Tuesday, 27 July 2010

Banci Bukan Benci

Dah kena banci? Dah terlibat dengan banci? Dah ada orang datang rumah buat bancian? Ishhh…saya tak tau lah macam mana nak buat ayat tanya pasal banci ni. Kira fahamlah ye. Saya dah. Saya ingat saya dah tak termasuk dalam statistik jumlah penduduk kat Malaysia ni. Rupanya sempat lagi.

12 Julai 2010. Malam tu, lebih kurang jam 8.40 malam, gril pintu saya digegar berkali-kali. Saya tengah baring atas sofa sambil tengok tv, tak terus mengintai melalui cermin kecil kat pintu tu, tapi saya terus lari masuk bilik. Cari tudung. Tak tahu yang kat luar tu lelaki ke perempuan.

Sebelum buka, saya intai dulu melalui cermin kecil. Perempuan. Siapa ye? Saya buka pintu perlahan. Dia kenalkan diri. Laaa…si Suzana rupanya. Ingatkan tak datang dah sebab surat yang dia tinggalkan kat saya berbunyi lebih kurang begini:

Akak, saya datang ketuk pintu rumah akak dah 2 kali. Penat saya bergayut kat gril akak ni. Akak tak kesian kat saya ke? Setiap kali saya datang waktu siang, waktu kerja. Saya ingat akak ada kat rumah. Hari ni, 12 Julai 2010, jam 2:00 petang, kali ketiga saya datang rumah akak. Saya akan gegar gril pintu rumah akak lagi pagi ni jam 8:00 pagi, hari ini, 12 Julai 2010.


Inilah surat yang saya anggap "surat-cinta-dari-negara-dia-sendiri" dari Suzana. Sorry ye Suzana. Glamer awak kejap. Mana tau kot-kot bertambah jualan unit trust Etiqa awak, insyaAllah. Amin.


Bila sampai tang tarikh dan masa yang dia tulis tu, saya besarkan mata saya. Saya bimbang kalau saya salah nampak. Nampaknya Natberry tak membantulah kalau saya salah nampak. Saya baca lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Ok, give up. Macam budak tadika pulak kena eja bagai.

Selepas saya dah faham, ada riak kecewa di wajah saya walaupun saya tak nampak muka saya sendiri. Hmm....terlepaslah banci kali ni. Nak jugak tahu macam mana rupanya soalan-soalannya, apa reaksi yang akan saya bagi. Kenapa si Suzana tak tinggalkan questionnaires tu kat saya? Kalau tak, boleh saya isi dan tinggalkan depan pintu. Dia datang ambil je nanti. Isk…isk…isk…

Akhirnya si Suzana sampai juga ketika jam menunjukkan “jam 8:00 pagi waktu negara dia". Amboiii…macam nak runtuh pintu saya. Awak datang siang memanglah tak ada orang. Saya kerja. Tak ada orang kat rumah ni. Saya tinggal sorang. Maaf la kak ketuk kuat-kuat tadi. Saya ingat ada abang ke kat rumah (abang? hoh!!!) Sorry kak, saya sampai lambat sikit. Terpaksa datang jugak sebab blok ni tinggal akak sorang je yang belum lagi. Nasib baik dik, akak dah nak bersiap sedia bangun dari sofa ni nak solat isya’ lepas tu tidur. Kejap je ni kak..saya tanya akak jawab je eh.

Bla bla bla….ada mesin basuh..bla bla bla..ada kamera digital…bla bla bla…gaji berapa…bla bla bla…belajar sampai tahap mana…(beberapa soalan yang saya ingat off-hand)

Bila ingat balik, kelakarlah awak ni Suzana. Akak ingat nak jawab main-main je. Bukannya awak tahu pun kan? Hehehe. Tapi akak kesian sangat kat awak. Mesti penat lepas balik kerja kena pergi buat bancian pulak. Lepas tu dapat pulak responden yang tumbuh tanduk macam akak ni.

Ada hikmahnya jugak si comel tu tak tinggalkan questionnaires tu kat saya. Kalau harapkan saya yang isi, mahu lepas raya haji tahun depan baru siap.

No comments: