak tu, ko kena la masukkan info yang berkaitan, baru la boleh jumpa. Ko reti ke tak reti nak guna menatang ni? Cari dengan kaki memang tak jumpa. Dah la ko suruh aku mintak kat orang yang in-charge website ni. Bila aku dah bagi, ko kata bukan. Lepas tu ko suruh aku pulak buat untuk ko. Apa kes? Ko bukan bos aku pun. Aku ni tolong je tau. Tu pun sebab CEO aku suruh. Ko yang tak reti guna sistem tu, lepas tu ko kata aku salah bagi kan. Elok sangat la perangai macam tu".
Macam banyak lagi je nak cakap kat dia sebenarnya. Saya check kat HR, ada tak minah tu email kat HR tanya pasal benda-benda ni, mana la tau kot-kot dia tanya sendiri. HR kata tak ada. Maknanya, betul la apa yang saya buat dan bagi kat dia tu kan? Lepas tu dia tak reply dah email saya. Senyap. Dah termalu la tu tak reti guna sistem tu. Apa la salahnya tengok lebih sikit macam mana website tu berfungsi. Ni tak, terus je kata kita salah. Nak kata pertama kali guna website tu, saya pun pertama kali guna jugak. Baru pagi tadi je saya guna. Boleh je. Senang pulak tu. Tak sampai seminit. Website tu bukan untuk orang bawah je guna. Orang atas pun kena buat sendiri kalau nak guna. Pangkat gah sesaja. Kat sini, semua kena buat sendiri guna sistem. Tak kira la pengurus ke, bukan pengurus ke. Huarghhhh....ni baru betul-betul nak jadi hijau ni!!!!
Memang saya subscribe Blogspot ni bulan Oktober 2008 tapi saya mula menulis pada tarikh ini setahun yang lalu. Dah setahun usia blog saya. Kalau manusia tu, baru pandai bertatih kot atau baru nak belajar bercakap. Air liur pun mula menjejeh je sebab baru nak tumbuh gigi susu. Perjalanan usia sangat panjang lagi andai Allah mahu memanjangkannya. Saya percaya bukan saya seorang je yang ada blog. Beribu-ribu orang ada. Itu di Malaysia saja. Betapa canggihnya sekarang. Saya bermula di dunia tanpa sempadan ini berbelas-belas tahun yang lalu. Bermula dengan Jurnal, Blogdrive, Yahoo Blog dan kemudiannya Blogspot. Setiap web ini menawarkan perkhidmatan yang berbeza. Bermula dari yang sangat simple seperti Jurnal hinggalah ke Blogspot yang menawarkan berbagai-bagai gadget untuk penambahan accessories yang boleh "ditampal" menjadikan page itu sangat "berat" bagi setiap pengunjung bila membukanya seperti blog saya.
Di sinilah tempat saya menulis segala macam benda yang saya nak tulis. Dulu, bila kepala ni terasa nak tulis sesuatu, habis entah mana-mana kertas saya conteng. Lepas dah conteng, saya berasa sangat lega. Sekarang kertas dah ada pengganti. Tapi saya masih tak lupakan kertas. Sentiasa saya bawa kemana-mana bila tiba-tiba saya teringat atau tak sabar-sabar nak tulis sesuatu walau kat mana pun saya berada kecuali di dalam tandas.
Akhir kalam - wahhh....macam bagi taklimat langkah-langkah-keselamatan-oleh-pihak-bomba je gayanya - semoga saya masih terus istiqomah di sini :-)
Sumber gambar. Terima kasih. Terima kasih juga pada Alya yang berusaha menggodek gambar ni, siap tulis-tulis lagi.
Selamat menyambut awal Muharram 1431 dengan tekad yang baru atau memperbaharui tekad yang lama. Berhijrah untuk yang baik-baik ye. Bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri juga.
Gas explosion at food court area of AEON Jusco mall in Malacca as workers rush for its grand opening on Dec 17; 1 worker killed, 7 others hurt/STAR
Macam biasa, saya dapat teks ni dari The Star. 4, 5 hari ni kepala saya asyik fikirkan pasal dapur gas. Tiba-tiba dapat pulak sms macam tu. Dalam hati kata; "baru je terfikir-fikir pasal dapur gas meletup". Saya cukup takut dengan dapur gas. Terutama sekali bila kita nak tutup api tu, dia keluar bunyi berdebus sikit. Kalau dia tak bunyi apa-apa, kurang sikit takutnya. Kat rumah saya pakai dapur gas yang macam kat atas tu. Dapur elektrik tu Aishah dah ambil balik sebab dia dah kahwin.
Kat rumah adik saya pulak, dia pakai kedua-dua jenis dapur kat bawah ni. Bertambah takut bila dia ada satu alat yang boleh besar-kecikkan api dekat kepala tong gas. Bila pusing, besar sangat pulak. Bila kecikkan, sampai terpadam apinya. Nak bukak balik api dapur tu dah takut sebab gas dah keluar sekeliling dapur tu. Kalau pasang nanti, api mesti menyambar. Takut betul saya. Tiap kali nak masak kat rumah dia, saya mesti terfikir-fikir macam mana la aku nak hidupkan api dapur ni. Yang menjadi lebih haru bila hari tu saya cuba pasang dapur gas tu, api menyambar kat tangan saya hingga nak sampai ke siku. Rasa serik betul nak guna dapur gas rumah dia. Ke disebabkan kepala kita asyik fikirkan pasal letupan gas menyebabkan benda tu seolah-olah macam nak berlaku je kat kita? Selalunya orang kata, kalau kita fikirkan sangat, dia jadi dejavu.
Sumber gambar dari internet. Terima kasih.
Sumber gambar dari internet. Terima kasih.
Apa sebenarnya yang menyebabkan dapur gas mengeluarkan bunyi berdebus bila kita tutup api? Ada benda tersumbat ke? Tapi dapur gas saya tu, dapur baru. Tak kan ada benda tersumbat kan. Sekarang saya cuma pakai sebelah tungku je. Tungku yang sebelah lagi yang berbunyi tu saya takut nak pakai.
Mak: Mak, abah, Duan, Yaya naik satu kereta. Kakak, Liza, Pijai & adik naik satu kereta. Ok, sehingga BIBAI kelak.
Dengan muka hoh-apa-benda-pulak-natang-BIBAI-nih, saya terfikir-fikir. Mak nak kata BABAI ke? Ke mak nak kata B*B*? Woohhhh....tak mungkin tak mungkin sambil saya menggeleng-geleng kepala.
Saya terus tekan butang forward. Saya masukkan nama adik-adik saya Liza, Pijai dan Fakhrul dalam kotak "To" dengan ayat dan pertanyaan; "Ni sms mak. BIBAI tu apa?".
Liza orang pertama yang reply; "Mak nak cakap BABAI kot".
Eh...ye ke? Saya baca balik sms mak saya. Macam tak masuk je kalau perkataan BIBAI tu diganti dengan BABAI.
Tit...tit...tit.
Masuk pulak sms Fakhrul; "BIBAI tu BERITAHU la. Wakakaka...lepas ni nak cakap "beritahu"....guna BIBAI je".
Tak baik tau adik ni.....
Gloss: Mak, ampunkanlah anak-anak mak dan cucu mak si Alya yang seorang tu sebab telah ketawa mengekek bila cucu mak tu terrrrrsebut perkataan tu semalam. Ketawa sampai tak boleh berhenti. Sampai mak pun ketawa sama.
"Did you know mixing over the counter drugs can be dangerous. Always check with a pharmacist before mixing drugs and herbs."
Text ini saya dapat dari subscription Health Tips melalui handphone. Saya sebenarnya tertanya-tanya, kalau ubat yang kita beli di farmasi, bolehlah kita bertanya dengan pharrmacist. Tapi kalau ubat yang kita beli bukan melalui farmasi, contohnya melalui katalog atau syarikat MLM, macam mana pula kita nak tahu ubat-ubat yang kita beli tu boleh dimakan bercampur-campur atau atau kena makan asing-asing? Itu satu soalan.
Saya menghadiri taklimat mengenai osteoporosis bulan lepas di mana saya dimaklumkan bahawa kalsium tidak boleh diambil bersama iron. Sudah semestinya ada penjelasan kimia dan saintifik mengenai ini. Itu soalan yang ke-2. Saya cuba mencari maklumat di internet. Saya terjumpa point-point yang di bawah ini:
1. After the mineral enters the body, it must compete with other minerals for absorption; therefore minerals should always be taken in balanced amounts.
2. For example, too much zinc can deplete the body of copper and an excessive calcium intake can affect magnesium absorption. Always use a balanced mineral supplement.
3. In addition, fiber decreases the body's absorption of minerals. Be sure to take supplemental fiber and minerals at different times.
4. Calcium protects the bones and teeth from lead by inhibiting absorption of this toxic metal. If there is a calcium deficiency, lead will be absorbed by the body and deposited in the teeth and bones.
5. A calcium deficiency may result in the following symptoms: muscle cramps, nervousness, heart palpitations, brittle nails, eczema, hypertension, aching joints, increased cholesterol levels, rheumatoid arthritis, tooth decay, insomnia, rickets, and numbness in the arms and/ or legs.
6. Calcium is more effective when taken in smaller doses spread throughout the day and before bedtime. When taken at night, it also promotes a sound sleep.
7. This mineral (calcium) works less effectively when taken in a single megadose.
8. Calcium supplements should not be taken by those suffering from kidney stones or kidney disease.
9. Calcium taken with iron reduces the effect of both minerals.
10. Too much calcium can interfere with absorption of zinc, just as excess zinc can interfere with calcium absorption. 11. Test your brand of calcium to assure absorption. Place the calcium pill in a glass of warm water and shake. If the calcium does not dissolve within twenty four hours, change to another brand or form.
Itu baru baca tentang sejenis mineral iaitu kalsium. Belum lagi baca tentang mineral yang lain. Panjang lagi artikel ni sebenarnya. Kalau berminat sila layarinya di SINI (Terima kasih). Banyak lagi yang kita tak tahu bahawa ubat ITU kurang berkesan jika dimakan bersama ubat INI. Lepas ni saya kena check lah supplement yang berderet-deret kat dapur tu. Pada pendapat saya, penemuan semua point di atas oleh para saintis/nutritionist sebenarnya telah terlebih dulu dinasihat oleh Rasullullah SAW. Saya pernah terbaca (saya percaya anda juga pernah) artikel yang berbunyi begini: ‘Diet cara Rasulullah s.a.w’, hasil penulisan Ustaz Abdullah Mahmood. Artikelnya berbunyi: “Ini adalah diet Rasullulah s.a.w. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga cara pemakanan dalam kehidupan. Apa kata kita ikut diet ini. Tidak perlu makan pil untuk kurus! Insya-ALLAH, kalau ikut diet Rasullullah ini dijamin tidak akan sakit perut ataupun keracunan makanan.”
Mungkin ada yang bertanya tentang kesahihan hadith ini (saya kepilkan jawapannya di bawah). Bangsa lain telah membuktikannya secara saintifik. Pada pendapat saya, bukan makanan itu yang menjadi isu tetapi zat, khasiat dan mineral yang terkandung di dalam makanan tersebut yang menjadi perkara pokok.
Berikut adalah jawapan Ustaz Mohd Noor di laman web INI(Terima kasih) berkenaan artikel di atas:
Jawapan:
Alhamdulillah, pertamanya saudari perlu memahami konsep sebenar pengertian sunnah Nabi s.a.w. Nabi s.a.w menunjukkan satu sunnah yang baik untuk umatnya dalam semua segi sama ada pemakaian, pemakanan, tidur, diet dan sebagainya.
Sunnah menurut pengertian ulama hadis termasuk perbuatan, perkataan, pengakuan dan sifat Nabi s.a.w berupa akhlak, bentuk badan dan sejarah hidup. Oleh itu, tidak salah artikel yang saudari paparkan itu kerana sebahagiannya menunjukkan bahawa memang thabit Nabi s.a.w tidak meminum susu dengan daging. Namun, perbuatan itu tidak bermakna seseorang tidak boleh atau diharamkan memakan daging sambil meminum susu kononnya ia termasuk sunnah Nabi s.a.w. ALLAH sendiri menegur Nabi s.a.w yang mengharamkan ke atas dirinya daripada meminum madu demi menjaga hati isteri-isterinya.
Firman ALLAH S.W.T:
“Wahai Nabi! Mengapa kamu mengharamkan apa yang ALLAH halalkan kepadamu demi menjaga hati isteri-isterimu.” – Surah al-Tahrim: 1
Cara pemakanan Rasulullah s.a.w dilihat daripada dua sudut. Pertama, berkemungkinan sebab baginda kekurangan makanan. Kedua, memang ia baik untuk kesihatan. Umatnya lebih berhak mengkaji dan menilainya. Logiknya, makanan di zaman baginda sudah tentu berbeza dengan makanan yang ada di zaman sekarang. Jika saudari mampu mendapatkan makanan seperti apa yang dimakan oleh baginda, itulah yang terbaik.
Selain itu, kita juga perlu menilai dan menerima hakikat kajian pakar perubatan mengenai perkara itu. Jika benar dengan cara mengamalkan diet sebegitu boleh mendatangkan kebaikan pada tubuh badan, bukankah Islam sendiri memerintahkan umatnya memakan sesuatu yang baik (halal) dan menjaga cara pemakanan.
Firman ALLAH S.W.T:
“Wahai orang yang beriman! Makanlah makanan yang baik (halal) daripada apa yang KAMI rezekikan kepada kamu.” – Surah al-Baqarah: 172
Untuk pengetahuan saudari, tidak ada hadis bermartabat sahih, hasan atau perbahasan ulama terdahulu dan kini mengenai perkara itu. Sebagai orang yang beriman, makanlah apa yang halal lagi baik bagi kamu selagi tidak memudaratkan diri. Apabila makanan itu boleh memudaratkan diri sama ada melalui kajian dan sains, sudah tentu ulama sepakat mengharamkannya.
Wallahu a’lam.
Kadang-kadang nak pergi cuti ni bagus jugak, clear meja. Segala kerja siap. Bersih je meja. Terang-benderang. Kertas-kertas semuanya di tahap minima. In-tray, out-tray atau KIV-tray terang sikit.
Setakat meja clear tapi semua kerja pass kat orang lain, baik tak payah ye. Tak berkat cuti macam tu. Jangan dibuat-buat.
Gloss: Kalau saya cuti, tak ada siapa akan cover meja saya. Maknanya, saya kena siapkan jugak kerja saya sebelum nak cuti. Pandai-pandailah jawabnya. Nak balik pukul 12 tengah malam. Nak balik pagi esok. Nak terlentang. Nak terlungkup. Kerja mesti siap. Bos tak suruh pun tapi kita taknak bos cari kita kat handphone kalau kita tengah cuti kan. Jadi, FIKIRLAH SENDIRI.
Gloss II: Selamat bercuti kepada yang akan bercuti. Kepada yang belum bercuti, silalah ambil cuti kalau taknak carry forward. Tinggalkan sikit je untuk carry forward. Kalau nak pergi haji tahun depan, kenalah carry banyak sikit. Kepada yang sudah habis cuti, kembalilah bekerja kerana Allah SWT supaya upah yang kita dapat menjadi berkat, insyaAllah.
Dah agak dah. Kalau barang-barang tak letak dekat-dekat dengan diri sendiri memang lupalah jawabnya. Puncanya nak buang air je. Saya bukak jam tangan. Gantung kat paku yang ada kat dinding. Kejadian ni berlaku kat tandas kat kampung abah saya di Temerloh. Dah masuk dalam kereta, suku perjalanan baru sedar jam tangan tertinggal. Sampai KL, malam tu jugak saya pergi beli jam tangan baru kat PK Time Alpha Angle, sebabnya nak dapat balik jam tangan yang tertinggal tu entah bila la pulak. Kalau balik kampung jarang sangat dah singgah Temerloh sekarang. Selalunya singgah Chenor. Saya ni kalau tak ada jam tangan seolah-olah macam tak pakai baju. Dah puas hati dapat beli jam, nak masuk tidurlah pulak dengan semangat, esoknya nak pergi kerja nak sarung jam tangan barulah kononnya. Masa nak simpan, terjatuh la pulak(!) Eh, sumbing sikit tepinya. Takkanlah jatuh atas lantai kayu dengan kelajuan yang tak sama langsung dengan cahaya dan jaraknya pulak tak sampai 10 inci, boleh kemek. Tapi masa buat quality control sebelum beli tadi tengok tak ada cacat cela. Takkan sampai rumah baru ternampak. Kalau nak ikutkan ketara kemeknya walaupun sikit. Aduhhhh....kenapalah ganas sangat. Lepas dari hari tu, lepas satu satu calarnya jam tangan saya. Redha je lah.
Peti ais
Nak letak luar ke tak mop lantai ni. Nak letak luar ke tak. Nak letak luar ke tak. Air dia belum tos habis lagi. Esok je lah. Tapi letak dalam tandas ni buat semak mata. Hmmm...letak je la luar terus. Esok-esok lupa pulak. Sreeeetttt!!!! Ya Allah...peti ais aku(!) Habis bercalar kena batang mop. Batang mop besi pulak tu. Aduuhhh....peti ais aku ni baru je beli mop oiiii. Kau tak kesian ke kat aku. Uwwaaaaa!!!! Padan muka kan. Akal dah kata, mop tu esok je lah letak kat luar. Tapi hati yang degil, nak jugak pergi letak masa tu. Ikutkan sangat la kat hati tu. Kan dah binasa. Redha je lah.
Telefon bimbit
Kali ni taknak tertipu lagi beli handphone. Buat research dan survey sendiri kat internet. Dah dapat semua maklumat, pergi sendiri kat kedainya. Wohhh.....kalau kita tak tanya, salesman tu bukan nak bagitau. Bila kita tanya dia macam-macam, baru dia tau kita ada ilmu dan tak boleh nak tipu. Siap lupa lagi dia bagi harga berapa kat kita. Nampak sangat. Kalau saya jahat, saya sebut harga lain. Bawa balik handphone macam tak ada perasaan tapi dalam hati sayanglah kat handphone tu kan sebab bukan selalu dapat tukar handphone baru. Kalau tak kerana handphone yang lama tu rosak, rasanya tak tukar lagi kot. Saya lupa yang hari tu saya pakai blouse yang berlabuci sikit-sikit kat bahagian depan. Kita kan sebenarnya tak perasan yang selalunya lepas kita guna handphone, tangan kita otomatik lap handphone tu kat baju. Tak senonoh kan. Akibatnya calar-balar tergores dengan labuci tu. Huhuhu...handphone aku!!! Haaa...padanlah dengan muka saya kan. Tu baru 2, 3 hari pakai handphone tu tau. Kalau 2, 3 tahun tak tahulah macam mana rupa handphone saya tu. Hmmm....redha je lah.
Kenapa dah 4 episod baru saya tahu rancangan realiti ni wujud? Ke dah ada musim baru? Betapa ketinggalannya saya...iskkkk. Tu la..kerja, kerja, kerja. Sehati berdansa yang lagho tu tengok sangat. Yang bestnya kebetulan masa saya tengok X-Tuned ni, pelumbanya dua-dua perempuan. Feminin habis.
McNa, kau jangan nak terbeliakkan mata aku tengok program ni. Aku dah lama nak tengok realiti punya walaupun dalam tv. Selalu tengok dalam tv tu wayang punya. Kadang-kadang ada stuntman yang buat, kadang-kadang camera trick dan banyak lagilah kadang-kadangnya. Tengok kat litar Titiwangsa, kereta-kereta tu setakat berlumba je. Tak drift. Macam mana nak drift, kereta remote control hehehehe.
Saya nak tengok juga yang betul-betul punya kat litar satu hari nanti.
Gloss: Congrats to Jane. Beberapa hari je dah dapat RM3,000. Errrr....kenapalah tampal bunga raya kat kereta hang tu, warna biru pulak tu. Oh, bunga kebangsaan.
Pernah dengar ayat tu kan? Tak tau sejauh mana kebenarannya. Semua website yang saya baca menceritakan kebaikannya buah yang satu ini. Belum ada keburukannya walaupun makan terlebih "dos". Secara jujur, saya kurang menyukai buah ini. Padahal senang sangat kalau nak makannya. Tak perlu buang kulit. Tak perlu nak potong kecil-kecil. Gigit, kunyah & telan. Semudah ABC.
Saja cipta soalan provokasi - kenapa tak "a durian" ke kan. Atau "a mangosteen" ke, "a jackfruit" ke. Susah pulak kot sebab buah-buah yang saya sebutkan ni ada yang ikut musim. Macam epal ni, sepanjang tahun ada je saya tengok kat mana-mana. Bersepah-sepah. Bila saya google nak check sama ada buah ini ikut musim ke tidak, dia keluar cerita pasal syarikat komputer Apple(!). Google punya google dapatlah juga maklumat ni sikit:
Apples reach maturity at different times, depending on variety and climate. There is not a specific date at which you can expect to harvest your apples. Instead, you can observe your apples as they grow and inspect the fruit for certain changes which indicate maturity.
"Tiada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan apabila berjaya memperolehi kemanisan iman & cinta ilahi"
Bila adik ini iklankan apa-apa di blognya, saya selalu teruja untuk mendapatkannya. Dia pandai menyusun ayat. Adakala sampai terlupa nak oder sampai tamat tarikhnya. Kadang-kadang terfikir tidak mahu menyusahkan dia dari banyak segi. Kadang-kadang saya fikir apa salahnya beri moral support.
Dengan planner yang baru sampai ke tangan saya, saya sudah bersedia untuk menghadapi tahun baru beberapa minggu lagi pada 1 Muharram 1431 bersamaan 18 Disember 2009, insya-Allah. Tiba-tibalah pulak teruja nak masuk tahun baru ni :-)
Kepada Solehah: Dengan kata-kata yang tertulis di bookmark kat atas tu, dengan ini akak maklumkan sudah terima plannernya dalam keadaan baik. Terima kasih. Tak payah akak pening kepala nak pergi cari. Nanti iklanlah lagi ya :-)
Gloss: Kepada sesiapa yang nak oder, bolehlah hubungi Solehah diblognya.
"From Jan 1, taxi drivers who don't give receipts to passengers will be penalised by the Commercial Vehicle Licensing Board (CVLB): Chairman"
Errr.....kalau tak ada resit pun orang boleh claim kat company. Lepas ni company kenalah mintak resit bila staf buat claim.
Pengerusi tu taknak ke tambah, "pemandu teksi akan didenda sekiranya tidak memulangkan wang baki walaupun penumpang tidak meminta melainkan penumpang berkata "Eh, tak apa lah encik. Saya halal."
Gloss: Tak pernah claim tambang teksi sebab tak pernah naik teksi pergi mana-mana atas urusan kerja :-) Saja nak busybody.
Gloss II: Ke Chenor beberapa hari tapi usaha online kat celah-celah mana yang boleh :-)
Dah lama saya tak berambat melayari blog-blog yang belum pernah saya ziarah. Sebelum saya buat-buat sibuk kembali, saya ambil peluang "bersiar-siar" di alam maya ni. Saya terjumpa blog ini.
Terbacanya blog tu, saya teringat kisah semasa saya kecil. Saya dah check list entry saya tadi. Belum ada lagi kisah ni saya tulis. Tak taulah kalau dah ada tapi saya yang tak perasan. Punyalah pelupa kan. Tapi saya pernah hantar kisah ni ke 2 yahoogroupsmasa zaman saya muda-muda dulu beberapa tahun lepas.
Saya sebenarnya tak ingat berapa umur saya masa tu. Yang nyata saya belum sekolah tapi dah pandai berjalan dan dah pandai pergi bermain kat rumah orang. Yang paling saya ingat, masa tu saya baru balik dari terkinja-kinja bermain kat rumah kawan. Entah macam mana, terdetik kat hati saya. Saya pun capai, saya terus masuk mulut. Tiba-tiba jiran saya tegur: "Haaaa....el makan pasir". Saya terkejut tapi tak cakap apa-apa kat mulut. Cuma cakap dalam hati: "Habislah aku. Mesti makcik ni kepoh report kat mak aku".
Saya cepat-cepat lintang-pukang lari masuk rumah menyorok belakang katil. Entah mana dapat idea ni pun tak tahu. Kebetulan mak dan adik saya ke kedai. Menyorok belakang katil tu gunanya supaya mak tak nampak lah. Tapi mak dah tau spot saya tu. Mak balik je, mak naik hantu mak terus rotan saya. Saya tak ingatlah berbirat ke tak tapi yang saya tahu saya senyum je menangis lah. Lepas tu mak saya suruh adik pujuk bagi aiskrim pada saya. Baru beli kat kedai lah tu. Alaaa...dah pukul baik punya, lepas tu nak ambil hati orang pulak. Issskkkk.........
Mak memang marah saya makan pasir. Ye lah, mak mana yang tak marah kan. Mak bagitau pada jiran, kalau nampak saya makan pasir, report kat dia. Habis tu, dah nama tempat tinggal saya tu Kampung Pasir, mestilah banyak pasir. Mestilah kecenderungan saya makan pasir tinggi.
Lepas tu kami pindah rumah ke kawasan perumahan yang namanya tak ada "pasir" langsung punah harapan. Tapi kawasan sekitar rumah tu adalah pasir sikit-sikit. Bila sampai masa bermain, selalunya saya bermain kat belakang rumah tumbuk-tumbuk daun pokok ke'embong, lepas tu tanam dalam pasir. Masa kecik-kecik dulu cepat sangat percaya cakap orang. Kawan-kawan cakap, kalau tanam daun pokok ke'embong yang dah ditumbuk-tumbuk boleh dapat tumbuh berlian. Jadi, selalulah main tumbuk-tumbuk daun kat belakang rumah tu. Tak pernah pulak tumbuh berlian. Bila misi tanam-tanam dah selesai, saya jalankan misi lain pulak. Saya ambil sejemput pasir tu, terus masuk dalam mulut. Yuummmm....sedapnya(!)
Masalahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....sedaplah sangat pasir tu hehehehe. 2 kisah ni je saya ingat pasal saya makan pasir. Ada banyak lagi kisah yang saya dah tak ingat walaupun saya adalah pemakan pasir tegar waktu tu. Dan saya pun dah lupa bila saya berhenti makan pasir tu.
Tapi sekarang ni, nampak pasir pun macam tak ada apa. Kalaulah sekarang saya masih boleh makan pasir tu, mesti saya tak payah fikir pasal nak beli beras(!)
Memang kena benarlah dengan saya akan kata-kata Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: “…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Secara automatik payung akan menjadi sahabat baik kita bila tiba musim tengkujuh macam sekarang ni. Bagi yang parkir kereta di tempat berbumbung di pejabat dan di rumah yang langsung tidak memerlukan payung dan tidak kena setitis hujan, sila abaikan entri ini.
Dulu, sebelum saya memiliki sebatang payung idaman (saya lupalah penjodoh bilangan untuk payung. Oh ya, SEKAKI payung), saya selalu mengimpikan sekaki payung bersaiz biasa yang kita selalu tengok orang pakai tu, tetapi ia hanya perlu memicit butang yang berfungsi secara automatik apabila kita hendak kembangkannya. Spesifikasi sebegini adalah untuk memudahkan saya membawa payung tersebut ke hulu ke hilir di dalam beg tangan saya. Tapi payung yang biasa tu, manalah ada yang automatik. Jarang sangat kita jumpa. Kalau ada pun, dia panjang sedikit dari payung biasa tu. Tak muat pula beg saya. Selalunya payung automatik tu payung yang panjang kan dan besar kan? Lagilah tak muat beg. Tak kira. Nak juga payung impian tu.
Entah apa-apa dia ni cerita pasal payung. Macam tak ada benda lain nak tulis.
Entah berapa lama saya simpan impian untuk dapatkan payung tersebut. Syukur pada Allah kerana dimakbulkan impian saya melalui Mercato Pavilion. Saya sangat teruja kerana telah berjumpa payung impian. Mula-mula hendak menggunakannya, saya tidak merasakan sebarang masalah. Lama kelamaan saya dan payung itu sangat sinonim dengan Ayat 216 itu. Ketika saya berada 200 meter dari bangunan pejabat saya, hujan turun dengan tidak semena-mena. Kelam kabut saya hendak membuka payung yang berada di dalam beg. Itu ok lagi. Semasa saya hendak picit butang payung, payung itu terpelanting/tercampak ke tepi jalan. Nasib baik ke tepi jalan. Kalau ke tengah jalan? Dah tak peduli pasal malu. Kutiplah payung tu nak taknak.
Itu cerita pasal tercampak. Belum lagi cerita pasal punat butangnya yang tajam sehingga boleh mencederakan tangan.
Itulah. Tak semestinya yang kita nak sangat tu baik untuk kita. Nasib baiklah payung impian saya BUKAN payung pasar malam. Kalau tidak.........
Latihan kebakaran atau fire drill adalah sesuatu yang rahsia. Kalau tidak rahsia, sia-sialah latihan kebakaran itu. Semua orang dah siap-siap turun dengan menggunakan lif hehehe.
S akan tahu dulu kalau ada fire drill sebab email bos dia, dia yang baca dulu. Bos dia pula pangkat tertinggi di dalam organisasi saya. S duduk di sebelah saya di dalam pejabat.
Pagi itu ada fire drill. Saya tidak tahu. Bila saya sampai ke tempat perhimpunan, S sudah berada di sana. Patutlah tiba-tiba hilang. Tak aci betul. Turun lif lah tu. Nasib baik turun. Kalaulah naik menggunakan tangga, saya rasa belum sampai ke pejabat saya di tingkat 16, saya dah terjelepuk di tingkat 6.
Sampai di tempat perhimpunan, selaut manusia di sepanjang jalan tepi pejabat saya. Masa ni lah kita akan berjumpa dengan staf-staf di jabatan lain dan unit bisnes yang lain. Ada yang kenal. Ada yang tidak. Yang mana belum kenal, diperkenalkan oleh staf yang kita kenal.
Saya sepatutnya tidak memasuki kelompok staf-staf Operasi tetapi saya degil. Sampai di kelompok itu, Kak Faridah mengajak saya bermain boling. Saya menolak dengan alasan saya tak pandai bermain. Topik beralih bila Indra hendak memperkenalkan saya dengan salah seorang kakak. Wah! Kakak ini memandang saya atas bawah dengan pandangan "selekeh-gila-budak-ni-dari-manalah-agaknya". Maaf, saya tidak tahu nama kakak itu sehingga sekarang setelah Indra berkata, "Ni el. Dia dari XXX's Office". Terus kakak tu memandang tepat ke muka saya dengan wajah yang sangat teruja. Saya hanya senyum.
Saya berpaling dan tanpa menoleh kebelakang, saya berlalu jauh dari kelompok itu.
Gloss: Jangan pandang rendah kepada sesiapa. Pangkat bukan ukuran untuk mencari kawan. Jangan ajar hati walau secebis buruk sangka.
Kalau sebut Ampang Puteri, apa yang terbayang di dalam fikiran kita? Kawasan Perumahan? Taman Rekreasi? Hospital? Pandai. Ye, hospital. Saya dan adik ke bahagian pesakit luar. Sampai di depan pintu, suhu badan diambil dan disuruh cuci tangan dengan sanitizer yang disediakan. Setelah itu satu pelekat kecil warna hijau ditampal di baju saya menandakan saya tidak demam. Kemudian kami diarahkan ke tingkat 2 untuk berjumpa doktor M apabila saya mengatakan untuk berjumpa dengan doktor pesakit luar. Sesampai di klinik doktor M, saya ditanya tentang sakit apa oleh pembantu doktor. Doktor tiada dibiliknya. Saya diberikan topeng hidung & mulut. Sementara menunggu doktor datang, saya diminta mengisi borang pendaftaran. Kemudian saya diarahkan untuk membuat ujian darah dan hidung di makmal.
Saya ke makmal bersama adik. Adik saya yang kelaparan, beredar untuk bersarapan. Ramai juga orang yang menunggu tetapi masa menunggu tidak lama. Dicucuk dengan jarum di lengan (kiri) bukanlah pengalaman pertama. Tetapi dimasukkan semacam plastik halus ke dalam hidung untuk ujian influenza, adalah pengalaman pertama. Selama saya selsema hampir sebulan, tidak pernah sekali pun saya bersin. Tetapi ujian influenza ini menyebabkan saya bersin beberapa kali. Setelah itu saya turun ke lobi mencari adik saya yang ke kedai makan berhampiran. Kesian dia.
Tidak lama kemudian saya mendapat panggilan dari klinik doktor M mengatakan doktor ada pesakit di wad ICU dan tidak dapat berjumpa saya. Sebagai alternatif, saya diarahkan ke wad kecemasan di mana di sana pegawai perubatan dapat membantu saya. Setelah menunggu agak lama, saya dipanggil oleh pegawai perubatan (dibaca: doktor). Doktor bertanya saya seperti peluru berpandu sehingga saya tidak sempat habis menceritakan keadaan saya. Ada sakit kat bawah mata? Tidak. Ada sakit kepala kat bahagian dahi? Tidak. Sinus lah tu. Sinus? Jawapannya semua TIDAK, sinus? Come on ok doc. Sudah puas bertanya, soalan terakhir doktor tanya sama ada saya bersin setiap pagi. Saya jawab tidak. Dia baru nak tanya selepas buat kesimpulan saya menghidap sinus tadi? Macam yang saya cakap tadi, sepanjang saya selsema tidak pernah sekali saya bersin. Bagaimana doktor dengan mudah membuat kesimpulan sebelum tanya saya habis-habis? Siap nak buat x-ray hidung(!).
Doktor memberitahu, saya perlu dimasukkan ke wad. Huh? Keputusan ujian darah saya belum keluar, saya hendak dimasukkan ke wad atas dasar apa? Kemudian saya didatangi oleh jururawat bertanyakan saya hendak bilik yang berapa orang. Saya kira, Ampang Puteri perlu ada jururawat yang sebegini untuk mencari pengaliran wang masuk dengan cepat. Saya tidak dibenarkan berfikir, terus ditanya sama ada deposit bilik hendak dibayar tunai atau kad kredit. Saya ketika itu sedang diambil darah lagi sekali di tangan sebelah kanan pula. Penghentian darah tidak dibuat dengan betul menyebabkan darah saya mengalir laju keluar mengenai seluar saya dan cadar katil. Rupa-rupanya doktor di wad kecemasan itu tidak mengetahui yang darah saya sudah diambil untuk diuji di makmal tadi. Bazir darah je. Mentang-mentang darah saya banyak. Dia juga bertanya mengapa ada pelekat kecil warna hijau di baju saya. Hairan kan? Sepatutnya dia tahu. Sebelum semuanya berakhir, saya dipanggil sekali lagi oleh doktor di wad kecemasan itu. Dia diarahkan oleh klinik doktor M untuk memasukkan saya ke wad. Saya dan adik saya menolak untuk dimasukkan ke wad. Saya cuma mahukan keputusan ujian darah dan mahu ke Gleneagles Intan pula.
Dengan keputusan ujian darah influenza A & B negatif, denggi negatif, saya dikenakan caj RM170. Ok, dah nama Ampang Puteri kan. Untuk apa saya dimasukkan ke wad kalau keputusan semuanya negatif?
Semoga timbul ilham untuk mereka memperbaiki kesilapan. Yang boleh dipuji hanyalah doktor dan pembantu perubatan di hospital itu bersikap baik. Terima kasih. Proses perkhidmatan tidak seindah nama.
Bermulanya PMR hari tu, entry ini terbiar sepi. Dah nak masuk SPM dah. Teringat masa zaman muda-muda dulu ketika hendak menduduki peperiksaan ini. Saya dibiarkan belajar sendiri. Tanpa kelas tambahan. Tanpa kelas tusyen. Tanpa segala-galanya. Buku rujukan atau buku latihan, boleh dikatakan tidak ada. Cuma mengharapkan buku teks yang diberi pinjam secara percuma kepada semua pelajar ketika itu. Ketika itu bukan tidak ada pusat tusyen. Ada. Kawan-kawan yang ke pusat tusyen selepas habis waktu sekolah, saya hantar dengan pandangan mata dan monolog di kepala "betapa beruntungnya mereka".
Emak dan abah tidak berpeluang langsung memasuki "wayang SPM" lakonan saya. Malah mereka tidak cuba mencampuri urusan belajar saya. Memang dibiarkan 100%. Saya dibiarkan berfikir sendiri bagaimana cara untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 6A daripada 9 mata pelajaran di dalam SPM ketika itu tanpa bantuan selain dari buku teks. Alhamdulillah, menjadi manusia.
Pelajar sekarang mesti ada campur tangan ibu bapa. Daripada "esok kena pakai baju apa untuk kelas jasmani" hinggalah kepada "esok kena bagi berapa ringgit kat cikgu untuk buat jamuan hujung tahun". Tidak cukup dengan sekolah akademik dan sekolah agama, malamnya pula ibu bapa akan aturkan jadual untuk anak ke pusat tusyen. Di malam lain pula diaturkan pula kelas piano. Atau kelas karate. Kelas ballet. Dan bermacam-macam kelas lagi semata-mata untuk anak-anak ini nampak kelas.
Ibu bapa sekarang sama macam ibu bapa dulu-dulu. Semua hendak yang terbaik untuk anak-anak. Bezanya, anak-anak dulu belajar dalam keadaan yang serba kekurangan. Anak-anak sekarang semuanya ada tetapi ada yang masih belum tahu menghargai kesenangan itu. Dulu lain. Sekarang lagilah lain. Ibu bapa tidak boleh alpa dengan anak-anak. Alpa seminit dua, terkeluar landasanlah mereka. Kemana perginya kekuatan yang sepatutnya ada dalam diri? Sedangkan manusia dijadikan semuanya sama. Adakah kekuatan itu dilembikkan oleh segala benda yang disogokkan di depan mata dan disuapkan ke mulut. Jika dari kecil berjalannya dipimpin tangan, bagaimanakah anak ini ketika besarnya? Di alam kerjanya yang amat luas?
Semoga di dalam perjalanan yang jauh ini, kekuatan itu terbina dengan lulusnya semua ujian keimanan.
Tuan punya blog sangat banyak idea untuk menulis tetapi hilang begitu sahaja kerana sudah hampir sebulan tidak sihat. Ke kliniknya usah dicerita. Sebelumnya pula kekangan masa yang tidak mengizinkan. Ada beberapa entry yang hanya tinggal draft. Tuan punya blog juga harus mengaku yang dia tidak melayari mana-mana blog rakan-rakan yang dia selalu ziarah. Maaf yang tidak terhingga.
Hilang fokus kepala dan jari bila nikmat Allah ini ditarik sementara. Idea yang banyak boleh lumpuh untuk dinukilkan di kanvas maya ini dek kerana antibodi merajuk. Boleh dikatakan sudah hampir sebulan saya tidak menekan ikon Explorer atau Firefox. Kepala saya dengan mudahnya pening ketika membaca blog rakan-rakan dan membuka blog sendiri. Dua kali saya rasa seperti hendak jatuh ketika melangkahkan kaki membuka pintu surau.
Mungkin ada beberapa email yang tidak sempat saya buka, baca dan balas. Maaf. Saya benar-benar tidak stabil. Dalam masa yang sama saya masih datang ke pejabat dan pulang lewat setiap hari. Semuanya kerana tuntutan tugas/ibadah. Buat kerja di meja pejabat bertemankan tisu sekotak untuk membuang segala sisa kumbahan di hidung. Aircond memudaratkan lagi keadaan.
Sakitnya biasa saja tetapi disebabkan keletihan badan dan beban tugas tanpa rehat, menyebabkan ia berlarutan. Kelas tajwid saya juga terganggu. Saya tidak rasa suara saya akan keluar bila Ustaz suruh saya baca beberapa baris ayat Al-Quran di dalam kelas. Mengganggu pelajar lain dengan batuk saya ini adalah idea yang tidak berapa bijak.
Beberapa entry sebelum ini ditulis di dalam keadaan saya tidak sihat. Sehingga entry ini ditulis, saya masih belum sihat. Saya paksa diri saya untuk menulis kerana saya tidak mahu Emblem of Purity pula merasa terabai. Nanti dia pulak yang merajuk(!) hehehehe. Merepek. Maklumlah kepala tengah weng(!)
Doakan saya cepat sembuh ya, insya-Allah. Terima kasih. Saya sayang anda semua.
Setiap orang akan memandang hal ini dari sudut yang berbeza.
Ia bermula dengan soalan ini terhadap seorang kawan lama: “Husband engkau pergi kerja pukul berapa tu? Waktu ni pun dia masih teman engkau hantar-hantar barang ni”.
Ketika itu jam 10:00 am. Saya beli barang daripadanya. Dari pejabatnya, dia singgah di pejabat saya ditemani suami yang menunggu di dalam kereta.
Dengan bersemangat dia mengatakan suaminya pencen awal. Pencen awal? Umur berapa suami dia pencen awal tu? Setahu saya suaminya bukan askar nak pencen muda. Setahu saya, dia bukan bersuamikan lelaki berumur. Saya simpan soalan umur.
Saya: Kau tak kisah ke hantar barang ni kat aku? Dah pukul berapa ni, kau baru sampai pejabat ke?
Dia: Eh tak…biasalah semalam aku cuti. Hari ni pagi-pagi aku ada meeting. Aku suruh suami aku tunggu nak hantar barang ni kat kau. Sementara tu dia sarapan belakang pejabat aku lepas hantar aku. Dia hari-hari sarapan kat situ. Dia kan tak kerja.
Saya: Dia tak kerja? Kan hari tu kau kata ada kedai? Bukak kedai pukul berapa?
Dia: Kedai tu dah tak ada dah. Dah sewa kat orang.
Saya: Berapa kau sewakan?
Dia: Dalam RM1k. Sebenarnya RM1.5k tapi dah tak berapa laku.
Saya: Jadi sekarang dia tak kerjalah?
Dia: Tak. Aku lebih selesa macam ni. Hantar dan ambil aku pergi balik kerja. Hantar dan ambil anak-anak pergi balik sekolah. Hantar kat orang kang, anak aku tak pergi sekolah lah, tertinggal bas sekolah lah, jatuh lah, sakit lah.
Saya: Kau ada pembantu rumah? Berapa kau bayar?
Dia: Ada. Aku bayar RM400.
Saya: Kau cakap dia pencen muda ni, dia sebaya kita ke?
Dia: Tak. Dia 40. Dia tak suka kerja makan gaji. Tak suka kerja dengan orang
Saya: Kalau macam tu, yang sesuai bisneslah.
Dia: Betul. Tapi dia tak suka bisnes besar-besar. Susah nak jaga. Lagipun nak kena pakai duit banyak. Kitorang manalah ada duit banyak. Lagipun kitorang hidup bukan nak kaya. Apa yang ada je. Lagipun gaji aku dah besar sekarang, kenapa pulak suami aku nak kena kerja. Aku tak kisah dia tak kerja. Aku tak payah pening-pening pasal anak. Lagipun kalau dia kerja, berapa sen sangat la dia boleh dapat. Setakat RM2k – 3k, kerja dari pukul 9am – 5pm semata-mata nak kejar RM2k – 3k, stres kerja lagi, baik tak payah. Hari tu aku dah cakap kat mak mertua aku, aku tak kisah suami aku tak kerja. Aku rasa orang sekeliling sibuk cakap pasal dia tak kerja sebab orang dengki. Mak dia bising sebab mak dia rasa aku tanggung anak dia. Sepatutnya aku sebagai isteri aku tak payah kerja, tapi disebabkan gaji aku dah besar, aku tak payah risau fikir pasal anak-anak aku, aku jadi tak kisah. Pernah dia tanya aku macam mana kalau dia kerja. Aku tanya dia apa pendapat dia? Aku tak kisah, tapi cuba fikir pasal anak-anak, pasal rumah, pasal aku, kalau dia kerja. Tu pasal la aku tak kisah dia tak kerja. Dengan gaji aku dah RM4k ni tolak itu ini tinggal dalam RM3k lebih, bolehlah nak hidup. Aku pulak sakit-sakit je sebab stres ni. Kalau dia kerja, nanti aku lagi stres.
Pada pendapat saya, orang tak dengki tapi orang pelik. Bukan pelik apa, pelik dengan persoalan – apa agaknya perasaan seorang lelaki ditanggung isteri?
Kita bekerja bukan hendak hidup kaya. Juga bukan hendak hidup mewah. Cukup sekadar badan kita sihat untuk beribadat. Tapi bukankah bekerja itu juga satu ibadah?
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya.”
(Muslim)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Terima kasih.
Dari tingkat 16, saya hendak turun ke tingkat 1. Lif terbuka di tingkat 15. Saya ingat dah sampai tingkat 1, saya pun nak turunlah. Tengok-tengok tingkat 15. Seorang staf perempuan bertudung masuk dalam lif senyum pada saya sambil berkata; "belum sampai lagi". Bermula sebuah dialog:
Staf: Dari tingkat berapa?
Saya: Tingkat 16.
Staf: Oh, you jaga kat depan tu ye?
Saya: (Geleng kepala sambil senyum)
Staf: Oh, you bukan jaga depan tu? Habis tu, you department apa?
Saya: (Buat muka ala-kena-bagitau-ke-ni-yang-malas-ni-tak-payah-tau-la. Akhirnya terpaksa cakap)
Staf: Oh, XXX's Office. Eh, jarang nampak you (bercakap dengan muka interested)
Saya: Memang jarang keluar pun (Berjalan selaju mungkin untuk tidak menyambung perbualan)
Muka saya ni ada rupa receptionist agaknya.
Henry: (Dia staf dari Singapore. Dia tanya kawan sepejabat dia sebab dia nampak saya tengah buat air kat coffee bar) You want coffee or tea? (Kawan dia jawab "kopi") Can you please prepare us some coffee? (Dia cakap kat saya)
Saya: (Sambil senyum kat dia) Sorry, I am not a tea lady
Henry: Oh, I am sorry
Muka saya ni ada rupa tea lady agaknya.
Bila ingat-ingat balik, nak tergelak pun ada.
Saya tak kisah la orang nak cakap apa atau nak anggap saya apa. Tak luak pun. Ada kawan yang kat sebelah bangunan sana, sampai bergaduh gara-gara kawannya tersilap letak designation dia dalam carta organisasi hehehe.
McNa kata: "Ek ele....pasal designation pong nak kepoci cam orang mabuk....kalu post sama taraf ngan penasihat perdana menteri letak taraf officer bleh la nak kepoh..." Hehehehehe
Gloss: Saya akan post kan kemudian cerita tentang "Dia Dari XXX's Office".
Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu tidak akan sama dengan nyawa yang hilang. Andai diganti dengan nyawa sekali pun, ia tetap tidak akan sama.
Selepas ini ibu bapa akan lebih takut lagi untuk membenar anak-anak menyertai mana-mana kem. Padahal kem-kem ini membawa banyak kebaikan.
Ini bukan masa untuk menuding jari kepada sesiapa.
Takziah kepada keluarga kanak-kanak yang mati lemas di Kuala Dipang.
Gloss: Stesen LRT Terminal Putra nak tunggu kejadian yang tidak diingini berlaku barulah mereka hendak pasang semua lampu di sekitar stesen. Yang peliknya, waktu hujan semua lampu di padam. Waktu tak hujan semua lampu dipasang. Apa bezanya? Apa salahnya pasang lampu setiap malam? Setakat pasang bumbung untuk pejalan kaki tidak bermakna kalau berjalan di dalam keadaan gelap. Lampu ada tapi tak pasang. Untuk apa lampu tu? Nak berjimat kena tengok tempat. Kalau berlaku apa-apa baru nak pasang semua lampu setiap malam. Dah terantuk baru nak terngadah. Saya belum menghantar sebarang komplen ke pejabat LRT Putra.
Minggu lepas adik saya pergi survey barang-barang elektrik untuk rumah saya. Oh ya, saya lupa nak bagitahu. Aishah dah kahwin, jadi barang-barang elektrik kepunyaannya wajib harus dibawa bersama. Orang punya kan. Takkan nak hadap sampai bila-bila.
Setelah perincikan kriteria barang-barang yang saya mahu, adik saya maklumkan kepada saya melalui telefon.
Adik: Kak, ada satu peti ais ni tengah clearance sale. 2 pintu, kiri kanan. Besar. Adik rasa adik nak beli yang ni, awak ambik yang kat rumah adik tu. Saya: eh...siapa yang nak beli peti ais ni? aku ke dia? Taknaklah awak punya tu. Besar sangat. Space kakak kecik je. Nanti tak muat nak keluar masuk dapur. Adik: Rugilah. Murah ni. Saya: Tau murah tapi tak ada space macam mana? Adik: Tak apa lah kalau macam tu. Adik balik dari Medan esok adik beli lah. Adik fikirlah apa nak buat dengan yang kat rumah tu. Yang lain-lain ni ok tak? Bla bla bla. Ke awak nak tengok dulu. Nanti tak puas hati pulak. Saya: Nak kena tengok ke? bab ni yang malas ni. kedai tutup awal. kita ni balik kerja lambat. takut terkocoh-kocoh tak sempat. tapi kalau beli barang tak tengok, apa barang kan. yang kita ni percaya kat dia. Esoklah, boleh ke? Dalam pukul 6.45 pm. Jumpa kat mana? Adik: Adik ambik awak kat lrt Wangsa Maju.
Gila detail dailog hahahaha Esoknya, dengan terkocoh-kocoh, saya keluar tepat jam 5.45 pm. Biasanya saya akan sampai area rumah saya dalam masa 1 jam. Wangsa Maju adalah taman kejiranan saya.
Saya sampai dulu kedai tu sebelum adik saya. Saya masuk kedai sambil tengok barang-barang elektrik lain selain yang adik saya dah booking semalamnya. Salesman ni ikut je. Di mana saya pusing-pusing tengok barang, kat situ jugaklah dia tercegat. Dah kerja dia kan. Kang kita nak tanya apa-apa, takkan kita nak panjangkan leher cari diorang pulak. Kang diorang taknak layan, kita komplen pulak kan. Saya tanya dia itu ini tapi dia jawab bukan main lembut dan perlahan sangat-sangat sampai tak dengar mengalahkan saya yang perempuan kat situ memang dia lembut pun. Saya terpaksa ulang soalan beberapa kali. Angguk pun macam nak taknak. Nak kerja ke tak dik? Bila saya cakap kat dia saya tengah tunggu adik saya, dia tak ikut saya lagi.
Setelah adik saya sampai, kami tengok semula barang-barang. yang dia dah booking semalam Dah setuju semua, saya berikan details untuk barang-barang di hantar ke rumah. Oh, lupa nak bagitahu, yang layan kami BUKAN salesman yang lembut tadi.
Sedang salesman sediakan invoice, adik saya datang kat saya. Dia bagitahu, "Semalam adik datang pakai selekeh je. Naik motor pulak tu. Semua orang buat layan tak layan je. Dia ni je lah yang ikut mana adik pergi. Tapi layan ok-ok je. Bila tengok adik nak beli macam-macam barang, bayar cash, barulah nak layan".
Adik saya ni memang selekeh sepanjang masa. Tak hairan kalau orang pandang dia macam tu. Bila dia datang dengan open top car baru orang nak layan dia agaknya. Ditambah pula dia beli tunai barang-barang ini hari tu.
Kalau saya ke pasar, saya selalu memandang ketam dengan perasaan yang bercampur baur. Eh...kenapa pulak? Saya teringin nak masak ketam lemak cili api tapi saya tak tau macam mana siang ketam. Laaa...tak tau siang?
Aishah selalu cakap kat saya nak siang ketam senang je. Buang je bahagian keras kat atasnya. Bahagian keras atasnya? Bukan ke bahagian keras atasnya tu kulit ketam yang kita masak sekali. Bukan, bukan bahagian tu. Bahagian keras yang kecil dekat dengan kepala ketam tu. Ishhh...tak taulah saya yang mana satu. Kalau tak tengok, susah nak bayangkan.
Jadi, jangan bayangkan. Kita tengok gambar walaupun bukan yang boleh dipegang ;)
Oh, ketam yang kita selalu makan tu namanya ketam bunga. Yang ni male. Filename kat gambar ni la kata male. Tapi write-up kata female. Untuk orang yang buta ketam macam saya, memang saya confuse tahap kronik bila orang belit-belitkan jantina ketam ni.
Yang ni filename kat gambar ni kata female tapi write-up male. Saya pasti yang membezakan jantina ketam-ketam ini adalah kulit yang berbentuk 3 segi di bahagian bawah perut ketam-ketam ini. Inilah agaknya yang dimaksudkan Aishah "bahagian keras atasnya" kot. Ini bukan atas. Ini bawah perut. Eh, ye ke bawah perut? Entah, saya pun tak tau hehehehe.
Ni ketam betina. Female.
Ni ketam jantan. Male.
Kalau tanya saya, macam mana nak tahu jantinanya kedua-dua ketam ini kalau dilihat dari bahagian atas, saya cuma akan jawab dari segi bentuk dan warnanya saja. Ciri-ciri yang lain saya surrender, saya memang tak tau :-)
Andai aku ditanya oleh sesiapa tentang kamu sebagai seorang kawan, insyaAllah akan aku jawab kamu adalah seorang kawan yang baik, tidak ada satu pun kesalahan yang kamu lakukan pada aku, kamu meninggalkan semua yang manis untuk aku, kamu meminjamkan kasih sayang semurni embun buat aku.