Wednesday, 17 February 2010

Dia Memang Patut Risau


Sebelum wafatnya Rasul kita, dia menyebut-nyebut tentang kita. Umatnya. Ketika sedang sakit, dia risau akan umatnya selepas ketiadaannya. Andai dia masih hidup dan melihat keadaan umatnya sekarang, dia memang patut risau.

Ketika saya membaca bab "Wafatnya Kekasih Allah" di dalam novel ini, seakan ada perasaan yang membuatkan saya enggan meneruskan bacaan. Saya tak sanggup baca. Saya tahu saya akan menangis. Saya gagahkan juga demi untuk menyudahkan pembacaan. Saya ingat airmata habis di situ. Membaca bab "Rindu Rasulullah", saya seolah-olah dapat memahami perasaan Umar Al-Khattab ketika beliau tidak boleh menerima berita kewafatan Rasulullah.

Saya tak pandai sangat nak review novel. Yang pernah saya tulis, hanya cuba-cuba saja. Akhirnya jadi macam salinan novel tu pula :-) Dapatkannya dan percayakan saya, anda lebih menghargai hidup ini selepas membaca novel ini.

5 comments:

TAF World said...

MasyaAllah.. satu novel berapa hari akak boleh habis baca? akak nie peminat novel rupanya...

eL said...

WSR: Terperanjat dengan soalan awak :-) Dik, it depends on many factors. Especially tahap kepenatan balik kerja :-) Kalau hari cuti, start lepas subuh, by midnight dah boleh habis, insyaAllah.

Mr feckry said...

pernah baca riwayat terakhir rasulullah..serius sedih

eL said...

Mr feckry: Masih ingat tajuknya?

Mr feckry said...

hari-hari terakhir rasulullah..