Tuesday, 15 December 2009

Dapur Gas

Sumber gambar dari internet. Terima kasih.

Gas explosion at food court area of AEON Jusco mall in Malacca as workers rush for its grand opening on Dec 17; 1 worker killed, 7 others hurt/STAR

Macam biasa, saya dapat teks ni dari The Star. 4, 5 hari ni kepala saya asyik fikirkan pasal dapur gas. Tiba-tiba dapat pulak sms macam tu. Dalam hati kata; "baru je terfikir-fikir pasal dapur gas meletup". Saya cukup takut dengan dapur gas. Terutama sekali bila kita nak tutup api tu, dia keluar bunyi berdebus sikit. Kalau dia tak bunyi apa-apa, kurang sikit takutnya. Kat rumah saya pakai dapur gas yang macam kat atas tu. Dapur elektrik tu Aishah dah ambil balik sebab dia dah kahwin.

Kat rumah adik saya pulak, dia pakai kedua-dua jenis dapur kat bawah ni. Bertambah takut bila dia ada satu alat yang boleh besar-kecikkan api dekat kepala tong gas. Bila pusing, besar sangat pulak. Bila kecikkan, sampai terpadam apinya. Nak bukak balik api dapur tu dah takut sebab gas dah keluar sekeliling dapur tu. Kalau pasang nanti, api mesti menyambar. Takut betul saya. Tiap kali nak masak kat rumah dia, saya mesti terfikir-fikir macam mana la aku nak hidupkan api dapur ni. Yang menjadi lebih haru bila hari tu saya cuba pasang dapur gas tu, api menyambar kat tangan saya hingga nak sampai ke siku. Rasa serik betul nak guna dapur gas rumah dia. Ke disebabkan kepala kita asyik fikirkan pasal letupan gas menyebabkan benda tu seolah-olah macam nak berlaku je kat kita? Selalunya orang kata, kalau kita fikirkan sangat, dia jadi dejavu.

Sumber gambar dari internet. Terima kasih.

Sumber gambar dari internet. Terima kasih.

Apa sebenarnya yang menyebabkan dapur gas mengeluarkan bunyi berdebus bila kita tutup api? Ada benda tersumbat ke? Tapi dapur gas saya tu, dapur baru. Tak kan ada benda tersumbat kan. Sekarang saya cuma pakai sebelah tungku je. Tungku yang sebelah lagi yang berbunyi tu saya takut nak pakai.

eL

10 comments:

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,

eL yang menyebabkan dapur gas berbunyi bila kita tutup ialah api yang cuba menyambar gas yang dah tersekat sebab kita menutup salurannya, kalau tersilap atau tak kemas tutup itu yang menyebabkan api menyambar kerana sisa2 gas masih ada.

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,

eL yang menyebabkan dapur gas berbunyi bila kita tutup ialah api yang cuba menyambar gas yang dah tersekat sebab kita menutup salurannya, kalau tersilap atau tak kemas tutup itu yang menyebabkan api menyambar kerana sisa2 gas masih ada.

eL said...

Lipislady: maksudnya mungkin saluran getah tu terlipat atau terkemek kat mana-mana ye?

Fatin said...

kak el, fatin pun takot dgn dapo gas nih, tambah2 klu kasik terkejut2 nih.. huhu~ sebab dulu masa guna dapo gas skali dengan oven (yg attached skali tu), slalu letak plastik2 dlm ruang oven, tapi slalu bila nak on dapo, terpusing ON oven tu, sampai termenyala2 api terbakar plastik, hrtu masa nenek terpusing ON oven, ingat nak meletup dah rumah! lepas dari tu, klu ada bunyi2 terkejut sket ke ape kat dapo gas, fatin rela off api, x masak terus.. "mana korang nak? kakak bakar umah ke, korang on kan api utk kakak utk masak?!" hahaha~ skrg ni, xde oven dah kat umah, sbb dah fobia :P

eL said...

Fatin: Ayoooo...takutnya. Kak el pun rela tak masak kalau jadi macam tu. Takut meletup diri sendiri. Buat potong stim nak masak je.

nohas said...

Belakang rumah saya ada tangki gas utk rumah yg guna saluran paip gas..takut juga, kalau2 meletupp..nauzubillah..

eL said...

Nohas: Takutnya tapi belum pernah dengar lagi rumah meletup disebabkan saluran paip gas macam tu kan kat Msia ni. Ke ada?

nohas said...

Takde lagi le, tapi fobia juga..tiba2, hehe..

Fatin said...

hehe.. lebih baik berhati2 dari menjadi terlalu carefree.. nnt dah jadi ape2, sesal x sudah.. :( nauzubillah.. apa pun, waspada sentiasa perlu ada.. :)

eL said...

Nohas & Fatin: You all punya statement buat saya terfikir-fikir sampai ke hari ni. Tengok dapur gas, teringat kat you all hehehe.