Dalam banyak banyak kerja rumah, saya paling malas sekali nak gosok baju. Memang malas tahap dewa. Basuh baju tu pun nasib baik ada pakcik Samsung. Kalau tidak memang malas jugak la agaknya.
Gosok baju kerja paling tak best di dunia. Bagi saya la. Terutama sekali bila kena gosok baju sekali banyak untuk seminggu pakai untuk pergi kerja. Sambil tengok tv sambil menggosok, rasanya daripada boleh siap sejam, jadi setengah hari. Hoh…gosok apa sampai setengah hari. Nak nak pulak kalau gosok kain linen. Nak menangis dibuatnya. Dah gosok belah sana baju, belah sini berkedut. Dah gosok belah sini, belah sana berkedut. Siapa suruh beli baju kain linen kan? Belilah kain kapas. Paling senang nak gosok. Kalau tak menyambil tengok tv, lagi la boring. Boleh tak bertegur sapa dengan seterika tu nanti. Sambil duduk ke, sambil berdiri ke, kalau dah tak suka tu, tak suka jugak.
Saya ada seorang kawan yang menggosok baju ni adalah kerja yang paling dia suka. Dia boleh gosok baju semua orang dalam rumah dia. Tak bosan langsung. Pelik betul. Pernah sekali saya duduk satu bilik hotel dengan dia, dia nak gosok baju saya. Adehhh. Walaupun saya tak suka gosok baju, tapi saya tak suka orang gosokkan baju saya. Saya takut tak ikut spesifikasi saya. Mengada ngada kan? Boleh tau la kenapa sejam boleh jadi sehari kan? Gosok baju cerewet.
Dulu saya rajin cari kain ela yang tak perlu gosok untuk buat baju kurung. Ada. Banyak. Tapi kena pandai cari. Selalunya sebelum beli kain yang tak perlu gosok ni, saya buat ujian sendiri. Saya tarik tarik kain tu dalam cebisan yang kecil. Lepas tu saya pintal pintal kecil kecil lima enam kali. Kalau yang jenis tak payah gosok tu, dia tak akan berkedut atau merekah. Itu ujian ketahanan yang saya sendiri tak tahu dapat dari mana. Saya main buat ikut suka saya je. Setakat ni ujian semua Alhamdulillah. Kalau ada ujian lain, bagitahu saya ya.

3 comments:
walaupun ramai adik2 yg boleh disuruh, saya lebih suka gosok sendiri..;)
wah!bagusnya info...akak antara org yg sewaktu ngan el...benci betul gosok baju ni..sebelum kawin akak mmg reject polis atau tentera...penah berangan nak kawin ngan penoreh atau org keje sendiri sebab x nak gosok baju diorang..tapi dah jodoh..akhirnya kwn jugak ngan org kerajaan...tapi ok la sikit...janji yg x pakai uniform...tapi akak pesan ngan hubby,beli kemeja yang x susah nak gosok...skrg ni akak paksa anak2 gosok baju sek.sendiri..x kira sek ren.pun...kejamnya akak!!
Lan: Jangan. Jangan suruh adik adik buat kerja kita. Diorang akan lebih respek kita. Trust me.
Kak Hai: Oh tidak...nak gosok celoreng, bagi sejuta pun saya taknak. Tengok abah saya gosok semua baju baju askar dia tu, saya rasa memang cerewet tu turun kat saya agaknya. Abah takkan suruh mak gosok sbb dia takut tak ikut spesifikasi dia dan spesifikasi yang askar dah tetapkan. Tu baru askar wataniah. Wataniah pun kena follow macam askar tetap. Baju ada nombor bagai. Baju kena kanji. Sekali kanji, habis anak beranak kena tolong. Masa time saya kecik, memang mak gosok baju. Time adik adik saya, diorang kena gosok sendiri hiksss...nasiblah kan.
Post a Comment