Friday, 30 July 2010

Peter Out

Saya berhenti sampai di sini kerana keadaan tidak mengizinkan. GIMC send uncertain messages to me. Have to rummage around for the strength. Terima kasih bersama-sama Emblem of Purity selama ini. Ini tempat saya luahkan apa yang ada di dalam hati yang tak boleh diterjemahkan dengan kata-kata di depan sesiapa pun. Thank you for being my lovely confidant for the longest time. Your camaraderie and comradeship cannot be replaced even by a 1-million diamond. You are eminent to me. Insya-Allah, saya tidak berhenti menulis cuma menanti amber light turns green. Maafkan saya andainya saya pernah mencalarkan hati sesiapa atau buat sesiapa kurang senang. Insya-Allah jumpa lagi di lain tempat. I am grateful that you are here. Saya akan hantar email sekali sekala, insya-Allah. Leave me your email address if you want to ye :-)

Selamat menyambut Ramadhan :-) Awalnya. Biar awal, jangan tidak langsung kan? :-)

Thursday, 29 July 2010

Banci Bukan Benci II

Agaknya teruja lepas dengar saya cerita pasal banci kat mak abah saya masa diorang datang rumah saya hujung minggu lepas, si Alya pun tak sabar sabar nak melibatkan diri dalam banci ni agaknya.

Sebab.

Semalam tiba-tiba saya dapat sms dari “Mom” yang dihantar oleh Alya. Baca sms dia, saya dapat rasa dia teruja. Macam maklongnya teruja la sebab pertama kali terlibat secara langsung. Selama ni tak pernah tahu pun kawan-kawan yang datang buat bancian ni dah datang ke tak ke rumah saya. Kalau datang pun siapa yang jawab semua soalan soalannya. Tak pernah saya ambil tahu. Tak pernah tanya kat mak pun. Ye lah…berapa tahun sekali ye kita buat bancian? Suzana kata 10 tahun sekali. Uihhh…entah ada entah tidak saya kat sini. Entah-entah kena banci kat "sana" dengan 2 sahabat.

Sms semalam:

Alya: Maklong, rumah Alya dah kena banci (“rumah Alya” ok. Entah bila dia beli rumah tu tak tau la. Nampak betul keterujaannya.)
Maklong: Ye? Siapa yang jawab soalan?
Alya: Pakteh (ni adik ke-3 saya)
Maklong: Pakteh? Wan dengan Tok mana?
Alya: Tok cabut. Wan tak buat apa-apa

Tergelak sorang-sorang saya baca. Hai la Tok. Tok pergi mana? Tok. Tok. Apa la Tok ni.

Wednesday, 28 July 2010

Saya Dah Mati Tapi Saya Yang Tulis Surat Ni....

Masa saya tengah tension dengan si isteri CEO saya (rasa macam nak berhenti kerja ok - sejam saya membazirkan airmata tadi), tiba-tiba saya dapat email dari Indra. Tak ada isi tapi ada attachment. Ni attachmentnya:


Daripada tension terus gelak golek-golek. Saya rasa ni mesti untuk Unit Khidmat Pelanggan yang tak reti bahasa nak kemaskini pengkalan data mereka. Atau pun staf kat Unit Khidmat Pelanggan tu semua terlepas pandang dah innalillah jugak. Bank mana la agaknya ya?

McNa, bank kau ye? Eh lupa...kau bukan commercial bank.

Kalau Makan, Dia Yang Dulunya....

Bengang tak…diulangi…bengang tak…(bukan bangang ye) kalau kita nak buat event makan-makan, lepas tu nak mintak tolong kat orang supaya kemaskan kawasan kemalangan yang nak buat event tu, lepas tu diorang jawab main-main, nak tak nak, lepas tu bila makan, diorang yang dulunya datang, tak panggil pun dah terjengul dulu. Bengang kan?

Semalam.

Entah apa penyakitnya tiba-tiba Lembaga Pengarah saya nak makan tengah hari kat lounge ofis lepas mesyuarat Lembaga. Kelam kabut juga nak siapkan tempat. Lounge tu penuh dengan sofa-sofa tempat staf melepak. Saya tak tau pulak kawasan tu kena booking kalau nak buat event. Yang tukang bagitahu pun (receptionist), dia bagitahu saya dekat pukul 5 petang semalamnya yang tempat tu kena booking. Jenuh juga nak mencari tempat nak letakkan sofa-sofa tu. Bukan sikit-sikit. Semua bilik latihan dah ditempah. Tak ada bilik yang besar lagi untuk ditempatkan sofa sofa tu.

Mujur la receptionist bagi idea supaya separuh sofa diletakkan di dalam perpustakaan dan separuh lagi dalam bilik Sports Club. Ok, settle.

Sekarang ni yang tak settle lagi, siapa pulak yang nak tolong angkatkan sofa-sofa tu ke dalam bilik-bilik yang telah dicadangkan tu? Sekali lagi receptionist saya yang brilliant tu cakap; “el, kalau you nak angkat sofa-sofa tu mintak tolong Adi dan Amin”.

Ok, akak ni gagah la sms si Adi & Amin. Lepas beberapa minit, eh tak jawab pun sms diorang ni. Dapat ke tak sms akak ni. Akak ni pun gagah lagi sekali telefon la tuan punya badan.

Saya: Adi, dapat tak sms akak?
Adi: Sms apa? Tak dapat pun
Saya: Akak hantar kat Adi dan Amin. Amin mana?
Adi: Ada ni. Tapi Amin cakap hari ni dia bawak handphone awek dia.
Saya: (pulak dah. Bawak handphone je ke atau dengan nombor-nombor sekali? Lantaklah) Meh sini akak nak cakap dengan Amin.
Amin: Hello kak
Saya: Amin, tadi dapat tak sms akak?
Amin: Sms pasal apa? Pasal nak alihkan sofa eh?
Saya: Eh tau pulak.
Amin: Adi bagitahu tadi.
Saya: Tadi akak tanya dia, dia kata dia tak dapat sms akak.
Amin: Dia baru je tunjuk sms akak.

Suka suki dia je kan? Tadi si Adi cakap tak dapat sms saya kan? Lepas tu si Amin kata Adi baru tunjuk sms saya kat dia. Tak ke main-main namanya tu? Kita tengah serius. Tengah kerja. Masa kerja, kerjalah. Masa main, mainlah. Mentang-mentang akak kau ni sporting je semedang, sampai kau tak reti nak beza masa main dan masa kerja kan? Ini bukan nak bagi makan budak tadika. Kang akak sebut nama, awak kata akak saja nak bagi nampak gah gunakan nama diorang. Serius la sikit. Bijak sangatlah receptionist tu suruh mintak khidmat awak berdua. Lepas tu bila masa makan, orang belum panggil makan awak dah sampai dulu.

Tarik nafasssssssssssssssss……………

Tuesday, 27 July 2010

Banci Bukan Benci

Dah kena banci? Dah terlibat dengan banci? Dah ada orang datang rumah buat bancian? Ishhh…saya tak tau lah macam mana nak buat ayat tanya pasal banci ni. Kira fahamlah ye. Saya dah. Saya ingat saya dah tak termasuk dalam statistik jumlah penduduk kat Malaysia ni. Rupanya sempat lagi.

12 Julai 2010. Malam tu, lebih kurang jam 8.40 malam, gril pintu saya digegar berkali-kali. Saya tengah baring atas sofa sambil tengok tv, tak terus mengintai melalui cermin kecil kat pintu tu, tapi saya terus lari masuk bilik. Cari tudung. Tak tahu yang kat luar tu lelaki ke perempuan.

Sebelum buka, saya intai dulu melalui cermin kecil. Perempuan. Siapa ye? Saya buka pintu perlahan. Dia kenalkan diri. Laaa…si Suzana rupanya. Ingatkan tak datang dah sebab surat yang dia tinggalkan kat saya berbunyi lebih kurang begini:

Akak, saya datang ketuk pintu rumah akak dah 2 kali. Penat saya bergayut kat gril akak ni. Akak tak kesian kat saya ke? Setiap kali saya datang waktu siang, waktu kerja. Saya ingat akak ada kat rumah. Hari ni, 12 Julai 2010, jam 2:00 petang, kali ketiga saya datang rumah akak. Saya akan gegar gril pintu rumah akak lagi pagi ni jam 8:00 pagi, hari ini, 12 Julai 2010.


Inilah surat yang saya anggap "surat-cinta-dari-negara-dia-sendiri" dari Suzana. Sorry ye Suzana. Glamer awak kejap. Mana tau kot-kot bertambah jualan unit trust Etiqa awak, insyaAllah. Amin.


Bila sampai tang tarikh dan masa yang dia tulis tu, saya besarkan mata saya. Saya bimbang kalau saya salah nampak. Nampaknya Natberry tak membantulah kalau saya salah nampak. Saya baca lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Ok, give up. Macam budak tadika pulak kena eja bagai.

Selepas saya dah faham, ada riak kecewa di wajah saya walaupun saya tak nampak muka saya sendiri. Hmm....terlepaslah banci kali ni. Nak jugak tahu macam mana rupanya soalan-soalannya, apa reaksi yang akan saya bagi. Kenapa si Suzana tak tinggalkan questionnaires tu kat saya? Kalau tak, boleh saya isi dan tinggalkan depan pintu. Dia datang ambil je nanti. Isk…isk…isk…

Akhirnya si Suzana sampai juga ketika jam menunjukkan “jam 8:00 pagi waktu negara dia". Amboiii…macam nak runtuh pintu saya. Awak datang siang memanglah tak ada orang. Saya kerja. Tak ada orang kat rumah ni. Saya tinggal sorang. Maaf la kak ketuk kuat-kuat tadi. Saya ingat ada abang ke kat rumah (abang? hoh!!!) Sorry kak, saya sampai lambat sikit. Terpaksa datang jugak sebab blok ni tinggal akak sorang je yang belum lagi. Nasib baik dik, akak dah nak bersiap sedia bangun dari sofa ni nak solat isya’ lepas tu tidur. Kejap je ni kak..saya tanya akak jawab je eh.

Bla bla bla….ada mesin basuh..bla bla bla..ada kamera digital…bla bla bla…gaji berapa…bla bla bla…belajar sampai tahap mana…(beberapa soalan yang saya ingat off-hand)

Bila ingat balik, kelakarlah awak ni Suzana. Akak ingat nak jawab main-main je. Bukannya awak tahu pun kan? Hehehe. Tapi akak kesian sangat kat awak. Mesti penat lepas balik kerja kena pergi buat bancian pulak. Lepas tu dapat pulak responden yang tumbuh tanduk macam akak ni.

Ada hikmahnya jugak si comel tu tak tinggalkan questionnaires tu kat saya. Kalau harapkan saya yang isi, mahu lepas raya haji tahun depan baru siap.

Monday, 26 July 2010

Kenduri Kahwin - Nak Pakai Apa?

Bermula daripada gambar kenduri kahwin yang dihantar oleh kawan melalui email, saya telah menjalankan satu tinjauan (survey). Mengada-ngada. Tak ada kerja.

Tinjauan ni saya buat melalui sms. Satu sms, saya hantar ke semua kawan yang saya rasa saya akan dapat respon. Tapi ada juga yang tak respon.

Soalannya: Yang mana satu lebih sesuai kalau nak hadir majlis kenduri kahwin?
1. t-shirt & slack
2. kemeja lengan pendek & jeans
3. baju batik & slack
4. t-shirt & jeans
5. kemeja lengan pendek & slack

Kalau tengok daripada pilihan jawapan tu, soalan ni sebenarnya merujuk kepada Adam. Masa saya buat pilihan jawapan tu, saya baru nak masuk tidur. Jadi, pilihan jawapannya kurang komprehensif.

Kat bawah ni jawapan daripada kawan kawan saya mengikut turutan.

Ajak: Tgk function buat kat mana la. Aku selalu t-shit je & jeans. Tengok tempat la. Kena hormat majlis orang. Kalau kat dewan kelas kelas pakai la batik atau kemeja.

Lan: No. 5 sesuai. T-shirt santai sangat.

Reta: Semua boleh kalau kenduri kahwin yang biasa. Kalau formal sangat macam buat kat hotel etc batik & slack.

Syuhada: Untuk lelaki ke perempuan? Kalau lelaki t-shirt & jean la, baru nampak macho..huhu
(Yang, takkanlah perempuan ada jawapan jeans bagai. Sah-sah soalan ni merujuk kepada Adam)

Suzi: Yang no. 3 la kak

Zita: 1. t-shirt & slack = tak sesuai
2. kemeja lengan pendek & jeans = bole la
3. baju batik & slack = proper sket la
4. t-shirt & jeans = kebanyakan jejaka zaman sekarang buat.
5. kemeja lengan pendek & slack = macam nak pegi ofis pulak.
Buat bancian apa ni kak? Huhu
(banci belum start lagi masa saya jalankan tinjauan ni :-))

Dia reply lagi: Betul apa. Sebab diorang malas nak fikir apa nak pakai, t-shirt dengan jeans je lah. Tak payah gosok. Untuk yang muda je la. Yang tua pakai kemeja, baju batik huhu. Tak ada keje ke kak? Buat bancian malam-malam ni.
(Jawapan paling panjang. Mungkin sebab dia tengah tak ada kerja kot. Tengah dalam pantang. Gagah nak menjawab)

Maz: Jawapan saya kemeja dengan jeans.

Intan: 5 & 2.

Saya kurang perasan yang orang sekarang ni terutama sekali orang muda memang rajin pakai jeans dan t-shirt bila pergi kenduri kahwin. Ala…tak kisahlah. Pergi makan je. Bukannya jadi pengantin pun kan?

Entah. Saya rasa kurang sesuai terutama sekali yang pakai t-shirt tu semata-mata nak tayang ketul-ketul kat lengan. Apa tak tunjuk sekali 6-pax yang ada kat perut tu?

Thursday, 22 July 2010

Cerita Zaman Ais. Dah lama. Baru hari ni dapat tulis. Maafkan kami. Maafkan kami.

Situasi: Pejabat.

Dari dalam bilik lagi saya dah dengar bising bising kat luar pintu. “Dia punya birthday ke?”.

Sampai kat meja saya; “Nah el. You punya”.

Aduh…hijau hijau ni siapa punya kerja? Takkanlah McNa dan Reta pulak.

5 saat jugaklah saya pandang je kat jambangan yang serba hijau tu. Orang yang hantar tu pegang je. Dia siap cakap; “Kak, kawan akak ni siap tulis umur akak lagi”.

Dia hulur saya sekeping kertas. Saya tandatangan je. Saya tak tengok pun dari siapa. Bila saya dah pegang, saya perhati lama lama kad yang tertulis kat situ. Eh, siapa nama yang pertama ni. 2 saat saya fikir. Oh. Laaaaaaa….

Lama sungguh saya tak nampak nama dia dieja sebegitu rupa. Laaaa…nama yang lagi sorang ni siapa pulak. Memandai aje orang yang pertama tadi tu tukar nama orang yang kedua supaya nampak lebih kurang je macam nama dia. Patutlah saya tak cam.

Inilah dia kad tu.




Siapa punya kerja pergi tampal tampal kertas kaler kuning tu ahaksssss.......


Ucapan "terima kasih" mungkin tak cukup kan Mcna, Reta? Apa yang cukup? Ok, "terima kasih yang tak terhingga". Sambung sikit hujungnya.

Itu berlaku 7 Julai 2010.

Esoknya. 8 Julai 2010. Sms masuk seawal 12:03 am. Ini turutannya. Memang betul la Ajak kata kau ni poyo el.

Kak Rosa: Happy Birthday Adik :-) Semoga esok happy2 ye..
(Akak senior saya ni sama tarikh lahir dengan saya)

Maizah: Happy birthday too, kte doakan awk smoga ada jodoh dgn lelaki yg baik@soleh.amin.
(Ini ex-classmate saya masa saya tingkatan 4 & 5. Juga berkongsi tarikh lahir dengan saya)

Art: Happy birthday to you…my sincere doa 4 ur success n happiness.

Jade: Happy birthday you.
(Tak tahu mana hilang perkataan “to” dia hehehe. Ini cyberfriend saya kat UK)

Paklong: Salam, selamat ulangtahun kelahiran. Semoga d berkati usia
(Awal betul dia ni bangun. Nak tengok world cup kot)

Suhaila: el selamat hari jadi ke tetttttttt. Semoga mendapat barakah dlm setiap yang dikerjakan. Stay cute.
(Nasib baik kau kata aku cute. Kalau tidak memang aku ban nombor kau sebab mengingatkan umur aku yang dah tua ni)

Reta: Happy bday
(Dia ni la tuan punya nama “Eiyta” tu)

Mai: Selamat Hari Jadi el yang ke brape ek? Anyway..semoga p pnjgkan umur n d murahkan rezeki..enjoy ur day!
(Ini sms paling kejam sebab dia hantar MMS gambar kek tapi tak boleh makan. Sedap pulak tu nampaknya)

McNa: Hapy besday 2 u..! Doakan ko sehat dan happy gitu..
(Ini tuan punya nama “Eina” tu. Teruk betul kau buat nama dia Reta)

Fizz: el…wish u a very happy birthday…may Allah bless u. long life, more wealth and stay healthy.
(Dia ni kalau saya wish dia birthday, tiap kali tu la dia akan reply “who’s this?”. Macam la setiap tahun saya tukar nombor telefon)

Ros: Assalamu’alaikum el, happy birthday. Sy nak call office awk takut awk bz. Sy call mlm ni bolh?
(Dia ni cacat penglihatan. Ex-colleague saya. Saya tak tahu macam mana dia taip sms ni. Malam tu memang dia betul betul call. Saya tanya dia macam mana dia taip. Dia kata sekarang dia pakai handphone yang ada suara. Oh).

Kak Tie: Happy birthday ;-) semoga sihat selalu murah rezeki.
(Ini ex-housemate saya masa saya duduk kat Bangsar dulu)

Shanna: Happppyyy birthday!!!! A blessed and njoyble day
(Dia ni PA kepada CEO saya)

Kak Ina: Salam. Moga dgn bertambahnya usia hidup lebih berkat dan ceria lebih dekat denganNYA lebih rezeki dan kekal cun :-) Happy birthday sis!
(Ini ex-officemate saya. Amboi Kak Ina, mentang mentang la saya kata nak order, terus kata cun ye)

Entry yang poyo. Terima kasih Ajak sebab aku telah membuktikan yang aku betul betul poyo.

Monday, 12 July 2010

Cantik Tali Tu...Tapi...

Saya bawa Alya ke Mid Valley. Niat asal nak suruh dia pilih hadiah hari jadinya. Tapi berakhir dengan aku-pulak-yang-sibuk-nak-beli-baju-dia. Masa tengah sibuk-sibuk pilih baju tu kejap kejap panggil dia, kejap kejap panggil dia. Takut dia hilang. Masa tu zaman dia menakal. Ke sana ke mari sesedap rasa. Tak kisah sama ada dia tu dah jauh dari jagaan kita ke tidak. Dia bukan tahu.

Tengah saya pilih baju, saya berkenan kat satu baju dan panggil dia nak acu kat dia. Saya panggil dia sekali. Dua kali. Tiga kali. Masa ni darah saya dah sejat semua ke kaki. Mana pulak anak saudara aku ni. Panggil lagi. Tak menyahut. Tak boleh nak cerita macam mana kecutnya perut saya masa tu. Saya dah terbayang dah saya kat balai polis buat laporan. Saya dah terbayang dah saya terjelepuk kat lantai Jusco tu. Dah terbayang dah esok keluar suratkhabar muka surat depan.

Tiba-tiba.

Maklong!!!!!

Ya Allah, dia keluar daripada gantungan baju-baju yang ada kat situ. Muat pulak dia masuk bawah baju budak budak tu. Konon kononnya nak terkejutkan kitalah. Memang terkejut sungguhlah. Bertuah punya budak(!)

Jangan buat macam tu lagi. Mahu gugur jantung maklong.

Kenapa saya buka cerita ni? Khamis lepas, saya ternampak ada seorang ayah (saya assume ayah la ye sebab dia pegang budak kecik yang mungkin anak dia), dia pegang tali warna merah jambu. Saya tengok je tali tu menghala ke arah mana. Ia menghala ke arah belakang budak kecik tu. Rupanya tali tu adalah tali yang mengikat budak kecik tu dan tali yang sebelah lagi tu ayah dia pegang. Macam tali kita ikat kucing tu. Kita ikut je mana kucing tu pergi dengan tali tu. Tapi yang budak kecik ni punya, cantik sikit. Warna merah jambu dan dan rupa kain kat belakang tu macam Mickey Mouse. Cantik la sikit dari tali ikat kucing tu. Gunanya supaya budak kecik tu tak hilang macam saya “kehilangan” Alya.

Ye, walaupun cantik tanya diri sendiri sama ada patut tak kita gunakan untuk anak kita. Saya tak nak cakap panjang panjang. Saya juga tak against tali tu. Tepuk dada, tanya akal.

Friday, 2 July 2010

Telefon...Telefonlah Lagi

Rimas tak kalau orang selalu telefon kita kat pejabat? Tak rimas? Fuh…saya memang rimas sangat sangat. Itu kalau orang yang telefon kita. Kalau orang yang tukang jawab telefon kita? Orang yang dengar? Dua tiga kali ganda rimasnya. Saya adalah orang yang ketiga itu. Yang rimas dengar orang yang bukan staf kat sini yang selalu telefon staf kat sini. CEO saya dan isterinya(!).

Yang saya hairan si suami tu tak pulak nasihatkan si isteri supaya jangan diganggu selalu kat pejabat. Agaknya si suami merelakan kot. Ye lah…kalau tak merelakan mesti si isteri tak telefon kerap sangat ke pejabat. Saya rasa dia ada pesan kat si isteri, kalau ada apa apa walau sekecil kuman pun, telefon dia di pejabat. Mungkin mereka menjaga antara satu sama lain sebab berada di tempat asing kat negara orang. Jadi, belum rasa selamat lah kot sejak mereka ke sini Oktober lalu. Mereka ni warga British berasal dari Pakistan yang tempat terakhir mereka menginap adalah Bangladesh.

Tak kisahlah nak menjaga sesama sendiri. Tak kisahlah nak telefon si suami kat pejabat. Itu biasa. Kalau dua kali sehari pun tak apa lagi kalau dah lovey dovey sangat. Ini dari pagi tadi sampai ke tengahari, ada 10 kali kot telefon. Kadang kadang saya dengar PA si suami bercakap dengan si isteri berkenaan dengan makanan anjing, aiskrim dan pasal pembantu rumah. Benda remeh temehnyaaaaaaa lah. Tak boleh ke tunggu si suami tu balik baru cerita? Kalau hal penting tak apa lah jugak. Bukannya muda lagi. Masing masing dah berumur. Tak kan lah si isteri tu tak boleh fikir. Dia ingat semua staf kat sini kena ikut cakap dia sebab dia isteri CEO kot.

Kita yang dengar ni yang sakit hati. Asyik dok menjawab telefon si isteri je kalau PA dia tak ada. Si isteri tu pulak kalau bercakap menyakitkan hati orang je. Cara bercakap tu macam nak perangkap orang je. Cara bercakap tu macam dia bos kat sini. Sangat sangat mengganggu lah si isteri tu. Macam kita tak ada kerja lain, asyik nak menjawab telefon dia.

Kalau dengan pembantu rumah dan drebar tak usah cerita lah. Mereka ni dulu duduk kat Dhaka, mereka memang pandang rendah dengan pembantu rumah dan drebar ni. Kat sini pun dia nak buat macam tu jugak. Ini Malaysia lah. Dia ingat Malaysia ni macam Bangladesh sana kot. Masa mula mula mereka sampai sini, setiap hari si isteri telefon PA si suami. Salah satu yang saya ingat si isteri bertanya pada PA, kalau pembantu rumah nak minum, gula kena beli sendiri atau guna mereka punya. Sakit tak hati dengar?

Uihhh…kalau nak cerita satu satu, memang boleh jadi buku berjilid jilid lah cerita mereka ni. Baru berapa bulan mereka kat sini. Itu belum lagi cerita si isteri suka check sama ada PA suaminya keluar lunch ikut time ke tak. Belum cerita lagi tentang si isteri sepak pokok bunga yang ditanam oleh tukang kebun sebab tak elok di mata dia. Belum lagi cerita anjing dianggap macam anak. Belum lagi cerita tentang kedekutnya. Saya tengok semua barang dapur dia claim. Makanan anjing pun beli setin setin. Jenuh drebar nak pergi beli setiap hari. Masa saya tengah tulis ni pun, kawan sepejabat saya baru je angkat telefon. Si isteri telefon lagi(!)

Habis pahala hari ini.

Thursday, 1 July 2010

Tolong Gosokkan Baju Saya...

Dalam banyak banyak kerja rumah, saya paling malas sekali nak gosok baju. Memang malas tahap dewa. Basuh baju tu pun nasib baik ada pakcik Samsung. Kalau tidak memang malas jugak la agaknya.

Gosok baju kerja paling tak best di dunia. Bagi saya la. Terutama sekali bila kena gosok baju sekali banyak untuk seminggu pakai untuk pergi kerja. Sambil tengok tv sambil menggosok, rasanya daripada boleh siap sejam, jadi setengah hari. Hoh…gosok apa sampai setengah hari. Nak nak pulak kalau gosok kain linen. Nak menangis dibuatnya. Dah gosok belah sana baju, belah sini berkedut. Dah gosok belah sini, belah sana berkedut. Siapa suruh beli baju kain linen kan? Belilah kain kapas. Paling senang nak gosok. Kalau tak menyambil tengok tv, lagi la boring. Boleh tak bertegur sapa dengan seterika tu nanti. Sambil duduk ke, sambil berdiri ke, kalau dah tak suka tu, tak suka jugak.

Saya ada seorang kawan yang menggosok baju ni adalah kerja yang paling dia suka. Dia boleh gosok baju semua orang dalam rumah dia. Tak bosan langsung. Pelik betul. Pernah sekali saya duduk satu bilik hotel dengan dia, dia nak gosok baju saya. Adehhh. Walaupun saya tak suka gosok baju, tapi saya tak suka orang gosokkan baju saya. Saya takut tak ikut spesifikasi saya. Mengada ngada kan? Boleh tau la kenapa sejam boleh jadi sehari kan? Gosok baju cerewet.

Dulu saya rajin cari kain ela yang tak perlu gosok untuk buat baju kurung. Ada. Banyak. Tapi kena pandai cari. Selalunya sebelum beli kain yang tak perlu gosok ni, saya buat ujian sendiri. Saya tarik tarik kain tu dalam cebisan yang kecil. Lepas tu saya pintal pintal kecil kecil lima enam kali. Kalau yang jenis tak payah gosok tu, dia tak akan berkedut atau merekah. Itu ujian ketahanan yang saya sendiri tak tahu dapat dari mana. Saya main buat ikut suka saya je. Setakat ni ujian semua Alhamdulillah. Kalau ada ujian lain, bagitahu saya ya.