Friday, 30 July 2010

Peter Out

Saya berhenti sampai di sini kerana keadaan tidak mengizinkan. GIMC send uncertain messages to me. Have to rummage around for the strength. Terima kasih bersama-sama Emblem of Purity selama ini. Ini tempat saya luahkan apa yang ada di dalam hati yang tak boleh diterjemahkan dengan kata-kata di depan sesiapa pun. Thank you for being my lovely confidant for the longest time. Your camaraderie and comradeship cannot be replaced even by a 1-million diamond. You are eminent to me. Insya-Allah, saya tidak berhenti menulis cuma menanti amber light turns green. Maafkan saya andainya saya pernah mencalarkan hati sesiapa atau buat sesiapa kurang senang. Insya-Allah jumpa lagi di lain tempat. I am grateful that you are here. Saya akan hantar email sekali sekala, insya-Allah. Leave me your email address if you want to ye :-)

Selamat menyambut Ramadhan :-) Awalnya. Biar awal, jangan tidak langsung kan? :-)

Thursday, 29 July 2010

Banci Bukan Benci II

Agaknya teruja lepas dengar saya cerita pasal banci kat mak abah saya masa diorang datang rumah saya hujung minggu lepas, si Alya pun tak sabar sabar nak melibatkan diri dalam banci ni agaknya.

Sebab.

Semalam tiba-tiba saya dapat sms dari “Mom” yang dihantar oleh Alya. Baca sms dia, saya dapat rasa dia teruja. Macam maklongnya teruja la sebab pertama kali terlibat secara langsung. Selama ni tak pernah tahu pun kawan-kawan yang datang buat bancian ni dah datang ke tak ke rumah saya. Kalau datang pun siapa yang jawab semua soalan soalannya. Tak pernah saya ambil tahu. Tak pernah tanya kat mak pun. Ye lah…berapa tahun sekali ye kita buat bancian? Suzana kata 10 tahun sekali. Uihhh…entah ada entah tidak saya kat sini. Entah-entah kena banci kat "sana" dengan 2 sahabat.

Sms semalam:

Alya: Maklong, rumah Alya dah kena banci (“rumah Alya” ok. Entah bila dia beli rumah tu tak tau la. Nampak betul keterujaannya.)
Maklong: Ye? Siapa yang jawab soalan?
Alya: Pakteh (ni adik ke-3 saya)
Maklong: Pakteh? Wan dengan Tok mana?
Alya: Tok cabut. Wan tak buat apa-apa

Tergelak sorang-sorang saya baca. Hai la Tok. Tok pergi mana? Tok. Tok. Apa la Tok ni.

Wednesday, 28 July 2010

Saya Dah Mati Tapi Saya Yang Tulis Surat Ni....

Masa saya tengah tension dengan si isteri CEO saya (rasa macam nak berhenti kerja ok - sejam saya membazirkan airmata tadi), tiba-tiba saya dapat email dari Indra. Tak ada isi tapi ada attachment. Ni attachmentnya:


Daripada tension terus gelak golek-golek. Saya rasa ni mesti untuk Unit Khidmat Pelanggan yang tak reti bahasa nak kemaskini pengkalan data mereka. Atau pun staf kat Unit Khidmat Pelanggan tu semua terlepas pandang dah innalillah jugak. Bank mana la agaknya ya?

McNa, bank kau ye? Eh lupa...kau bukan commercial bank.

Kalau Makan, Dia Yang Dulunya....

Bengang tak…diulangi…bengang tak…(bukan bangang ye) kalau kita nak buat event makan-makan, lepas tu nak mintak tolong kat orang supaya kemaskan kawasan kemalangan yang nak buat event tu, lepas tu diorang jawab main-main, nak tak nak, lepas tu bila makan, diorang yang dulunya datang, tak panggil pun dah terjengul dulu. Bengang kan?

Semalam.

Entah apa penyakitnya tiba-tiba Lembaga Pengarah saya nak makan tengah hari kat lounge ofis lepas mesyuarat Lembaga. Kelam kabut juga nak siapkan tempat. Lounge tu penuh dengan sofa-sofa tempat staf melepak. Saya tak tau pulak kawasan tu kena booking kalau nak buat event. Yang tukang bagitahu pun (receptionist), dia bagitahu saya dekat pukul 5 petang semalamnya yang tempat tu kena booking. Jenuh juga nak mencari tempat nak letakkan sofa-sofa tu. Bukan sikit-sikit. Semua bilik latihan dah ditempah. Tak ada bilik yang besar lagi untuk ditempatkan sofa sofa tu.

Mujur la receptionist bagi idea supaya separuh sofa diletakkan di dalam perpustakaan dan separuh lagi dalam bilik Sports Club. Ok, settle.

Sekarang ni yang tak settle lagi, siapa pulak yang nak tolong angkatkan sofa-sofa tu ke dalam bilik-bilik yang telah dicadangkan tu? Sekali lagi receptionist saya yang brilliant tu cakap; “el, kalau you nak angkat sofa-sofa tu mintak tolong Adi dan Amin”.

Ok, akak ni gagah la sms si Adi & Amin. Lepas beberapa minit, eh tak jawab pun sms diorang ni. Dapat ke tak sms akak ni. Akak ni pun gagah lagi sekali telefon la tuan punya badan.

Saya: Adi, dapat tak sms akak?
Adi: Sms apa? Tak dapat pun
Saya: Akak hantar kat Adi dan Amin. Amin mana?
Adi: Ada ni. Tapi Amin cakap hari ni dia bawak handphone awek dia.
Saya: (pulak dah. Bawak handphone je ke atau dengan nombor-nombor sekali? Lantaklah) Meh sini akak nak cakap dengan Amin.
Amin: Hello kak
Saya: Amin, tadi dapat tak sms akak?
Amin: Sms pasal apa? Pasal nak alihkan sofa eh?
Saya: Eh tau pulak.
Amin: Adi bagitahu tadi.
Saya: Tadi akak tanya dia, dia kata dia tak dapat sms akak.
Amin: Dia baru je tunjuk sms akak.

Suka suki dia je kan? Tadi si Adi cakap tak dapat sms saya kan? Lepas tu si Amin kata Adi baru tunjuk sms saya kat dia. Tak ke main-main namanya tu? Kita tengah serius. Tengah kerja. Masa kerja, kerjalah. Masa main, mainlah. Mentang-mentang akak kau ni sporting je semedang, sampai kau tak reti nak beza masa main dan masa kerja kan? Ini bukan nak bagi makan budak tadika. Kang akak sebut nama, awak kata akak saja nak bagi nampak gah gunakan nama diorang. Serius la sikit. Bijak sangatlah receptionist tu suruh mintak khidmat awak berdua. Lepas tu bila masa makan, orang belum panggil makan awak dah sampai dulu.

Tarik nafasssssssssssssssss……………

Tuesday, 27 July 2010

Banci Bukan Benci

Dah kena banci? Dah terlibat dengan banci? Dah ada orang datang rumah buat bancian? Ishhh…saya tak tau lah macam mana nak buat ayat tanya pasal banci ni. Kira fahamlah ye. Saya dah. Saya ingat saya dah tak termasuk dalam statistik jumlah penduduk kat Malaysia ni. Rupanya sempat lagi.

12 Julai 2010. Malam tu, lebih kurang jam 8.40 malam, gril pintu saya digegar berkali-kali. Saya tengah baring atas sofa sambil tengok tv, tak terus mengintai melalui cermin kecil kat pintu tu, tapi saya terus lari masuk bilik. Cari tudung. Tak tahu yang kat luar tu lelaki ke perempuan.

Sebelum buka, saya intai dulu melalui cermin kecil. Perempuan. Siapa ye? Saya buka pintu perlahan. Dia kenalkan diri. Laaa…si Suzana rupanya. Ingatkan tak datang dah sebab surat yang dia tinggalkan kat saya berbunyi lebih kurang begini:

Akak, saya datang ketuk pintu rumah akak dah 2 kali. Penat saya bergayut kat gril akak ni. Akak tak kesian kat saya ke? Setiap kali saya datang waktu siang, waktu kerja. Saya ingat akak ada kat rumah. Hari ni, 12 Julai 2010, jam 2:00 petang, kali ketiga saya datang rumah akak. Saya akan gegar gril pintu rumah akak lagi pagi ni jam 8:00 pagi, hari ini, 12 Julai 2010.


Inilah surat yang saya anggap "surat-cinta-dari-negara-dia-sendiri" dari Suzana. Sorry ye Suzana. Glamer awak kejap. Mana tau kot-kot bertambah jualan unit trust Etiqa awak, insyaAllah. Amin.


Bila sampai tang tarikh dan masa yang dia tulis tu, saya besarkan mata saya. Saya bimbang kalau saya salah nampak. Nampaknya Natberry tak membantulah kalau saya salah nampak. Saya baca lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Ok, give up. Macam budak tadika pulak kena eja bagai.

Selepas saya dah faham, ada riak kecewa di wajah saya walaupun saya tak nampak muka saya sendiri. Hmm....terlepaslah banci kali ni. Nak jugak tahu macam mana rupanya soalan-soalannya, apa reaksi yang akan saya bagi. Kenapa si Suzana tak tinggalkan questionnaires tu kat saya? Kalau tak, boleh saya isi dan tinggalkan depan pintu. Dia datang ambil je nanti. Isk…isk…isk…

Akhirnya si Suzana sampai juga ketika jam menunjukkan “jam 8:00 pagi waktu negara dia". Amboiii…macam nak runtuh pintu saya. Awak datang siang memanglah tak ada orang. Saya kerja. Tak ada orang kat rumah ni. Saya tinggal sorang. Maaf la kak ketuk kuat-kuat tadi. Saya ingat ada abang ke kat rumah (abang? hoh!!!) Sorry kak, saya sampai lambat sikit. Terpaksa datang jugak sebab blok ni tinggal akak sorang je yang belum lagi. Nasib baik dik, akak dah nak bersiap sedia bangun dari sofa ni nak solat isya’ lepas tu tidur. Kejap je ni kak..saya tanya akak jawab je eh.

Bla bla bla….ada mesin basuh..bla bla bla..ada kamera digital…bla bla bla…gaji berapa…bla bla bla…belajar sampai tahap mana…(beberapa soalan yang saya ingat off-hand)

Bila ingat balik, kelakarlah awak ni Suzana. Akak ingat nak jawab main-main je. Bukannya awak tahu pun kan? Hehehe. Tapi akak kesian sangat kat awak. Mesti penat lepas balik kerja kena pergi buat bancian pulak. Lepas tu dapat pulak responden yang tumbuh tanduk macam akak ni.

Ada hikmahnya jugak si comel tu tak tinggalkan questionnaires tu kat saya. Kalau harapkan saya yang isi, mahu lepas raya haji tahun depan baru siap.

Monday, 26 July 2010

Kenduri Kahwin - Nak Pakai Apa?

Bermula daripada gambar kenduri kahwin yang dihantar oleh kawan melalui email, saya telah menjalankan satu tinjauan (survey). Mengada-ngada. Tak ada kerja.

Tinjauan ni saya buat melalui sms. Satu sms, saya hantar ke semua kawan yang saya rasa saya akan dapat respon. Tapi ada juga yang tak respon.

Soalannya: Yang mana satu lebih sesuai kalau nak hadir majlis kenduri kahwin?
1. t-shirt & slack
2. kemeja lengan pendek & jeans
3. baju batik & slack
4. t-shirt & jeans
5. kemeja lengan pendek & slack

Kalau tengok daripada pilihan jawapan tu, soalan ni sebenarnya merujuk kepada Adam. Masa saya buat pilihan jawapan tu, saya baru nak masuk tidur. Jadi, pilihan jawapannya kurang komprehensif.

Kat bawah ni jawapan daripada kawan kawan saya mengikut turutan.

Ajak: Tgk function buat kat mana la. Aku selalu t-shit je & jeans. Tengok tempat la. Kena hormat majlis orang. Kalau kat dewan kelas kelas pakai la batik atau kemeja.

Lan: No. 5 sesuai. T-shirt santai sangat.

Reta: Semua boleh kalau kenduri kahwin yang biasa. Kalau formal sangat macam buat kat hotel etc batik & slack.

Syuhada: Untuk lelaki ke perempuan? Kalau lelaki t-shirt & jean la, baru nampak macho..huhu
(Yang, takkanlah perempuan ada jawapan jeans bagai. Sah-sah soalan ni merujuk kepada Adam)

Suzi: Yang no. 3 la kak

Zita: 1. t-shirt & slack = tak sesuai
2. kemeja lengan pendek & jeans = bole la
3. baju batik & slack = proper sket la
4. t-shirt & jeans = kebanyakan jejaka zaman sekarang buat.
5. kemeja lengan pendek & slack = macam nak pegi ofis pulak.
Buat bancian apa ni kak? Huhu
(banci belum start lagi masa saya jalankan tinjauan ni :-))

Dia reply lagi: Betul apa. Sebab diorang malas nak fikir apa nak pakai, t-shirt dengan jeans je lah. Tak payah gosok. Untuk yang muda je la. Yang tua pakai kemeja, baju batik huhu. Tak ada keje ke kak? Buat bancian malam-malam ni.
(Jawapan paling panjang. Mungkin sebab dia tengah tak ada kerja kot. Tengah dalam pantang. Gagah nak menjawab)

Maz: Jawapan saya kemeja dengan jeans.

Intan: 5 & 2.

Saya kurang perasan yang orang sekarang ni terutama sekali orang muda memang rajin pakai jeans dan t-shirt bila pergi kenduri kahwin. Ala…tak kisahlah. Pergi makan je. Bukannya jadi pengantin pun kan?

Entah. Saya rasa kurang sesuai terutama sekali yang pakai t-shirt tu semata-mata nak tayang ketul-ketul kat lengan. Apa tak tunjuk sekali 6-pax yang ada kat perut tu?

Thursday, 22 July 2010

Cerita Zaman Ais. Dah lama. Baru hari ni dapat tulis. Maafkan kami. Maafkan kami.

Situasi: Pejabat.

Dari dalam bilik lagi saya dah dengar bising bising kat luar pintu. “Dia punya birthday ke?”.

Sampai kat meja saya; “Nah el. You punya”.

Aduh…hijau hijau ni siapa punya kerja? Takkanlah McNa dan Reta pulak.

5 saat jugaklah saya pandang je kat jambangan yang serba hijau tu. Orang yang hantar tu pegang je. Dia siap cakap; “Kak, kawan akak ni siap tulis umur akak lagi”.

Dia hulur saya sekeping kertas. Saya tandatangan je. Saya tak tengok pun dari siapa. Bila saya dah pegang, saya perhati lama lama kad yang tertulis kat situ. Eh, siapa nama yang pertama ni. 2 saat saya fikir. Oh. Laaaaaaa….

Lama sungguh saya tak nampak nama dia dieja sebegitu rupa. Laaaa…nama yang lagi sorang ni siapa pulak. Memandai aje orang yang pertama tadi tu tukar nama orang yang kedua supaya nampak lebih kurang je macam nama dia. Patutlah saya tak cam.

Inilah dia kad tu.




Siapa punya kerja pergi tampal tampal kertas kaler kuning tu ahaksssss.......


Ucapan "terima kasih" mungkin tak cukup kan Mcna, Reta? Apa yang cukup? Ok, "terima kasih yang tak terhingga". Sambung sikit hujungnya.

Itu berlaku 7 Julai 2010.

Esoknya. 8 Julai 2010. Sms masuk seawal 12:03 am. Ini turutannya. Memang betul la Ajak kata kau ni poyo el.

Kak Rosa: Happy Birthday Adik :-) Semoga esok happy2 ye..
(Akak senior saya ni sama tarikh lahir dengan saya)

Maizah: Happy birthday too, kte doakan awk smoga ada jodoh dgn lelaki yg baik@soleh.amin.
(Ini ex-classmate saya masa saya tingkatan 4 & 5. Juga berkongsi tarikh lahir dengan saya)

Art: Happy birthday to you…my sincere doa 4 ur success n happiness.

Jade: Happy birthday you.
(Tak tahu mana hilang perkataan “to” dia hehehe. Ini cyberfriend saya kat UK)

Paklong: Salam, selamat ulangtahun kelahiran. Semoga d berkati usia
(Awal betul dia ni bangun. Nak tengok world cup kot)

Suhaila: el selamat hari jadi ke tetttttttt. Semoga mendapat barakah dlm setiap yang dikerjakan. Stay cute.
(Nasib baik kau kata aku cute. Kalau tidak memang aku ban nombor kau sebab mengingatkan umur aku yang dah tua ni)

Reta: Happy bday
(Dia ni la tuan punya nama “Eiyta” tu)

Mai: Selamat Hari Jadi el yang ke brape ek? Anyway..semoga p pnjgkan umur n d murahkan rezeki..enjoy ur day!
(Ini sms paling kejam sebab dia hantar MMS gambar kek tapi tak boleh makan. Sedap pulak tu nampaknya)

McNa: Hapy besday 2 u..! Doakan ko sehat dan happy gitu..
(Ini tuan punya nama “Eina” tu. Teruk betul kau buat nama dia Reta)

Fizz: el…wish u a very happy birthday…may Allah bless u. long life, more wealth and stay healthy.
(Dia ni kalau saya wish dia birthday, tiap kali tu la dia akan reply “who’s this?”. Macam la setiap tahun saya tukar nombor telefon)

Ros: Assalamu’alaikum el, happy birthday. Sy nak call office awk takut awk bz. Sy call mlm ni bolh?
(Dia ni cacat penglihatan. Ex-colleague saya. Saya tak tahu macam mana dia taip sms ni. Malam tu memang dia betul betul call. Saya tanya dia macam mana dia taip. Dia kata sekarang dia pakai handphone yang ada suara. Oh).

Kak Tie: Happy birthday ;-) semoga sihat selalu murah rezeki.
(Ini ex-housemate saya masa saya duduk kat Bangsar dulu)

Shanna: Happppyyy birthday!!!! A blessed and njoyble day
(Dia ni PA kepada CEO saya)

Kak Ina: Salam. Moga dgn bertambahnya usia hidup lebih berkat dan ceria lebih dekat denganNYA lebih rezeki dan kekal cun :-) Happy birthday sis!
(Ini ex-officemate saya. Amboi Kak Ina, mentang mentang la saya kata nak order, terus kata cun ye)

Entry yang poyo. Terima kasih Ajak sebab aku telah membuktikan yang aku betul betul poyo.

Monday, 12 July 2010

Cantik Tali Tu...Tapi...

Saya bawa Alya ke Mid Valley. Niat asal nak suruh dia pilih hadiah hari jadinya. Tapi berakhir dengan aku-pulak-yang-sibuk-nak-beli-baju-dia. Masa tengah sibuk-sibuk pilih baju tu kejap kejap panggil dia, kejap kejap panggil dia. Takut dia hilang. Masa tu zaman dia menakal. Ke sana ke mari sesedap rasa. Tak kisah sama ada dia tu dah jauh dari jagaan kita ke tidak. Dia bukan tahu.

Tengah saya pilih baju, saya berkenan kat satu baju dan panggil dia nak acu kat dia. Saya panggil dia sekali. Dua kali. Tiga kali. Masa ni darah saya dah sejat semua ke kaki. Mana pulak anak saudara aku ni. Panggil lagi. Tak menyahut. Tak boleh nak cerita macam mana kecutnya perut saya masa tu. Saya dah terbayang dah saya kat balai polis buat laporan. Saya dah terbayang dah saya terjelepuk kat lantai Jusco tu. Dah terbayang dah esok keluar suratkhabar muka surat depan.

Tiba-tiba.

Maklong!!!!!

Ya Allah, dia keluar daripada gantungan baju-baju yang ada kat situ. Muat pulak dia masuk bawah baju budak budak tu. Konon kononnya nak terkejutkan kitalah. Memang terkejut sungguhlah. Bertuah punya budak(!)

Jangan buat macam tu lagi. Mahu gugur jantung maklong.

Kenapa saya buka cerita ni? Khamis lepas, saya ternampak ada seorang ayah (saya assume ayah la ye sebab dia pegang budak kecik yang mungkin anak dia), dia pegang tali warna merah jambu. Saya tengok je tali tu menghala ke arah mana. Ia menghala ke arah belakang budak kecik tu. Rupanya tali tu adalah tali yang mengikat budak kecik tu dan tali yang sebelah lagi tu ayah dia pegang. Macam tali kita ikat kucing tu. Kita ikut je mana kucing tu pergi dengan tali tu. Tapi yang budak kecik ni punya, cantik sikit. Warna merah jambu dan dan rupa kain kat belakang tu macam Mickey Mouse. Cantik la sikit dari tali ikat kucing tu. Gunanya supaya budak kecik tu tak hilang macam saya “kehilangan” Alya.

Ye, walaupun cantik tanya diri sendiri sama ada patut tak kita gunakan untuk anak kita. Saya tak nak cakap panjang panjang. Saya juga tak against tali tu. Tepuk dada, tanya akal.

Friday, 2 July 2010

Telefon...Telefonlah Lagi

Rimas tak kalau orang selalu telefon kita kat pejabat? Tak rimas? Fuh…saya memang rimas sangat sangat. Itu kalau orang yang telefon kita. Kalau orang yang tukang jawab telefon kita? Orang yang dengar? Dua tiga kali ganda rimasnya. Saya adalah orang yang ketiga itu. Yang rimas dengar orang yang bukan staf kat sini yang selalu telefon staf kat sini. CEO saya dan isterinya(!).

Yang saya hairan si suami tu tak pulak nasihatkan si isteri supaya jangan diganggu selalu kat pejabat. Agaknya si suami merelakan kot. Ye lah…kalau tak merelakan mesti si isteri tak telefon kerap sangat ke pejabat. Saya rasa dia ada pesan kat si isteri, kalau ada apa apa walau sekecil kuman pun, telefon dia di pejabat. Mungkin mereka menjaga antara satu sama lain sebab berada di tempat asing kat negara orang. Jadi, belum rasa selamat lah kot sejak mereka ke sini Oktober lalu. Mereka ni warga British berasal dari Pakistan yang tempat terakhir mereka menginap adalah Bangladesh.

Tak kisahlah nak menjaga sesama sendiri. Tak kisahlah nak telefon si suami kat pejabat. Itu biasa. Kalau dua kali sehari pun tak apa lagi kalau dah lovey dovey sangat. Ini dari pagi tadi sampai ke tengahari, ada 10 kali kot telefon. Kadang kadang saya dengar PA si suami bercakap dengan si isteri berkenaan dengan makanan anjing, aiskrim dan pasal pembantu rumah. Benda remeh temehnyaaaaaaa lah. Tak boleh ke tunggu si suami tu balik baru cerita? Kalau hal penting tak apa lah jugak. Bukannya muda lagi. Masing masing dah berumur. Tak kan lah si isteri tu tak boleh fikir. Dia ingat semua staf kat sini kena ikut cakap dia sebab dia isteri CEO kot.

Kita yang dengar ni yang sakit hati. Asyik dok menjawab telefon si isteri je kalau PA dia tak ada. Si isteri tu pulak kalau bercakap menyakitkan hati orang je. Cara bercakap tu macam nak perangkap orang je. Cara bercakap tu macam dia bos kat sini. Sangat sangat mengganggu lah si isteri tu. Macam kita tak ada kerja lain, asyik nak menjawab telefon dia.

Kalau dengan pembantu rumah dan drebar tak usah cerita lah. Mereka ni dulu duduk kat Dhaka, mereka memang pandang rendah dengan pembantu rumah dan drebar ni. Kat sini pun dia nak buat macam tu jugak. Ini Malaysia lah. Dia ingat Malaysia ni macam Bangladesh sana kot. Masa mula mula mereka sampai sini, setiap hari si isteri telefon PA si suami. Salah satu yang saya ingat si isteri bertanya pada PA, kalau pembantu rumah nak minum, gula kena beli sendiri atau guna mereka punya. Sakit tak hati dengar?

Uihhh…kalau nak cerita satu satu, memang boleh jadi buku berjilid jilid lah cerita mereka ni. Baru berapa bulan mereka kat sini. Itu belum lagi cerita si isteri suka check sama ada PA suaminya keluar lunch ikut time ke tak. Belum cerita lagi tentang si isteri sepak pokok bunga yang ditanam oleh tukang kebun sebab tak elok di mata dia. Belum lagi cerita anjing dianggap macam anak. Belum lagi cerita tentang kedekutnya. Saya tengok semua barang dapur dia claim. Makanan anjing pun beli setin setin. Jenuh drebar nak pergi beli setiap hari. Masa saya tengah tulis ni pun, kawan sepejabat saya baru je angkat telefon. Si isteri telefon lagi(!)

Habis pahala hari ini.

Thursday, 1 July 2010

Tolong Gosokkan Baju Saya...

Dalam banyak banyak kerja rumah, saya paling malas sekali nak gosok baju. Memang malas tahap dewa. Basuh baju tu pun nasib baik ada pakcik Samsung. Kalau tidak memang malas jugak la agaknya.

Gosok baju kerja paling tak best di dunia. Bagi saya la. Terutama sekali bila kena gosok baju sekali banyak untuk seminggu pakai untuk pergi kerja. Sambil tengok tv sambil menggosok, rasanya daripada boleh siap sejam, jadi setengah hari. Hoh…gosok apa sampai setengah hari. Nak nak pulak kalau gosok kain linen. Nak menangis dibuatnya. Dah gosok belah sana baju, belah sini berkedut. Dah gosok belah sini, belah sana berkedut. Siapa suruh beli baju kain linen kan? Belilah kain kapas. Paling senang nak gosok. Kalau tak menyambil tengok tv, lagi la boring. Boleh tak bertegur sapa dengan seterika tu nanti. Sambil duduk ke, sambil berdiri ke, kalau dah tak suka tu, tak suka jugak.

Saya ada seorang kawan yang menggosok baju ni adalah kerja yang paling dia suka. Dia boleh gosok baju semua orang dalam rumah dia. Tak bosan langsung. Pelik betul. Pernah sekali saya duduk satu bilik hotel dengan dia, dia nak gosok baju saya. Adehhh. Walaupun saya tak suka gosok baju, tapi saya tak suka orang gosokkan baju saya. Saya takut tak ikut spesifikasi saya. Mengada ngada kan? Boleh tau la kenapa sejam boleh jadi sehari kan? Gosok baju cerewet.

Dulu saya rajin cari kain ela yang tak perlu gosok untuk buat baju kurung. Ada. Banyak. Tapi kena pandai cari. Selalunya sebelum beli kain yang tak perlu gosok ni, saya buat ujian sendiri. Saya tarik tarik kain tu dalam cebisan yang kecil. Lepas tu saya pintal pintal kecil kecil lima enam kali. Kalau yang jenis tak payah gosok tu, dia tak akan berkedut atau merekah. Itu ujian ketahanan yang saya sendiri tak tahu dapat dari mana. Saya main buat ikut suka saya je. Setakat ni ujian semua Alhamdulillah. Kalau ada ujian lain, bagitahu saya ya.

Wednesday, 30 June 2010

StrengthFinder

Setengah tahun appraisal. Saya dan kawan sekerja telah diminta untuk menjalani ujian antarabangsa online strengthfinder yang dijalankan oleh Gallup University. Di bawah ini adalah keputusan “kekuatan” saya. Oleh kerana tak puas hati sebab soalan soalannya otomatik bertukar dalam masa 1 saat, saya bertanya kepada bos saya sama ada boleh tak kalau saya nak buat sekali lagi. Bos saya kata; “Boleh. Yang ni I register untuk you all I guna bajet department, kena bayar USD300(!)”. Oh…tak payahlah hehehe. Ingatkan macam ujian biasa yang kita selalu buat kat internet atau email tu, boleh buat banyak kali tak keluar sesen pun. Bayar internet je. Bos saya cakap, kalau kita buat banyak kali pun, keputusannya tetap sama sebab yang menjawab soalan tu adalah orang yang sama. Kita adalah kita. Maka soalan bertukar macam mana pun, jawapannya tak akan lari banyak. Sebanyak 117 soalan semuanya. Kena baca soalan dan jawab dengan cepat sebab soalan otomatik akan masuk page lain kalau lambat.

Keputusannya ada 34 strengthfinder saya. Ini adalah top 5 yang telah diperincikan.

Empathy
You can sense the emotions of those around you. You can feel what they are feeling as though their feelings are your own. Intuitively, you are able to see the world through their eyes and share their perspective. You do not necessarily agree with each person’s perspective. You do not necessarily feel pity for each person’s predicament—this would be sympathy, not Empathy. You do not necessarily condone the choices each person makes, but you do understand. This instinctive ability to understand is powerful. You hear the unvoiced questions. You anticipate the need. Where others grapple for words, you seem to find the right words and the right tone. You help people find the right phrases to express their feelings—to themselves as well as to others. You help them give voice to their emotional life. For all these reasons other people are drawn to you.

Discipline
Your world needs to be predictable. It needs to be ordered and planned. So you instinctively impose structure on your world. You set up routines. You focus on timelines and deadlines. You break long-term projects into a series of specific short-term plans, and you work through each plan diligently. You are not necessarily neat and clean, but you do need precision. Faced with the inherent messiness of life, you want to feel in control. The routines, the timelines, the structure, all of these help create this feeling of control. Lacking this theme of Discipline, others may sometimes resent your need for order, but there need not be conflict. You must understand that not everyone feels your urge for predictability; they have other ways of getting things done. Likewise, you can help them understand and even appreciate your need for structure. Your dislike of surprises, your impatience with errors, your routines, and your detail orientation don’t need to be misinterpreted as controlling behaviors that box people in. Rather, these behaviors can be understood as your instinctive method for maintaining your progress and your productivity in the face of life’s many distractions.

Restorative
You love to solve problems. Whereas some are dismayed when they encounter yet another breakdown, you can be energized by it. You enjoy the challenge of analyzing the symptoms, identifying what is wrong, and finding the solution. You may prefer practical problems or conceptual ones or personal ones. You may seek out specific kinds of problems that you have met many times before and that you are confident you can fix. Or you may feel the greatest push when faced with complex and unfamiliar problems. Your exact preferences are determined by your other themes and experiences. But what is certain is that you enjoy bringing things back to life. It is a wonderful feeling to identify the undermining factor(s), eradicate them, and restore something to its true glory. Intuitively, you know that without your intervention, this thing—this machine, this technique, this person, this company—might have ceased to function. You fixed it, resuscitated it, rekindled its vitality. Phrasing it the way you might, you saved it.

Developer
You see the potential in others. Very often, in fact, potential is all you see. In your view no individual is fully formed. On the contrary, each individual is a work in progress, alive with possibilities. And you are drawn toward people for this very reason. When you interact with others, your goal is to help them experience success. You look for ways to challenge them. You devise interesting experiences that can stretch them and help them grow. And all the while you are on the lookout for the signs of growth—a new behavior learned or modified, a slight improvement in a skill, a glimpse of excellence or of “flow” where previously there were only halting steps. For you these small increments—invisible to some—are clear signs of potential being realized. These signs of growth in others are your fuel. They bring you strength and satisfaction. Over time many will seek you out for help and encouragement because on some level they know that your helpfulness is both genuine and fulfilling to you.

Responsibility
Your Responsibility theme forces you to take psychological ownership for anything you commit to, and whether large or small, you feel emotionally bound to follow it through to completion. Your good name depends on it. If for some reason you cannot deliver, you automatically start to look for ways to make it up to the other person. Apologies are not enough. Excuses and rationalizations are totally unacceptable. You will not quite be able to live with yourself until you have made restitution. This conscientiousness, this near obsession for doing things right, and your impeccable ethics, combine to create your reputation: utterly dependable. When assigning new responsibilities, people will look to you first because they know it will get done. When people come to you for help—and they soon will—you must be selective. Your willingness to volunteer may sometimes lead you to take on more than you should.

Tuesday, 29 June 2010

Jaga Kesihatan Biar Berpada

Hari Sabtu lepas – nampaknya semua cerita saya berlaku hari Sabtu – selepas ke pejabat pos untuk pos telekung kepada seorang kawan yang berada di UK yang dah lama saya janji - saya ke Cold Storage di Wangsa Walk.

Selepas selesai semuanya, saya ke booth NKF (National Kidney Foundation) untuk bertanyakan subscription bulanan saya yang kelihatannya telah terputus. Selalunya setiap bulan akan tercatat “NKF” di dalam penyata kad kredit saya. Sekarang tidak lagi. Saya mula sedar bila saya buat subscription bulanan untuk MAKNA minggu lepas. Mungkin kerana lambat bayar, kad kredit saya telah disekat dan NKF tidak dapat melakukan direct debitnya bulan itu. Saya rasa agakan saya ini tepat.

Bukan itu yang hendak saya cerita. Ketika saya sampai di booth itu, saya macam kenal staf kat situ. Dia pun cakap dia macam kenal saya. Memang benar. Kami pernah bekerja di bawah satu bumbung. Seorang wanita india. Dia sudah meninggalkan syarikat setelah 35 tahun bekerja. Sekarang dia sudah sampai usia pencen dan mula berjinak jinak dengan kerja amal. Semasa dia meninggalkan syarikat, dia hanya ada 6 bulan untuk pencen.

Soalan pertama dia tanya saya; “Did you know XXX has died?”. Dengan muka terkejut saya bertanya bila.

Dia mula pot pet pot pet seperti yang saya kenal. Bla…bla…bla… loads of work…ocean of emails… hypertension…heart attack…bla…bla…bla.

Hilang pada hendak bertanya tentang subscription bulanan saya, saya mendapat banyak nasihat berguna daripadanya tentang penjagaan kesihatan. Bekas suaminya seorang doktor banyak mengajarnya tentang langkah langkah awal menyelamatkan nyawa seseorang ketika mendapat serangan jantung. Katanya lagi, seseorang yang terkena serangan jantung tidak sepatutnya mati andai orang orang disekitarnya tahu cara cara menyelamatkannya ditambah dengan belum sampai ajal (ok, ayat yang akhir ni saya yang tambah).

Dia banyak bagi saya tips makanan makanan yang baik untuk diambil. Walaupun dah tahu, raikan sajalah nasihatnya. Salah satu yang saya ingat adalah roti berjenama Adventist. Harganya sebuku lebih kurang RM9(!). Boleh gadai tanah nak beli roti ni setiap minggu. Saya rasa hanya ada jual di Cold Storage sebab saya survey kat Mercato Pavilion tak ada.

Memang benarlah orang kata, bila kita sihat, kita sibuk cari duit untuk hidup senang hingga mengabaikan kesihatan. Bila dah sakit, kita cari duit juga untuk mengubati sakit.

Dia menambah, amat senang untuk kita jaga kesihatan hanya dengan mengelak pengambilan:

1. Nasi putih
2. Gula putih
3. Garam putih

Tapi, lidah orang melayu boleh ke elak nasi?

Alternatifnya:

1. Beras perang
2. Gula Perang
3. Garam perang(?) Ada ke garam perang hehehe. Dia tak sebut la garam perang.

Saya nak tambah, selain daripada mengelak perkara di atas selalulah senyum dan sesekali ketawa walaupun kita dalam keadaan stress bekerja seharian.

Gloss: Saya mengenali dia seorang yang serius. Susah nak tengok dia senyum apalagi ketawa. Sekarang dia terpaksa mengambil ubat tekanan darah sebanyak 80mg per tablet. Kadar ini adalah tinggi(!)

Monday, 28 June 2010

Drama Itu

Pertama kali saya dengar tajuk drama itu ketika dipromosikan “Datang Bulan”, saya berkata di dalam hati “macamlah tak ada tajuk lain”. Ada suara di dalam kepala saya mengatakan mungkin drama itu adalah drama seram yang berlakunya ketika bulan datang/mengambang agaknya.

Sabtu lepas sebelum saya keluar ke pejabat pos, saya dengan tak sengaja telah menonton ulangan drama ini. Sejak berleluasanya drama dan filem seram sejak akhir akhir ini, saya tak pernah lagi menonton genre sebegini di waktu malam berseorangan. Ternyata ia memang berkenaan dengan kisah datang bulan.

Hoh….saya amat terperanjat dan terkeluar perkataan dari mulut saya ketika menonton tu “iiihhh…mengarut” ketika kamera mengambil shot jarak dekat tuala wanita yang dipenuhi darah seorang gadis yang menukar napkinnya di belakang pokok besar dan napkin terpakai itu telah diletakkan saja di tepi pangkal pokok itu. Dia berekspedisi dengan kawan kawannya ke Taman Negara.

Ye ye…saya tahu. Ia air sirap atau apa apa saja cecair yang berwarna merah yang dititikkan di atas napkin wanita. Ia hanya lakonan. Saya tahu. Cuma saya fikir, di dalam banyak banyak benda, kenapalah “rahsia” itu dizahirkan walaupun dalam bentuk palsu.

Saya sentuh dari sisi wanita sahajalah ye. Daripada sisi lelaki tentang drama ini saya tak mahu sentuh.

Ok, cerita itu bukanlah tak elok. Sifat empati saya mengatakan cerita ini membawa pengajaran untuk wanita sebenarnya. Setiap wanita harus berhati hati dan menjaga rahsia mereka secara betul dan baik kerana ia juga ada haknya. Ia adalah kejadian Allah. Maka tempatkan ia di tempat yang sepatutnya. Kita tidak sedar dan mengambil ringan kerana kita merasakan ia adalah kotor yang sepatutnya dibuang. Ye, memang sepatutnya dibuang tetapi ada cara yang betul dan baik. Maka, bertanggungjawablah.

Thursday, 24 June 2010

Takut Sikit Je...Hahaha...Tipu

Semalam saya dah taip satu entry terus dalam kotak new post. Tengah taip taip tiba tiba teringat berkenaan dengan hal HR menyebabkan saya terus klik ke sistem HR. Tiba tiba lagi sekali, kotak entry yang saya tengah taip tu bertukar kepada kotak sistem HR. Aduhhh…dah la tak klik butang save. Saya tau ia auto save tapi bila dah jadi macam tu, terus anti klimaks. Terus saya tak ada mood nak teruskan taip. Kronik betul hormon ni kan?

Saya periksa entry tu dalam draft, memang ada tapi nak teruskan entry tu, flownya dah hilang. Alah…macam wartawan hiburan pulak kau ni el nak ada flow bagai.

Itulah sebabnya saya selalu tulis entry dalam Word format. The rest is history.

Saya baru mula baca novel Yuda Di Padang Maya (YDPM) karya Xarine. Shhh…jangan bagitahu dia saya tulis pasal novel dia dalam ni tau. Saya kategorikan YDPM macam novel misteri/thriller. Kalau salah tolong betulkan ye Xarine. Alamak…pergi tanya dia pulak. Kang dia tau la saya tulis pasal novel dia ni. Ramlee Awang Murshid (RAM) juga pernah buat novel misteri/thriller. Contohnya Ungu Karmila. Boleh dikatakan kebanyakan novel RAM dalam kategori itu. Saya belum pernah rasa takut baca mana-mana novel RAM termasuk Ungu Karmila. Tapi bila saya baca YDPM malam tadi saya rasa takut sangat. Dah la saya baca malam hari dengan lampu padam. Cuma lampu membaca je saya pasang. Masuk bab 7 terus saya tutup novel. Saya cakap dalam hati, saya cuma akan sudahkan YDPM pada siang hari sahaja.

Wohhh….watak syaitannya, membuatkan saya membayangkan bagaimana rupa makhluk tu dengan loceng locengnya muahahaha.

Tuesday, 22 June 2010

Kesian Hari Isnin

Ramai orang suka sebut ni: "I hate mondays".

Errghh...siapa yang suka hari Isnin kan? Sakit semua sendi bila bangun nak pergi kerja ahakss. Sayalah tu. Kerja memang dah sedia banyak. Ditambah lagi dengan tak sempat siap hari Jumaat. Lemah seluruh semangat bila bangun pagi hari Isnin. Tapi yang bestnya hari Sabtu Ahad tak risau pulak kerja belum siap. Sekaranglah.

Kesian hari Isnin. Tak pasal pasal orang tak suka "dia".

Kalau dulu, hari Sabtu Ahad pun teringat kerja kat pejabat yang belum siap. Boleh pulak pergi pejabat hari sabtu dan ahad. Gila kerja betul. Tanggungjawab sebenarnya. Kadang-kadang tu bukan buat kerja sangat. Berangan yang lebih. Bila dah sampai jam 5pm baru terhegeh hegeh buat kerja sebab nak balik jam 6pm atau 7pm. Tak penat. Sebab kalau tak pergi pejabat pun tak ada apa nak buat kat rumah.

Yang tak suka dengan hari Isnin ni kucing. Kucing Garfield. Eh ye ke "dia" tu kucing? Kalau masa kecik, teringin sangat nak beli barangan kucing ni. Tengok kawan kawan ada barangan kucing ni, terpaksa pendamkan je. Tak mampu nak beli. Mahal. Mampu tengok je. Macam macam barangan kucing ni. Dari bekas pensil hinggalah ke beg sekolah.

Bila dah kerja tak teringin pulak nak beli semua jenis barangannya. Pernah sekali je saya beli keychain yang ada huruf I. Entah mana keychain tu sekarang. Bila dah dapat buat dek pulak. Bila dah mampu beli, tak teringin pulak. Masa birthday saya tahun 2007, si Min dan Zita hadiahkan saya selipar tidur Garfield. Adehhh...dah tua ni rasa macam budak budak pulak dapat selipar tidur Garfield. Tapi masa dapat tu happy la sesangat sebabnya saya tak payah beli sendiri. Kalau nak harap saya beli, alamatnya kambing tumbuh janggut dan tanduk pun belum tentu saya beli.

Sekarang ni dah bermacam barangan budak budak yang ada di pasaran. Dora The Explorer la, Power Puff Girl la, Strawberry Shortcake la, Winnie The Pooh la dan macam macam "la" lagi lah. Yang nyata barangan ni bukan Barangan Buatan Malaysia.

Monday, 21 June 2010

Beruntung Budak-budak Sekarang

Hari ni makcik nak caca marbakan perkataan dan ayat. Dengan izin ye. Dah lama rupanya makcik tak buat entry "Sembang Dengan Diari". Tapi yang ni bukan.

Budak budak sekarang ni beruntung betul kan? Bermula dari boleh memilih mata pelajaran yang disukai hinggalah kepada cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR.

Masa zaman makcik dulu, tak boleh pilih pilih de. Mesti ambik. Semua pulak tu. Jangan mengada ngada nak pilih. Yang boleh pilih ialah, sama ada nak lulus dengan tidak je. Nak lulus, belajar. Tak nak lulus, buat la apa apa supaya tak lulus. As simple as that. Haaa...kan makcik dah speaking ni.

Kalau ada yang masih malas lagi nak belajar dan nak ke sekolah tu tak tau lah.

Tapi kan...tiba tiba terus ambik SPM. Sukatan pelajaran untuk ambik peperiksaan SPM tu bermula dari mata pelajaran tingkatan 1 atau tingkatan 4? Ayat macam orang dengki je hehehe. Kalau dari tingkatan 4, ok lagi lah. Tak banyak sangatlah nak ulangkaji. Itu pun ada jugak yang malas. Macam saya dulu. Tapi kalau bermula dari tingkatan 1, alamatnya lepas ni ada pulak yang kena mansuhkan SPM. Ambik UPSR je. Muahahaha....

Wahai lah anak anak, belajarlah untuk diri sendiri dan masa depan. Bukan kerana peperiksaan. Jangan jadi macam makcik. Esok nak exam, hari ni baru bukak buku. Tak tidur. Esok nak hantar assignment, hari ni menghadap PC sampai ke tengah malam. Kalau buat betul betul tak apa. Ni main copy paste je. Cover depan je harap cantik.

Friday, 18 June 2010

Merungut

Dah mula puasa ke semua? Saya belum lagi.

Sejak balik dari kampung, saya kurang sihat pulak. Kat sana sudahlah cuaca memang panas, ditambah pulak dengan rumah arwah nenek saya tu kata bahagian dalamnya di cat dengan warna perak. Lagilah bertambah panas. Tak taulah siapa punya idea. Beberapa tahun lepas abah saya tukar cat bahagian ruang tamu dengan warna hijau muda. Kuranglah panas sikit ruang tamu tu. Merungut lagi.

Banyaknya nak tulis tapi tak sempat-sempat.

Apa yang sempat ialah saya nak mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab dan selamat berpuasa.

Thursday, 10 June 2010

Jom....

Saya akan bercuti. Tulis blog pun cutilah juga ye. Ke Temerloh untuk kenduri tahlil arwah, doa selamat dan cukur jambul. Saya dapat adik baru :-) Muhammad Adam Muslim Mohd Harith. Mohd Harith tu adik abah saya yang bongsu. Pakcek saya. Rasanya 4 tahun menunggu Adam. Alhamdulillah. Semoga menjadi soleh dan Al-Hafiz macam walidnya, insya-Allah. Entah bila pula akan dapat Siti Adamiah Muslimah pula...hehehe.
Jom, cuti ikut saya :-)

Jumpa anda lagi minggu depan ye, insya-Allah. Jaga diri. Jangan lupa tanggungjawab kita.

Wednesday, 9 June 2010

Untung Ke Rugi?

Hari tanpa beg plastik. Untung atau rugi?

Pemandu teksi bising mengatakan dia dah menunggu penumpang lebih daripada satu jam di hadapan Jaya Jusco. Selain daripada hari sabtu keadaannya tak begitu. Jaya Jusco menjalankan kempen Hari Tanpa Beg Plastik setiap Sabtu. Cold Storage pula pada hari Khamis dan Sabtu. Pemandu teksi kata hari Sabtu memang kurang orang sekarang sebab orang taknak susahkan diri punggah barang satu-satu dari troli ke dalam teksi. Bila turun dari teksi, terpaksa pulak punggah barang satu-satu dari teksi ke depan rumah. Maka berderetlah depan rumah dengan barang-barang dapur yang baru dibeli. Macam jualan penghabisan stok je. Itu kalau rumah teres. Kalau rumah merpati macam saya? Hoh...kena susun barang-barang satu-satu depan rumah jiran. Turun naik turun naik hantar barang. Idok le teman. 10 kali turun naik, luruh semua rambut. Memang patutlah ramai orang taknak keluar hari Sabtu ke Jusco. Kalau nak beg plastik jugak, Jusco kenakan harga 20 sen sekeping. Nasib baiklah hari yang saya pergi tu saya memang bawak shopping bag. Kebetulan. Saya tahu tentang kempen hari tanpa beg plastik tu tapi saya tak tahu pulak sampai macam tu kisahnya. Jusco kurang orang, menyebabkan barang kurang laku. Pemandu teksi kurang pendapatan bagi yang mana yang memang mencari pendapatan di sekitar Jusco. Itu penangan kempen hari tanpa beg plastik.

Pusat membeli belah seperti Jusco tidak harus menyerah kalah dengan keadaan ini. Ini adalah permulaan untuk mendidik rakyat Malaysia. Diulangi mendidik. Ia adalah untuk kesan jangka panjang. Bukan untuk sementara. Ada faedahnya kalau kita mengetahui. Itu baru satu hari tanpa beg plastik. Dibuatnya beg plastik dinyahkan penggunaannya selama-lamanya? Kita terpaksa jugak bawak beg sendiri kan? Kita memang tak ada pilihan dah. Sekarang ni kita masih ada pilihan. Hari Sabtu tak boleh pakai beg plastik, kita pergi Jusco hari Ahad. Lagipun tak berkudislah kalau kita bawak beg sendiri. Hendaknya pulak kita berkereta sendiri. Cuba bayangkan orang yang tak berkereta seperti saya? Huhuhu...nangis kena susun barang depan rumah jiran. Dari tingkat bawah sampailah ke tingkat 5. Semua terjengul kepala keluar tingkap. Semua orang tahu apa kita beli. Semua orang tahu apa stok kita bulan tu. Kalau dalam beg tu tak ada siapa nampak. Beg tu pun ringan je. Bukannya kena angkat dengan forklift. Boleh lipat-lipat lagi. Tak adalah susah mana.

Tapi pemandu teksi tu kata, sebenarnya kalau Jusco bagi kita plastik pun kita akan recycle plastik tu untuk buang sampah. Plastik kecik-kecik ni senang nak buang sampah kalau banding dengan plastik sampah yang hitam yang besar tu. Nak menunggu sampah penuh, jenuh. Sempat sampah tu berulat dulu. Ni dah tak ada beg plastik, kalau nak buang sampah terpaksalah kena beli beg plastik tu pulak.

Betul jugak ye cakap dia. Tapi macam saya cakap tadi, kalau kita mengetahui akan kebaikannya untuk jangka masa panjang, kita akan fikir banyak kali. Saya tak tahu pusat membeli belah yang lain tetapi Jusco punya beg plastik terutama yang warna hijau tu, adalah dari jenis disposable. Kalau simpan beberapa bulan je, bila kita nak guna ia akan jadi macam roti kirai. Hancur.

Semuanya terpulang pada kita. Untuk melakukan sesuatu yang baik itu, semua bermula dari diri kita sendiri. Kalau setiap orang bermula dari diri sendiri, kempen ini akan berjaya. Insya-Allah.

Gloss: Saya tak kira, kurang orang lagi suka saya pergi. Senang saya nak rempit troli saya.

Gloss II: Cakap je pandai kau el.

Monday, 7 June 2010

Antara Balqis Silfia, Minn Edina & Aida Nurani





Sumber: Internet. Terima kasih.

Bukan nak buat review pun. Belum habis baca semua. Cuma nak membebel. Hiksss~

Di antara 3 novel ini, Setenang Cahaya Hati adalah yang mula-mula sekali saya beli dalam bulan lepas. Saya beli secara online melalui penulisnya.

Minggu berikutnya, saya ke MPH Alpha Angle. Saya terserempak dengan Yuda Di Padang Maya & Versus. Teruja sungguh nampak novel-novel ni.

Tetapi Versus yang saya sudahi dulu dengan wassalam. Hari ni beli, esok habis baca. Saya hairan betul dengan tarikan Hlovate ni. Novel dia ceritanya ringan je tetapi saya tak tahu apa yang buat saya sangat suka baca novelnya. Cara penulisannya lebih kurang macam Ahadiat Akashah atau Nass Alina. Lebih kurang tapi tak sama. Dulu pernah ada orang gelakkan saya sebab baca novel Ahadiat Akashah. Tengah buat professional degree pun baca lagi Ahadiat Akashah. Sekarang novel Ahadiat Akasyah dah pecah panggung. Siapa yang gelakkan saya dulu tu? Mana dia mana dia? Meh sini nak seligi sikit.

Sekarang ni berjangkit dengan Hlovate. Umur dah masuk setengah abad pun, masih baca novel tentang budak-budak yang baru nak membesar di universiti. Memang lembab la saya ni. Dari dulu lembab. Semuanya lambat.

Dari dulu saya cari puncanya kenapa saya suka baca novel yang ditulis seperti Hlovate dan Ahadiat Akashah. Belum jumpa tapi saya dapat rasakan ringannya novel mereka bukan ringan saja-saja. Contohnya Hlovate, ia sarat dan berat di dalam kepala saya yang mengatakan Hlovate adalah seorang yang sangat bijak, berpendidikan tinggi, berilmu bukan saja ilmu yang sedang dipelajarinya sekarang tapi ilmu di luar bidangnya juga dan tahu apa yang dia tulis. Technical jargon yang dia guna sikit pun tidak melunturkan kemahuan saya untuk berhenti membacanya hingga akhir. Novel Versus tu, saya habiskan jam 2.30 pagi. Mata pula macam faham-faham je. Tapi kalau mata saya bagitahu dia mengantuk pun, saya paksa dia buka sampai saya habis baca. Kalaulah bangun bertahajud kan bagus.

Saya terjumpa bermacam-macam orang tulis mengenai novel Hlovate di internet. Baik dan kurang baik. Cuba baca salah satunya kat bawah ni. Rasanya dia reply sebab orang cakap dia selalu tulis novel tentang growing up kot.

Assalamualaikum and greetings to all =)
I’m officially flabbergasted.If not,flattered[not to mention that I’ve been laughing my head off too in the middle of one hectic week-over reading this debate].It has never crossed me that ada orang yang sanggup took all the trouble to write half a thousand words of comment on my hikayat/cerita.

I found it surreal because I thought that nobody would bother,but yeah…I still found it amusing. I thank you,Mr.Minas Tirih for your thoughts and starting the forum. And that’s me being serious and sincere,not me being sarcasticAs weird as it sounds,I’m giving the nod to Mr.Minas Tirih’s points;to a certain degree anyway.No surprise there because I’m pretty much a skeptic on my works myself.haha.And I’m not a real big fan of stereo-Malay novels either,but I do dig for the certain kinds that totally blow me.So I think I do understand Mr.MT and his notion because I do think along the same line,and frankly speaking I’m not the tad offended.

But maybe a bit. Because I was surprised that Mr.MT was actually looking for the essence of romantic notions in the book,which I’ve to say I’ve deliberately disappointed you.Well,it’s either you’re stereotyping me or me here stereotyping you as the stereotype reader.

I’m not a big fan of romance.
Premise A:But the most readers are.
Premise B:And I love writing.
Conclusion:Hence to get people reading you stuff,love element is almost a definite answer. As a commercial value,attraction force.And just mere that.

I don’t really write with who-gonna-end-up-with-who in mind as a core.

As for explaining myself,here’s just the stuff that I’ve put in my blog that I hope will make it clear that I’m not really a who-gonna-end-up-with-who fan.Banyak lagi benda lain yang boleh dicerita.I’d rather have people stereotyping me as hlovate yang kerja tulis pasal cerita growing-up je.Because that’s what I’m doing anyway.“….aku menulis bukan sebab aku nak create dunia fantasy.aku jot down everything yang aku nak share dengan orang lain tentang apa yang aku tau.aku tak banyak ilmu.tapi aku cuma tau kisah hidup~aku,family aku,kengkawan aku.dunia nie classroom yang paling besar dengan God sebagai Teacher the Almighty.aku banyak belajar dengan tu.aku tak pandai tulis bahasa bunga-bunga untuk harukan hati orang.aku just tulis apa yang aku rasa dan nak orang rasa.tp macam kata kawan aku 'everything needs commercial value and attraction force'.maka aku pun draw je cerita tu ikut taste org yg nak baca,tapi dengan core yg aku ada sebagai basic color.nak share rasa dengan orang bukan senang.aku tak pandai melukis,so aku tak boleh draw n paint perasaan akuaku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku, aku takde art n skill,maka aku takleh nak shout out buat graffiti kat mana-mana dinding dan sebenarnye aku tak pandai pun menulis....aku tau throw out n spill je.I aint writing to create a fantasy love story.frankly speaking,I actually cant stand much mushy-lovey-dovey-stuff[one of the reason why GT_i[V] got me bad].sumer material yang dah publish kat sini,each ada core sendiri.the core is the reason that set me writing.the chenta part is mere fabrication.yeah…commercial value is a must kalau nak orang flip thru material kita.love element is an almost definite answer. Tapi ada je my material yang commercial value nyer overshadow the core....”

I always take reading as something very much similar to the other things yg we do to please our senses.Things like eating or listening to the music or even enjoying a painting.

If I’m craving for some nasi goreng belacan then I won’t be going to try to find it in a French restaurant serving escargot with butter-garlic sauce.It’s a futile effort la tu.Better try Warung Pak Ngah Baharom Taman Jaya.Or if I want something heavy and thrilling like super cili padi tom yam with nasi putih,then there’s no point of buying popcorn to satiate the appetite.Same goes with reading.If one wants to read about the philosophy of the theory of knowledge,find Aristotle or Plato,and not Judith McNaught.If one wants some thrill,find Dan Brown or Sue Grafton,not Noddy in Toyland[but I still find thrill in Enid Blyton’s Famous Five and Findouters....well,maybe that’s just me.I’m weird like that].

Things like reading/eating/whateverelse depend on the need of want during that particular time.I remember reading an article by Faizal Tehrani about popcorn novels =).It was seriously interesting.And I personally think reading is so like eating.Popcorn and junkies are bad for health,but that’s what people like most anyway.If they tend to take too much sugar overdose,well...they’ll get cavities.So,balance up then.Pickup Leo Tolstoy’s and Shahnon Ahmad’s for some slap of reality[the carb].Grab Allahyarham Dr.Usman Awang’s and Coleridgre-Wordsworth’s works to enjoy the beauty of language,words and poetry[the protein].Make some time for the articles in Times or Newsweek because they’re equivalent to vit and minerals to keep you in check.And you only need some small amount of sugar and fat and whatever nutrients the junkies have.And this’s the part where you grab some popcorn novels.Like popcorn,light novels pun ada sustenance even sesudu..Once in a while is okay,but don’t make it your staple diet.My ceritas are popcorn too.As surreal as it sounds,I won’t have people reading my ceritas as staple diet.That’s just absurd because there’s lots of much better stuff to baca for the carb sustenance.

Tapi no matter how objective I made it looked like above,reading is also as subjective as enjoying a painting.Each individual has different interpretations of what they see/hear/taste.Beauty and quality lies in the eyes of the beholder.Ever seen works by Goya?Some will just say that his darker works memang just plain barbaric from first glance.Some will say there’s beauty in the tragedy.And how about works by Yusof Gajah?Maybe orang sekali pandang akan kata his works looks so childish with all the quirks and bright colors.Well,I pity those who’re shallow then.Dan sama jugak dengan books.People ada interpretation sendiri.Some might some books as insightful,quirky,or whatever and others might find if as uber trash.It depends on the kind of person you’re really.Of what you want,and what you want to find.

I still watch Senario whenever I feel like I want a good laugh,and still think Lion of The Desert is the uber best film ever.

I don’t read RADHA because I want to know Syah akan end-up dengan Kaduk or Ammar.I read it because I want to follow how she membesar and belajar.I've said it numerous times-->I’m not a writer,I’m merely a storyteller.Because calling myself a writer will be an insult to the word itself.Writers are people like Tolstoy and Shahnon Ahmad and Hugo and Azizi Hj Abdullah and Louisa May Alcott.I’m a language butcher and God knows how many laws of language and literature that I’ve crashed in one go.Not to mention that I’ve never been enrolled into any writing classes,hence it’s my sincere apology if my works lack the whatever quality-theory that should be.I just spilled.

And also it’s my sincere apology to any of you if you find this piece offensive,or if my works are insulting your intelligence.

Like what I’ve said,don’t go for popcorns if you want some nasi goreng.

Well yeah…I’d rather be hated for what I am than to be loved for what I’m not =)p/s:And for the record for the umpteenth time,I still have issues with GT_i.I’ll be totally fine if people want to call it picisan or whatever.And please don’t bother to read it when it’s out if you’re not up for triple-honey-sugar-coated-popcorn-drenched-in-caramel-sauce.It still keeps me on the verge of grabbing anti-emetics.

Just so you know.
You’ve been warned.
May Allah bless.
Enjoy reading and shoutouting.

Nampaknya tulisan dia yang saya copy paste dari sumber ini lebih panjang dari tulisan saya.

Saya sedang berada di pertengahan Setenang Cahaya Hati.

Jadilah Cerdik Yang Berakal

Saya telah berjanji dengan diri sendiri tidak akan menulis blog ini selagi 12 orang rakyat Malaysia tidak pulang. Alhamdulillah mereka telah kembali semalam. Linangan airmata mengiringi mereka padahal tidak seorang pun ada pertalian darah dengan saya. Yang nyata mereka saudara seagama saya.

Mendengar pengalaman dari mulut mereka sendiri di dalam rancangan "Palestin, Kami Bersamamu" di RTM1 semalam membuatkan saya terdiam. Tak jadi nak masuk tidur. Sakit hati, sakit mata. Segalanya sakit. Saya hanya berdoa di dalam hati. Saya juga mengharapkan agar RTM menyiarkan sarikata rancangan itu di dalam bahasa inggeris supaya dapat ditonton oleh semua umat manusia di dunia ini tidak kira melalui media apa pun. Yang paling berkesan sekarang adalah YouTube.

Kenyataan dari Tzipi Livni, Menteri Luar Isra*l di dalam rancangan Global@1 di RTM1 malam tadi begitu bersahaja dengan memandang skrip di hadapannya. Entah apalah agaknya yang dimahukan dari negara yang telah dihancurkan oleh tangan tenteranya sendiri.

Mereka yang "cerdik" di Isra*l sana tidak tahu membezakan di antara bahawa datangnya bantuan itu adalah bersifat kemanusiaan atau fahaman agama. Mereka tidak tahu langsung membezakan. Sayang bagi mereka yang dikatakan umat manusia yang sangat bijak (tetapi kurang menggunakan akal). Di dalam kepala mereka mempunyai persepsi bahawa semua bantuan yang datang adalah atas nama agama Islam. Mereka tidak langsung memikirkan bahawa bukan semua manusia di dalam flotilla itu beragama Islam. Mengambil teks dari rancangan Global@1, "jika mereka (dibaca: Isra*l) bijak memalsukan paspot, mereka juga tidak mustahil memalsukan semua gambar/video insiden Mavi Marmara". Memang betullah tu (sila baca tentang Mossad iaitu agensi risikan Isra*l di dalam Majalah-i isu April tentang pemalsuan paspot).

Ok cukup setakat itu kerana saya percaya sudah ramai yang berkisah tentang ini sejak ianya berlaku. Alhamdulillah, 12 orang mereka telah selamat. Saya menunggu lagi 6 orang yang akan pulang.

Pesanan untuk anda dan saya sendiri, sayangi agama kita dan juga sayangilah kita sesama manusia.

Thursday, 27 May 2010

Hipotesis (Bukan Bluehyppo Ye....)

7:20 am

Perempuan melayu terakhir yang cun (bukan saya cakap, McNa yang cakap. Tak percaya, tanya dia) keluar rumah. Hendak pergi kerja. Eh, apa benda yang ada depan pintu rumah ni? Sampah. Sampah dari mana? Oh, dari tangga bawah tu. Kenapa ada kat sini?

2 Hipotesis. Kira macam buruk sangka la juga ni.

Hipotesis 1.
Jiran saya yang letakkan sampah tu depan rumah saya. Kenapa? Sebab dia ingat saya yang sapu sampah ke tangga bawah tu. Betul ke? Betul. Kenapa saya buat macam tu? Saya mesti ada sebab. Sebabnya? Sampah dari tangga atas menyemakkan pandangan saya. Setiap minggu saya kena sapu, saya kumpulkan kat tangga bawah. Tujuan? Saya nak tengok, minggu depan ada lagi ke tak sampah dari tangga atas tu. Kalau ada, siapa punya sampah? Takkanlah saya pulak. Takkanlah masa sapu, sampah saya naik ke tangga atas. Lagipun, saya tak mungkin sapu sampah saya ke luar rumah ke tangga. Saya mesti sapu terus ke dapur dan beranda belakang rumah di mana saya letak tong sampah saya. Saya tadah lepas tu buang dalam tong sampah saya. Memang macam tu la sepatutnya kan? Jadi, sampah dari tangga atas tu mestilah sampah dari orang yang tinggal di atas sebab setiap minggu ada sampah di atas tangga tu. Saya sapu lagi ke tepi tangga bawah. Dah banyak baru saya buang.

Salah saya ke kalau saya tolong sapu sampah orang atas dan kumpul kat situ. Akhirnya saya jugak yang buang. Sampah saya, saya tak suruh orang buang pun. Kenapa sampah orang lain pulak saya yang kena sapu? Bila saya dah tolong, ada pulak orang letak sampah tu depan rumah saya. Persoalannya. Sampai bila saya kena sapu sampah orang atas yang disapu ke arah tangga atas depan rumah saya? Naik lemak la mereka kan? Sebab ada pulak tukang sapu sampah tak bergaji yang tolong sapukan. Dapat pahala ke buat kerja tak ikhlas? Memanglah salah saya kalau saya kumpulkan sampah tu ke tepi sebelum dibuang tapi cubalah fikir, sampah tu bukan sampah saya. Kalau ye pun, cubalah bagi saya masa untuk saya buang. Sampah orang lain pulak tu.

Hipotesis 2
Orang yang berniat jahat letakkan sampah tu depan rumah saya. Kenapa saya cakap macam tu? Macam ni ceritanya. Jeng jeng jeng.

Saya bangun pagi tu terus ke bilik air. Saya pasang shower. Eh, kenapa perlahan pula air ni? Semalam elok je. Oh, mungkin akan ada gangguan bekalan air sekejap lagi. Lebih baik mandi cepat-cepat. Ini yang ada dalam fikiran saya.

Saya rasa akal orang yang berniat jahat tu macam ni. Dia perlahankan paip utama saya kat bawah malam tu. Dia ingat saya akan gunakan air dah tengah-tengah malam masa orang semua dah nak tidur. Jadi, bila saya tengok air perlahan, saya akan keluar dan turun bawah untuk kuatkan aliran air. Bila saya keluar ternampak ada sampah depan pintu saya, mestilah saya akan sibuk buang sampah dulu sebelum saya turun bawah. Jadi, penjahat tu senanglah nak masuk rumah saya atau nak buat apa-apa kat saya. Memandangkan dalam rumah saya tak ada barang apa-apa yang berharga kecuali saya, tinggal saya je yang boleh jadi mangsa dia.

Hoh. Penat buat hipotesis sedangkan tak tahu yang mana satu betul. Entah-entah dua-dua salah. Eh, faham ke apa yang saya tulis ni?

Tuesday, 25 May 2010

BTS

BTS.
Bandar Tasik Selatan?
Berjaya Times Square?
British Thoracic Society?
Base Transceiver Station?
Bangkok Mass Transit System?

Ye, betul. Berjaya Times Square.

Ia adalah pusat membeli belah. Bukan yang main nombor tu. Itu Berjaya Toto. Kenapa kau terangkan lebih-lebih el. Macamlah orang tak tahu kau ni el.

Saya pernah ke BTS tapi pandangan pertama saya? Saya tak suka sangat pusat membeli belah tu kalau nak dibandingkan dengan KLCC walaupun saya tak boleh beli apa-apa pun kat KLCC. KLCC bukan tempat saya. Setakat lalu je setiap hari bolehlah. Saya punya taraf Giant je.

Tak tahulah kenapa kurang suka dengan BTS. Mungkin masa saya pergi tu, BTS baru buka. Maka tak banyak kedai lagi.

Sekarang? Wah! Banyak dah kedainya. Macam-macam pula tu. Terutama kedai-kedai menjual baju budak-budak perempuan. Budak-budak bunyinya besar sikit. Kalau kanak-kanak macam kecil sangat. Alya bukan kanak-kanak lagi. Dia dah “tua”. Hehehe…ampun Alya. Teruja pasal kedai baju budak-budak je. Kedai lain tak sangat.

Eh…kenapa cerita pasal Alya pula ni.

Kenapa dengan BTS?

21 Mei 2010 – 5:45pm

McNa: Kau kat mana?

Saya: Kat ofis lah.

McNa: Kau buat apa tu? Baliklah. Teman aku pergi main boling?

Saya: Haaa????????? Kau niiii…aku tengah buat kerja ni. AGM aku tak siap lagi. Minggu depan bos aku dah balik.

McNa: Dah petang ni. Baliklah. Buat apa kerja teruk-teruk sangat. Turun sekarang. Aku tunggu kau dekat monorel Raja Chulan.

Saya: (Bertuah punya budak. Aku dah la tak bersedia mental dan fizikal ni).

Ewah ewah. Suka hati engkau je kan. Main arah je. Senang je engkau bila kau nak suruh aku teman engkau. Bila tiba masa aku suruh kau teman aku, aku yang kena fikir 10 kali pasal anak-anak kau kat rumah. Kau ni memang kejam tau McNa. Macamlah kau reti sangat nak main boling.

Sebab aku tak reti la aku ajak kau. Aku nak berlatih sebab hari ahad ni aku ada pertandingan.

Pertandingan? Hahahahahaha….aku dah tahu dah keputusannya kalau kau yang masuk pertandingan tu.

Friday, 21 May 2010

Air Kacang Soya

Si Nana ni dulu dia kata badan dia berisi. Saya tak dapat nak mengesahkannya sebab saya kenal dia, dia memang dah kurus dan lebih tinggi dari saya. Kecemburuan ditahap melampau orang tinggi lebih dari saya. Dan saya juga belum pernah tengok gambar lama dia.

Dia pernah cerita pada saya yang dia mula menurunkan berat badan kerana doktor telah mengesahkan dia menghidap kencing manis di usia awal 20an. Takutnya. Katanya sakit dah beransur sembuh.

Di pejabat kami ada 3 chiller. Setiap chiller dipenuhi dengan air tin Coca-Cola, Diet Coke, 100Plus, Kacang Soya dan Teh Bunga.

Satu hari saya ternampak Nana ambil setin air kacang soya.

Saya: Nana, awak tak boleh minum tu la. Air tu banyak gula. Kata kencing manis.

Nana: Saya nak putih.

Saya: Weh....kalau nak putih bukan awak yang kena minum. Mak awak yang kena minum masa mengandungkan awak.


Gloss: Saya tak tahu sejauh mana putihnya kulit si anak sekiranya si ibu selalu minum air kacang soya ketika mengandungkan si anak. Saya selalu dengar macam tu lah. Betul ke?

Tuesday, 18 May 2010

Peluang

Selalu kita dengar orang berkata: “Kita kena jadi orang yang pandai rebut peluang untuk berjaya”.

Selalu dengar ke? Ke saya je yang selalu dengar. Atau ayatnya bukan macam itu. Ayat dia lain. Tapi inti patinya adalah - kalau mahu berjaya, kena cepat-cepat rebut peluang yang lalu depan mata. Baru boleh berjaya.

Bagi saya. Sekurang-kurangnya bagi saya lah kan. Bukan semua peluang yang melayang atau bergolek depan mata itu akan membuatkan kita terus berjaya. Ianya datang bersama risiko. Itu adalah pasti. Sama ada risiko yang membawa ke arah positif atau negatif. Risiko besar atau kecil. Yang membawa kepada terjumpanya cahaya jalan pulang di hujung terowong atau terjumpanya hutan gelap menandakan kita tersesat jalan.

Hoh.

Mukadimah macam cerita mistik je bila sebut tersesat jalan pulang bagai. Sejak akhir-akhir ini rancangan di tv berkisarkan cerita seram, misteri dan mistik. Dalam ayat yang lebih mudah adalah cerita hantu.

Kenapa pula masuk bab cerita hantu ini? Bukan bukan. Saya bukan hendak cerita pasal cerita hantu. Saya hendak cerita pasal peluang.

Bila masuk jam 7:30 am hingga 9:00 am, jalan raya dekat situ memang sesak. Hendak melintas pun susah. Bukannya tidak boleh lalu jalan lain nak ke pejabat tapi kena lintas juga untuk ke seberang sana. Hendak ke bangunan sana. Cari sarapan hikssss~~~

Kalau ada orang lain yang hendak melintas dengan kita, selalunya kita akan ikut orang itu. Kita pandang-pandang orang itu. Hendak lintas ke tidak, hendak lintas ke tidak. Lebih best lagi, kita berdiri belakang orang itu supaya senang nampak bila dia hendak lintas. Lepas itu kita ikut. Hahahaha…nak tergelak pula. Teringat perbuatan sendiri.

Tapi takkanlah setiap hari kita hendak ikut orang. Buatnya tiada orang yang hendak lintas sama dengan kita, takkanlah kita hendak berdiri kat situ berjam-jam sampai keras. Jadi, dengan kata-kata “kalau tak ambil peluang, memang tak akan dapat lintas punya” di dalam kepala, maka dengan langkah wanita melayu terakhir dia pun melintas.

Oooopsss…kena berhenti dekat tengah-tengah garisan putih sebab kereta dekat lorong sebelah sana laju dan tidak berhenti. Eh, takkan tidak ada sebuah kereta pun yang berhati mulia mahu berhenti untuk memberikan dia laluan. Kereta yang berhati mulia ye. Bukan tuan punya kereta yang berhati mulia. Teruk betul ayat.

Ketika inilah peluang yang direbut tadi sudah menjadi risiko yang sangat besar. Orang lain gadai emas, dia gadai nyawa. Dalam kepala dia sudah terbayang-bayang berita muka depan surat khabar esok: “Perempuan Melayu Terakhir Kemalangan Ketika Melintas Jalan Di Depan Crowne Plaza Kerana Berdiri Di Tengah-tengah Garisan Putih”. Wah(!) Bukan main panjang tajuk muka depan. Muat ke? Mesti lepas itu Editor surat khabar itu kena buang kerja. Kerja Editor kan kena cipta tajuk yang ringkas tapi menarik.

Melencong lagi dari tajuk.

Disebabkan tidak ada kereta yang mahu berhenti, dia terpaksa pecut. Exaggerate. Usah ditanya apa perasaan dia ketika di tengah-tengah garisan putih itu. Ditambah lagi dengan motosikal yang semakin dekat dengan dia, semakin ditekannya minyak. Macam lepas geram dan buat muka padan-muka-kau-siapa-suruh-kau-berdiri-kat-tengah-tengah-jalan.

Akhirnya ada tuan punya kereta memberhentikan keretanya dan menumpangkan dia sehingga sampai ke pejabat telah memperlahankan keretanya dan ketika inilah dia mengecilkan risikonya dengan merebut peluang itu untuk melintas dengan selamat sambil membuat isyarat tangan sebagai tanda terima kasih. Di dalam hati mendoakan semoga tuan punya kereta selamat sampai ke destinasi dan dipermudahkan perjalanannya.

Dapatlah dia ke seberang sana untuk bersarapan setelah berjaya merebut peluang melintas jalan dengan risiko yang sangat besar, kemudian dikecilkan risiko itu dengan nekad yang tinggi. Wah ayat(!)

Macam cerita arnab dengan kura-kura.

Friday, 14 May 2010

Mawar Itu Milik Siapa

Sumber foto. Terima kasih.

Alya: Hari tu Alya bagi Wan bunga.
Saya: Bagi Wan bunga? Bunga apa?
Alya: Bunga ros.
Saya: Berapa ringgit Alya beli?
Alya: 50 sen.

Saya: 50 sen? Murahnya. Alya beli kat mana?
Alya: Bunga ros plastik. Sekolah jual untuk Mother’s Day.
Saya: Ceritalah kat Maklong macam mana Alya bagi Wan.
Alya: Alya balik sekolah kan, Alya pegang la bunga tu. Alya sampai rumah, Alya ketuk pintu, Wan bukak pintu terus Alya cakap “Happy Mother’s Day”.
Saya: Wan cakap apa?
Alya: Wan cakap terima kasih. Hmm…tapi Wan bukan mak kandung Alya.

Inilah puncanya saya tidak lagi menulis apa-apa tentang Hari Ibu sejak 7 tahun lalu.

Inilah juga puncanya saya tidak lagi mengendahkan hari istimewa itu kerana bagi saya setiap hari adalah hari yang istimewa untuk ibu.

Kerana inilah saya tidak pernah lagi merancang apa-apa perhimpunan keluarga seperti keluarga lain di hari istimewa itu walaupun ianya bukan budaya masyarakat Islam khasnya.

Kenapa pula Alya yang sudah tiada ibu maka ibu saya pula yang menjadi ‘mangsa’ keadaan?

Tiada siapa yang jadi mangsa keadaan. Emak amat memahami. Cukup dengan sambutan ulangtahunnya Februari lepas untuk menggantikan Hari Ibu katanya.

Meskipun dia anak kecil yang tidak tahu akan erti kehilangan ibu, hatinya perlu dijaga walaupun dia tidak tahu kita menjaga hatinya.

Ketika Alya petah bercerita, tiada sebarang riak di wajahnya waima wajah sedih sekalipun. Susah saya hendak lihat dia bersedih ketika bercerita tentang ibu. Kehilangan ibu ketika usia 2 tahun menyebabkan dia tidak tahu langsung apa yang berlaku ketika itu. Mundar mandir ke hulu ke hilir ketika orang ramai memandi dan mengkafankan arwah ibunya membuatkan saya hiba ketika itu.

Selepas Alya bercerita tentang mawar itu, tiada setitis pun air mata saya keluar. Saya juga tidak memeluknya setelah dia selesai bercerita seperti selalu bimbang air mata ini tumpah. Sungguh saya tidak menangis di depan Alya kerana saya tidak mahu dia bertanyakan alasannya. Tetapi saya gagal membendung air mata saya di belakangnya. Sehingga ke hari ini ceritanya masih terngiang-ngiang di telinga saya walau apa pun yang saya lakukan dan di mana saja saya berada. Dan air mata bagaikan mengerti perasaan saya.

Sungguh sukar untuk saya terus menaip mengenai anak ini.

Gloss: Wan adalah emak saya.

Wednesday, 12 May 2010

Tolong! Oksigen! Oksigen!

Semasa saya ditemuduga untuk kerja ini, saya tidak pernah diberitahu yang sekali sekala saya perlu menterjemah surat-surat yang datangnya disambut dengan bahasa melayu Malaysia dan perlu dihantar pulang dengan bahasa inggeris. Malah, nama jawatan saya juga tiada kena mengena dengan hal-hal perterjemahan.

Selalunya surat-surat yang datangnya dari agensi kerajaan datangnya berbahasa Malaysia. Jarang sekali ianya datang di dalam bahasa inggeris. Kalau ada pun, separuh Malaysia, separuh bukan Malaysia. Perenggan pertama dan akhirnya bahasa Malaysia. Isi surat bahasa inggeris.

Dalam kita sibuk bersilat memartabatkan bahasa Malaysia, masih ada agensi kerajaan yang menggunakan bahasa bercampur-campur dalam urusan jual beli surat-menyurat. Bukan mereka sengaja. Bersangka baik ye. Mereka terpaksa sebab dalam syarikat yang makhluk-makhluknya datang dari planet negara asing, mereka tidak memahami bahasa Malaysia.

Pernah terjadi, sebuah firma sekretariat di Malaysia mengepilkan surat berbahasa Malaysia dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Companies Commission of Malaysia) di dalam emel kepada salah seorang pekerja syarikat saya di Hong Kong. Akibatnya:

“Your colleague xxx has indicated that it is “self-explanatory”, but as the notice from the Commission is entirely in Bahasa, it is only self-explanatory to someone who can read Bahasa. (We can’t.)”

Hahahaha.
Rasakan.
Pandai pula mat saleh tu guna perkataan “Bahasa”
Kadang-kadang kita lupa. Bukan kita tak fikir.

Sedap kau mengata orang ye eL. Sendiri pun pernah kena. Eh, pernah ke?
Pernah lupa tapi belum pernah lagi dapat se das dua macam tu.

Panjang betul mukadimah.

Disebabkan tidak mahu kena empat lima enam das, maka saya perlu terjemahkan surat yang baru saya terima dari salah sebuah agensi kerajaan. Surat itu adalah surat yang berstatus segera dan penting. Ia perlu disebarkan (betul ke penggunaan perkataan “disebarkan”? Hikss~~) kepada bos-bos besar yang sebahagian besarnya bukan orang Malaysia(!). Kalau orang Indonesia tu, bukan orang Malaysia juga kan tetapi mereka pandai baca bahasa Malaysia. Dalam erti kata lain, bos-bos besar itu tidak tahu berbahasa Malaysia langsung.

Makanya, saya perlulah terjemahkan surat itu sebelum emelkan kepada mereka. Hendak mengharapkan sekretari mereka terjemah? Alamatnya, hari raya tahun depanlah baru siap. Jari yang tiada insurans.

Mereka tahu tak kerja menterjemah bagi orang yang tiada kelayakan seperti saya tidak perlukan sijil layak menterjemah tetapi memerlukan tangki oksigen bersaiz XXXL 60 inci. Suka hati engkau je letak saiz tu. Macam nak beli kain ela je gayanya. Doktor Fatin, kalau salah, sila betulkan ye.

Lepas habis menterjemah, terasa beban di atas batu jemala patik bahu terlepas semuanya. Punyalah lega. Tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Uishh…lebih-lebih pula.

Dah selesai? Belum. Kena semak dua tiga kali. Bila baca semula, terasa macam orang Jepun baru nak belajar cakap bahasa Malaysia. Ke orang Malaysia baru nak belajar cakap Jepun? Konichiwa.

Ya, memang kecewa. Kena cari perkataan yang bersesuaian. Tukar sana tukar sini. Tanya makcik Thesaurus. Tapi makcik kamus yang tak pernah dibuka sangat aktif terkinja-kinja hari ini dan banyak membantu. Terima kasih makcik kamus. Nanti saya belanja kamu makan huruf-huruf baru yang telah saya cacamarbakan. Kalaulah kamus tu boleh berkata-kata, mesti ia sumpah seranah saya.

Hoh…ingat senang menterjemah. Patutlah para penterjemah perlu ada sijil untuk menjadi penterjemah bertauliah. Alasan. Padahal bahasa Malaysia sendiri pun lintang pukang. Diri sendiri pun belum cukup banyak mengumpul nahu.

Help(!) Eh…tolong(!) Saya kena jumpa Doktor Fatimah. Tekanan darah saya naik.

Terasa-rasa darah naik ke muka.

Eh, itu bukan blushing ke? Wakakaka~~~

Sunday, 9 May 2010

Hargai Apa Yang Ada Di Sekeliling Kita

Kita selalu buat tak peduli dengan orang yang selalu berada di sekeliling kita.
Kita selalu tak rasa kewujudan mereka.

Kerana itu kita jarang fikir sebelum kita mengeluarkan kata-kata.
Kita rasa disebabkan orang tu dah selalu dengan kita, kita tak perlu lagi untuk menjaga hati.
Kita selalu dewa-dewakan orang yang baru kita kenal.
Jarang sekali kita fikir bahawa orang yang baru kita kenal itu belum diuji seperti orang yang kita sudah kenal lama.

Kita seringkali melukai hati orang yang berada di sekeliling kita tanpa kita sedar.
Lebih malang lagi, bila kita tersedar kita tidak terfikir untuk meminta maaf.
Kerana kita rasa kita dah biasa dengan orang tu.
Hatinya tak perlu dijaga.
Alah...dah kenal lama takkanlah kena pujuk juga.
Dah tahu hati budi takkanlah tak faham lagi.

Kita tahu tak kita silap?
Tidak.
Kita tak pernah tahu.
Lebih malang, kita tak pernah nak ambil tahu.
Bertambah malang kalau kita tahu sekalipun, kita tak mahu buat apa-apa.
Sekiranya berlaku selisih faham sama ada yang besar atau kecil, semudah itukah kita memutuskan talian yang telah sekian lama terjalin?
Semudah itukah kita melupakan cerita-cerita yang dikongsi bersama?
Bertahun-tahun melalui ujian keimanan, disudahi dengan satu perselisihan yang sangat remeh.
Betapa ceteknya akal kita yang selalu kita lambangkan dengan kematangan kononnya.
Tiada salahnya memaafkan ketika hati sedang dilanda amarah.
Tiada dosanya memaafkan tanpa melanjutkan perselisihan.
Bak bait-bait lagu Aisyah, maaf adalah dendam yang terindah.

Hati orang-orang yang berada di sekeliling kita adalah amat penting.
Kerana mereka telah lulus ujian persahabatan dengan kita.
Mereka telah lulus ujian kesukaran dan kesenangan dengan kita.
Jaga pertuturan kita.
Jaga tingkah laku kita dengannya.
Jika kita kehilangan mereka, kita tidak akan jumpa lagi orang seperti mereka di mana-mana.
Walau seburuk mana pun perangai mereka, jadikanlah sempadan tetapi jangan sesekali keluarkan perkataan yang tidak baik kepada mereka.
Mereka ada hak mereka sendiri. Dan hak mereka adalah kata-kata yang baik dari kita.
Hak mereka adalah kelakuan/layanan kita yang baik terhadap mereka.

Kita akan rasa terkilan jika kita kehilangan mereka.
Ketika itu kita akan terkenangkan saat kita bersama mereka.
Ketika itu sudah terlambat.
Kita akan rasa bersalah.
Tiada salahnya berbuat baik pada orang berbuat tidak baik pada kita.
Yang membalasnya bukan kita.
Ada yang lebih berkuasa dari kita akan membalasnya dengan balasan yang tidak tercapai dek akal.
Jangan bimbang sangat kalau kita tak nasihatkan dia untuk memperbetulkan kesilapannya, dia akan ulangi kesilapan yang sama.
Kerana mungkin dia tidak belajar untuk memperbetulkan kesilapan itu ketika dia buat silap kepada kita tetapi percayalah dia akan mempelajari sesuatu dari orang lain.
Apa yang penting doakanlah yang baik-baik untuknya.

Saya tidak gemar menyenaraikan kelemahan orang-orang yang berada disekeliling saya sekiranya saya tidak senang dengan mereka atau sekiranya berlaku selisih faham.
Sekali saya tidak menyebutnya, saya tidak akan menyebutnya sampai bila-bila.
Saya teringat akan sepucuk email yang pernah saya baca suatu ketika dulu berkisar tentang perselisihan di antara suami dan isteri.
Saya sangat terharu dengan balasan nota si suami kepada isterinya yang mengatakan si isteri tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan sepanjang perkahwinan mereka.
Saya percaya, si isteri pasti ada melakukan kesilapan, tetapi kerana sikap pemaaf dan demi menjaga hati, si suami membalas sedemikian rupa.

Sikap di atas bukan setakat boleh diaplikasikan di antara suami dan isteri tetapi dengan sesiapa saja.
Anda cuba lakukan.
Percaya dengan kata-kata saya, hasilnya amat menakjubkan kerana ia pernah berlaku kepada saya.

Kadang-kadang tanpa kita sedar, menyenaraikan kelemahan orang lain itulah kelemahan kita.
Ia seperti menuding jari telunjuk kita kepada orang lain tetapi tanpa kita sedari, empat jari lagi menunjuk kepada diri kita sendiri. Adakah kita sedar?

Mereka = ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, sepupu, saudara mara, suami siteri, teman hati dan sahabat handai.

Gloss: Maafkan orang-orang disekeliling kita tanpa syarat seandainya mereka meminta maaf. Jangan ditambah rasa bersalah mereka dengan menyuruh mereka mengubah sikap dan menyenaraikan kelemahan mereka selagi kesilapan itu tidak melanggar agama. Siapa kita untuk menyuruh mereka membuat itu ini. Dan yang paling penting, apa kita rasa seandainya orang lain buat seperti itu pada kita. What goes around come around.

Monday, 26 April 2010

Senyum Lebar-Lebar

Masa mula-mula abah guna telefon bimbit, dia tak tahu langsung macam mana nak hantar sms. Dia tak pernah rasa nak cuba pun.

Lepas tu mak pula yang ada telefon bimbit. Emak belajar macam mana nak taip sms. Akhirnya pandai juga dia walaupun banyaknyalah kesilapan ejaan. Kadang-kadang saya terpaksa forward kat adik-adik saya bertanyakan kalau-kalau mereka faham apa maksud yang mak saya taip. Kadang-kadang jadi bahan ketawa kami adik beradik termasuk mak sekali. Saya pernah cerita dalam entry sebelum ni. Malas nak cari entry tu balik untuk buat link :-)

Sehingga ke hari ini, ejaan dalam sms mak semakin baik tetapi masih ada kesilapan di sana sini.

Abah?

Abah dah pandai sms sekarang. Selama abah sms dengan saya, belum pernah ada kesilapan ejaan. Dia cuma ada kesilapan ejaan bahasa malaysia zaman dulu-dulu dan zaman sekarang.

Contoh: Perkataan "boleh". Abah akan taip "bolih".

Saya bukan nak bercerita pasal kesilapan ejaan atau penggunaan sms atau penggunaan telefon bimbit.

Ini ceritanya. Mukadimah panjang macam khutbah Jumaat.

Saya menunggu abah datang ambil saya di rumah pada setiap malam Khamis untuk di hantar ke kelas. Selalunya saya menunggu dia sebelum dia sampai. Abah ni, kalau nak datang jemput saya, dia tak akan datang seorang. Dia mesti angkut mak saya dan Alya sekali.

Khamis lepas, macam biasa saya menunggu abah kat kerusi kat bawah kawasan perumahan saya. Tiba-tiba masuk sms di telefon bimbit saya; "eL, abah dah ada kat bwh skrg".

Saya nak ketawa kuat-kuat tapi tiba-tiba saya sedar yang saya adalah perempuan melayu terakhir di kawasan itu. Saya senyum lebar-lebar sambil membalas sms abah:

"Kekekeke mana ada abah kat sini. Kakak tunggu dah 5 minit dah".

LOL. Kantoi.

Gloss: Saya tak pasti sama ada abah faham ke tidak maksud "kekekeke" tu LOL.