Tuesday, 1 December 2009

Planner & Tahun Baru 1431

"Tiada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan apabila berjaya memperolehi kemanisan iman & cinta ilahi"

Bila adik ini iklankan apa-apa di blognya, saya selalu teruja untuk mendapatkannya. Dia pandai menyusun ayat. Adakala sampai terlupa nak oder sampai tamat tarikhnya. Kadang-kadang terfikir tidak mahu menyusahkan dia dari banyak segi. Kadang-kadang saya fikir apa salahnya beri moral support.

Dengan planner yang baru sampai ke tangan saya, saya sudah bersedia untuk menghadapi tahun baru beberapa minggu lagi pada 1 Muharram 1431 bersamaan 18 Disember 2009, insya-Allah. Tiba-tibalah pulak teruja nak masuk tahun baru ni :-)

Kepada Solehah: Dengan kata-kata yang tertulis di bookmark kat atas tu, dengan ini akak maklumkan sudah terima plannernya dalam keadaan baik. Terima kasih. Tak payah akak pening kepala nak pergi cari. Nanti iklanlah lagi ya :-)

Gloss: Kepada sesiapa yang nak oder, bolehlah hubungi Solehah diblognya.

4 comments:

Lan Bingka said...

nak teruja gak la...hehe

Ummu Sakinah Muhammad said...

kak el puas hati ke? terima kasih kak, semoga bermanfaat :)

Solehah Muhammad said...

maaf kak, yg kat atas tu sy, solehah terguna acc adik plak :) puas hati ke kak?

eL said...

Lan: Amboiii...heppp!! Meh teruja sama-sama.

Solehah: Puas hati dik. Suka sangat. Belum habis baca isi dalamnya. Macam-macam ada [Astro, pinjam jap tagline ye :-)]. Petua pun ada.