Monday, 22 February 2010

Belajar Harus Berguru

Kalau kita nak buat kek, boleh tak kita buat ikut resepi hanya melalui tontonan di tv?

Kalau kita nak baiki motosikal yang rosak, boleh tak kita main usik je sana sini pada motosikal tu?

Jawapannya: Boleh.

Tetapi.

Hasilnya tidak akan sama kalau kita belajar dengan cara yang betul dan dengan orang yang berkelayakan/bertauliah/ahli di dalam membuat kek atau membaiki motosikal tersebut. Kek kita mungkin tidak akan menjadi. Boleh makan tetapi tak sedap. Kalau boleh makan lah. Kalau tak boleh, kita tongsampahkan. Banyak duit kita kan?

Motosikal kita boleh berjalan tetapi tidak lama, ia rosak semula. Kalau ia rosak depan rumah, tak apa. Kalau ia rosak di pertengahan jalan?

Adakah itu yang kita mahu?

Pernah dengar practice makes perfect? Apa yang saya faham, praktis itu mesti berilmu barulah ia boleh menjadi sempurna. Hendak berilmu mestilah kena belajar tak kira secara formal atau tidak. Tak kiralah belajar di tahap paling asas atau di tahap paling tinggi. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang belajar, biar dengan orang yang tahu.

Kalaulah kita belajar dari orang yang bukan ahli, bagaimana kita tahu kita salah?

Sebagai contoh. Ini contoh sahaja ya. Saya tahu baca Al-Qur’an tetapi saya tak tahu sama ada saya baca betul atau tidak mengikut makhraj dan tajwidnya. Saya pun kumpulkan beberapa orang rakan yang lebih kurang sama dengan saya tahap pengetahuannya tentang tajwid. Kami mengadakan perjumpaan seminggu sekali untuk membetulkan bacaan. Di kalangan kami, kalau sesiapa buat silap dalam bacaan, siapa yang akan menegur? Adakah rakan yang membaca tahu akan kesilapan bacaannya? Adakah rakan yang mendengar tahu di mana kesilapan rakan yang membaca? Adakah kita sendiri tahu apa yang kita tak tahu? Adakah jawapan “aku rasa baca dia macam ni” boleh diterima? Perkataan “rasa” adalah perkataan yang bahaya kerana ia menandakan kita tidak pasti.

Itu Al-Qur’an. Kalau kita nak belajar buat bom sesama kita bolehkah kita jawab kita tak pasti? Canggih betul contoh.

Apakah akibatnya kalau kita tidak pasti? lu pikir la sendiri

Berkongsi atau bertukar pendapat/pengalaman sesama kita tentang sesuatu perkara, tidak sama dengan belajar sesuatu perkara itu melalui orang yang bertauliah atau ahli di dalam sesuatu bidang. Mengapa kelas-kelas dan kursus-kursus sesuatu bidang itu wujud kalau kita rasa kita boleh pandai di dalam bidang itu kalau kita belajar sesama kita? Diakui pendapat setiap individu tidak akan pernah salah tetapi kalau kita bukan ahli di dalam sesuatu bidang, andai kita salah, teguran seorang yang bertauliah di dalam bidang itu adalah satu pelajaran buat kita. Itu baru dinamakan belajar.

Ada ke ilmu di dunia ini yang perlu belajar tanpa guru? Guru yang bernama pengalaman juga terhasil daripada kesilapan yang berulang-ulang ketika belajar. Siapa yang menegur kesilapan ini? Tentulah orang yang ahli yang sudah mengalaminya.

Kalau kita hendak belajar sesuatu carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar. Tak kiralah apa pun yang kita hendak belajar tu. Dari yang sekecil-kecil benda, hinggalah yang sebesar-besarnya.

Saya masih ingat kata-kata Kak Hai di dalam entry saya yang ini. Apa yang saya faham maksud kata-kata Kak Hai itu adalah; walau sepandai mana pun kita, belajar mesti berguru. Saya tidak boleh menafikan kata-kata itu dulu, sekarang dan sampai bila-bila(!)

Gloss: Imam Syafie juga berguru untuk menjadi penyair. Dia juga berguru untuk mencipta puisi yang baik.

Friday, 19 February 2010

Kawan Oh Kawan

Ajak: W’salam. Buat bungee jump, haha. Gud luck.

Lan: Gd luck kak is. Buat elok2.

McNa: Petua aku…Ghodah ajo..berbekalkan ilmu didado…berkepilkan keyakinan…bersama-sama doa padaNYA…Sonang..mesti BOLEH…!

Izzati: Hah?? Ko nak jadi Syarifah Khasif ke? Kikikiki

Paklong: Dia ni reply through email. Saya dah terdelete email dia tapi dia jawab lebih kurang macam ni...”Ada orang cakap, petuanya pakai seluar d*l*m terbalik.” Sebelum tu dia ada tulis lagi tapi saya betul-betul dah lupa apa dia tulis.

Siti: Oit…lepas ni ko boleh ajar anak aku alip ba ta la yek

Nor: Haaaa?? Sejak bila pulak ko belajar tilawah2 ni? Weewit…boleh la ajar aku pulak nanti huhuhu

Adi: Ha ha…ayok…tak tau. Abis la ko…

Ini yang malas tau. Bukannya nak bagi semangat. Nak melemahkan semangat lagi ada. Orang tanya petua atau doa, bukannya nak bagi petua atau doa. Ini tanya soalan entah apa-apa. Lepas tu menakut-nakutkan orang. Ada ke suruh buat bungee jumping. Nak menangis rasa dapat kawan-kawan macam ni hahahaha!!! Ada yang bagi petua, adooiiii la…petua tak pernah dengar pun. Nak ketawa pun ada hehehe.

Yang si McNa pulak, entah bila entah tukar jadi orang Negeri Sembilan. Padahal dia husband and wife orang Kelantan. Inilah namanya kawan. Kalau tak meriahkan alam, bukan kawan namanya.

Semalam saya hantar sms ini pada kawan-kawan saya:

“Salam dearest friends. I will sit for my 1st tilawah exam on 20th Feb at U**. I am extremely nervous! Pls pls pls pray for me. Appreciate if you can share any petua or doa to reduce my nervousness. Thanks in advance :-)”

Dan kat atas tu semua reply yang saya dapat daripada sebahagian kawan-kawan saya. SADIS.

Gloss: Doakan saya ye…

Wednesday, 17 February 2010

Dia Memang Patut Risau


Sebelum wafatnya Rasul kita, dia menyebut-nyebut tentang kita. Umatnya. Ketika sedang sakit, dia risau akan umatnya selepas ketiadaannya. Andai dia masih hidup dan melihat keadaan umatnya sekarang, dia memang patut risau.

Ketika saya membaca bab "Wafatnya Kekasih Allah" di dalam novel ini, seakan ada perasaan yang membuatkan saya enggan meneruskan bacaan. Saya tak sanggup baca. Saya tahu saya akan menangis. Saya gagahkan juga demi untuk menyudahkan pembacaan. Saya ingat airmata habis di situ. Membaca bab "Rindu Rasulullah", saya seolah-olah dapat memahami perasaan Umar Al-Khattab ketika beliau tidak boleh menerima berita kewafatan Rasulullah.

Saya tak pandai sangat nak review novel. Yang pernah saya tulis, hanya cuba-cuba saja. Akhirnya jadi macam salinan novel tu pula :-) Dapatkannya dan percayakan saya, anda lebih menghargai hidup ini selepas membaca novel ini.

Tuesday, 9 February 2010

Kalaulah Mereka Masih Hidup

Sumber

Saya terfikir. Penat sungguh rasanya pahlawan-pahlawan Islam zaman dulu berhempas pulas berperang menegakkan agama Islam kepada yang mahu menganutnya dan menakluk negara-negara Eropah. Kalaulah mereka masih hidup, mereka pasti sedih melihat negara-negara yang mereka takluk dulu bukan lagi diperintah oleh orang Islam.
Kita beruntung sebab tak perlu berperang untuk hidup aman damai. Apa agaknya sumbangan kita dalam mengembangkan syiar Islam?