Wednesday, 31 December 2008

Detektif Indigo

Saya baru habis baca Detektif Indigo karya Faisal Tehrani. Novel ni terbit dah lama. Tapi saya baru beli dan baca. Saya membaca novel tidak mengikut baru atau lama novel itu tapi ikut mood dan perubahan yang saya perlukan.

Novel pertama Faisal Tehrani yang saya baca adalah Advencer Si Peniup Ney pada tahun 2005. Pertama kali membaca tulisannya adalah sebuah cerpen di dalam Majalah Dewan Siswa tapi saya dah lupa tajuknya (tanda dah tua nih). Saya selalu baca Dewan Siswa ketika di sekolah menengah. Ketika Kak Ita mengunjukkan saya Advencer Si Peniup Ney saya rasa cuak. Saya bimbang saya tak mampu baca. Saya bimbang saya tak faham kerana karya Faisal Tehrani penuh dengan simbolik yang memerlukan otak bekerja keras untuk memahami.

Demi mencabar diri saya sendiri yang dah selalu sangat baca novel berkisarkan cinta, (mostly novel menggunakan perkataan "cinta" sebagai tajuk novel. diulangi, mostly. tidak semua) saya bersetuju untuk baca Advencer Si Peniup Ney. Sudah saya jangka. Saya bekerja keras mengaktifkan segala urat saraf di dalam otak saya untuk memahami setiap plot-plot. Diikutkan hati memang saya surrender tapi saya nak cabar diri saya untuk faham bahasa-bahasa dan makna-makna yang digunakan oleh Faisal Tehrani. Saya berjaya menghabiskan dan tersenyum puas kerana sedikit sebanyak saya memahami jalan cerita dengan cara saya yang tersendiri. Novel itu, dalam serius ada jenakanya kerana ada bahagian yang buat saya senyum dan ketawa.

Begitu juga dengan Detektif Indigo. Siapa Detektif Indigo? Remaja yang berIQ tinggi melebihi 120. Kenapa dengan mereka? Ketinggian IQ mereka digunakan untuk membantu pihak polis menyelesaikan kes-kes yang adakalanya orang dewasa merasakan remaja tidak layak untuk turut serta menyelesaikannya. Namun guru-guru di Maktab Rendah Remaja Indigo amat yakin dengan kebolehan anak-anak murid mereka. Ada 6 watak remaja di dalam novel ini. Mereka ini tidak putus asa membuktikan kebolehan mereka yang akhirnya menaikkan taraf remaja. Mereka bukan remaja biasa. Remaja ini menggunakan kebolehan dan anugerah yang dikurniakan Allah berteraskan iman dan taqwa. Mereka bukan sebarang remaja. Mereka menunjukkan bahawa remaja juga boleh menyatupadukan ummah yang ada. Cheng-Chung, remaja yang berIQ 357 adalah seorang al-hafiz. Faruk seorang yang serba serbi tau (macam adik Alisya dalam iklan Astro tu) telah digelarkan "Si Tahukah Anda" membuatkan saya tergelak sekali sekala dengan kerenah dia.

Dalam novel ini letupan di sebuah pasaraya yang disangkakan dilakukan oleh 2 orang tenaga pengajar Maktab Rendah Remaja Indigo (Ustaz Azharee & Cikgu Nordin), sebenarnya telah dilakukan oleh seorang bekas pekerja pasaraya tersebut yang tidak puas hati dengan bekas majikannya. Kerana dendam, dia telah membuat percubaan membakar pasaraya tersebut. 2 orang tenaga pengajar tersebut yang kebetulan berada di situ di tahan atas alasan mereka cuba melakukan keganasan.

Dapat saya simpulkan untuk menjadi seorang yang 'besar' tidak semestinya kita hanya belajar ilmu sekular. Ilmu agama juga menjadikan nilai tambah kepada diri seseorang itu. Siapa yang tak kagum. Novel ini juga menggabungkan remaja Islam yang tidak mengira warna kulit dan negara. Bermakna dalam apa jua keadaan sekalipun, asal kita bersatu, Islam itu pasti teguh. Novel ini juga menceritakan bahawa setiap kes yang berlaku yang melibatkan keganasan, tolonglah dikaji sedalam-dalamnya. Ini kerana bukan semua kes yang berlaku dilakukan oleh orang Islam. Memperbetulkan perception sejagat yang keganasan itu janganlah selalu dikaitkan dengan agama (dibaca: Islam).

Kalau diikutkan saya memang tidak faham dengan novel ini tapi setelah saya fikir secara halus saya faham dengan cara saya sendiri. Agama saya - selalu disalahtafsir.

Betulkan saya andainya ada fakta yang saya taip ni salah.

Monday, 29 December 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430

Saya tak pernah ada azam tahun baru. Tak kiralah tahun baru Hijrah atau Masehi (tu sebab agaknya hidup saya agak stagnant). Saya bimbang saya tak dapat capai azam tu. Sama ada dengan sengaja atau sambil lewa. Saya rasa bersalah dengan diri sendiri. Haa...mulalah nak tertekan (tu pun hang nak tertekan).

Berbeza dengan tahun hijrah kali ni. Selalunya sehari sebelum masuknya tahun baru saya buat dek je. Tapi tahun ni tiba-tiba datang semangat baru. Saya nak berazam untuk tahun hijrah yang ini. Saya dah tanamkan tekad. Saya dah mulakan sikit-sikit beberapa minggu yang lepas. Tinggal lagi saya perlu istiqomah. Untuk berubah ke arah yang lebih baik, kita perlu kuat. Kuat dari segala segi. Saya cabar diri saya untuk ini. Saya juga berdoa pada Allah agar saya sentiasa kuat demi menambah amal dan menegakkan agama yang amat saya sayangi.

Setiap kali saya menghadap-Nya di sepertiga malam, tiap kali itulah sebak hati ini mengenangkan betapa jauhnya lagi saya dengan-Nya. Setiap kali itulah saya rasakan saya sangat kerdil. Setiap kali itulah saya rasakan saya sangat degil. Setiap kali itulah saya rasa amat malu meminta-minta sedangkan permintaan-Nya yang sunat-sunat jarang saya tunaikan. Setiap kali itu juga saya teringatkan bahawa Dia lebih suka hamba-Nya meminta daripada tidak. Ini kerana yang tak meminta tu adalah hamba yang ego. Apa yang Dia tak dapat beri pada kita? Semua Dia boleh bagi. Tapi kita? Apa yang kita boleh bagi pada-Nya pun kita sia-siakan. Susah sangat agaknya untuk saya laksanakan yang sunat-sunat tu. Itu saya sendirian sekarang. Andaikata saya dah beranak pinak nanti macam mana?

Saya sangat kagum dengan seseorang yang sangat rajin bangun di tengah malam sejak 3, 4 tahun lepas. Saya sungguh tak percaya dia boleh melakukannya dengan semangat yang kuat. Saya kagum. Hanya setakat kagum? Kenapa masa saya tengok dia bertahajjud, saya tidak terus berwuduk mengikutinya? Tidur lebih menggembirakan saya kan. Dia mencari majlis-majlis ilmu demi memenuhi masa lapangnya yang semakin di makan hari. Dia jumpa. Mulai saat itu, saya lakukan apa saja permintaannya agar dia dapat menghadiri mana-mana majlis ilmu yang dia suka. Dia minta saya babysit Alya, saya tunaikan. Dia minta saya belikan Al-Quran baru, saya belikan. Dia minta beg supaya mudah dia ke sana ke mari dengan telekung dan Al-Quran, saya dapatkan. Dia menjadi salah seorang idola saya.

Saya mengajak anda semua di luar sana, bermulalah bersama saya untuk melaksanakan tuntutan di sepertiga malam yang sunat di samping memperbaikelokkan lagi yang wajib. Kita boleh sebenarnya. Ingatkan saya jika saya terlalai. Tanya saya jika saya ada melaksanakan. Supaya saya terus istiqomah.

Ilalliqoq.

Wednesday, 24 December 2008

Deerland & Elephant Sanctuary

Entri ni sepatutnya saya telah lama post tapi baru beberapa hari lepas saya dapat upload semua gambar.

Terletak di dalam negeri kelahiran saya, Pahang. Kami charter bas. Berkumpul di MSC. Have to bring our own packed food as kat sana takde cafe atau restoran yang khas jual food. Kalau ada pun hanya gerai kecik sebuah.

Deerland
Ada beruang madu yang tak sempat nak diambik gambar sebab bateri kamera habis. Alasan yang klise. Alya diletakkan susu manis di atas tapak tangannya dan bagi beruang tu jilat susu tu. You know what she said? "Lembut la lidah dia maklong!". Aduhai...mestilah lembut. Kalau tak lembut atau tajam, mestilah penjaga beruang tu tak kasi beruang tu jilat susu atas tapak tangan kita. Alya berani-berani takut masa nak buat tu. Suruh saya? Hmmm....suruh saya sampai menangis pun saya takkan buat. Penakut. Taknak langsung cuba pengalaman baru.

Elephant Sanctuary
Kat sini saya sempat bertanyakan kepada salah seorang penjaga gajah-gajah tu bahasa apa yang diorang gunakan bila berinteraksi dengan gajah-gajah tu sebabnya bila saya teliti setiap perkataan yang diorang gunakan, saya tak faham. Diorang cakap, diorang gunakan bahasa Myanmar. Hanya ada seekor je diorang gunakan bahasa Melayu sebab mereka telah berinteraksi dengan gajah tu dengan bahasa Melayu sejak kecik.

As the photos will speak for themselves, so enjoy all!

Alya & anak Kak Suhai.

Platform untuk adults merasa menunggang gajah.

All of us.

Di sini, di Deerland, tidak dibenarkan menipu haiwan ini. Contoh: Jangan acah-acah suakan makanan pada haiwan ini.

Sebelum masuk ke Deerland, kami diberi taklimat oleh tuan tanah.

Entrance of Deerland.



Dekat Deerland ni bukan setakat ada rusa-rusa, tapi beberapa jenis haiwan lagi. Ni merak.

Yang ni, sampai hari ni saya tak tau apa nama dia. Haiwan ni berduri.
Flying squirrel.

Entrance of Elephant Sanctuary.


Sesi bergambar dengan gajah dekat-dekat. Muka masing-masing macam tak takut je tapi sebelum snap gambar ni, masing-masing bertolak-tolak suruh pergi dulu. Siap lari-lari termasuk la yang menulis ni.

Mandi bersama gajah. Kebetulan air baru je naik. So, adults je yang boleh mandi dengan gajah. Budak-budak tak boleh.


Sesi menunggang gajah. Ni bahagian kanak-kanak. Separate from adults because the size of the elephants and platforms were also different from kids.

Tuesday, 23 December 2008

Workstation

Saya sangat rindu dengan workstation saya yang satu ini yang telah saya tinggalkan hampir 3 tahun yang lalu. Jodoh saya dengan majikan lama tidak sampai ke akhir hayat. Cuma bertahan selama 7 tahun. Dan saya terpaksa ucap selamat tinggal kepada workstation saya yang paling saya sayangi. Selepas pemergian saya, workstation saya ini direbut rakan-rakan sepejabat kerana tempatnya yang strategik.

Bagi saya workstation amat penting dari banyak segi. Selain daripada digunakan untuk buat kerja (of course la untuk buat kerja kan, takkan untuk jual ikan pulak kan), ia juga tempat di mana masa kita paling banyak habis di sini. Dengan itu, workstation harus kemas, sedap mata memandang dan bersih.

Kemas
Ni masalah jugak kadangkalanya. Sebabnya kalau orang nampak workstation kita kemas, orang ingat kita takde kerja pulak. Diorang mulalah lancarkan serangan email bertubi-tubi. Kadang-kadang pening kepala bukan sebab kerja banyak tapi sebab terlalu banyak email.

Sedap Mata Memandang
Ini subjektif. Bagi saya sedap mata memandang adalah terletak macam mana menyusunatur dan menghias workstation kita. Bukan setakat dipenuhi dengan fail dan kertas, tetapi dengan pelbagai barang-barang yang berwarna-warni sesuai dengan sifat seseorang. Bab ni yang paling saya suka. Barang-barang tu tak perlu saya beli. Semuanya pemberian kawan-kawan. Yang saya kurang suka ialah, bila saya nak resign, barang-barang ni lebih banyak daripada fail yang perlu saya bawak balik....isskkk.

Bersih
Tiada kompromi untuk ini. Saya tak boleh buat kerja kalau workstation saya kotor walaupun serpihan getah pemadam. Saya akan mula rasa tension. Nasib baiklah setiap pagi Mas akan lap workstation saya dan segala barang-barang diatasnya sehinggakan setiap hari juga saya perlu mencari semula station radio yang saya dengar setiap hari.

Workstation yang baru? Saya suka jugak workstation ni tapi tempatnya kurang strategik. Bukan kurang strategik apa, cuma workstation bos dibelakang saya. Apa yang sedang saya lakukan di PC saya jelas boleh dilihat dari belakang. But who cares rite? Kita bukannya tak buat kerja. Kalau kita tak salah, kita tak perlu takut kan. Workstation ni baru berusia beberapa bulan berbanding dengan workstation yang kat atas tu dah berusia 7 tahun. Just imagine how it looks like 7 years down the road *wink*

Monday, 22 December 2008

Beraya Di Negara Orang?

Waktu balik tadi saya ternampak pasangan mat dan minah saleh berhampiran 7-E. Terdetik di dalam hati saya: “Dah nak krismas ni. Diorang tak balik beraya ke? Agaknya nak merasa beraya di negara orang kot.”

Tiba-tiba saya berdialog dengan diri sendiri:

Saya: Apa kata suatu hari nanti saya pun nak cuba beraya di negara orang. Tapi di mana ya? Indonesia? Brunei? Australia?
Suara hati saya: Nak raya dengan siapa kat sana?
Saya: Sorang lah. Dengan siapa lagi.
Suara hati saya: Ada ke rasa kemeriahannya nanti?
Saya: Ada kot tapi tak sama la dengan beraya di negara sendiri. Tapi kalau beraya di negara sendiri tapi tak beraya dengan keluarga, apa bezanya dengan beraya di negara sendiri atau di Negara orang, kan? Just to add colours to our life. Bukan nak lari dari tradisi.

Saya menang ke dalam dialog tu? Hehehe. Ini bukan soal menang atau kalah. Ini soal colours of life. Lagipun bukan tiap-tiap tahun kita beraya di rantau dengan sengaja. Pada pendapat saya memohon maaf dengan ibu bapa bukan setakat dibuat semasa hari raya je. Hari tak raya pun sangat penting memohon maaf dengan ibu bapa kerana kita tak tau selama mana kita diberi Allah nyawa. Dibuatnya Allah ambil balik hak-Nya sebelum hari raya yang berikutnya, macam mana dengan maaf kita dan salah silap kita dengan ibu bapa?
Ada orang boleh terima beraya di negara orang. Ada orang tak boleh pecah tradisi tu. Saya?

Sunday, 21 December 2008

Mulanya Di Sini

Saya berniat untuk mengalihkan blog kesayangan saya ke sini tahun hijrah depan (walaupun blog tu entah apa-apa yang saya semakkan sebab saya menulis blog tu ketika saya masih berhingus lagi). Beberapa hari je lagi tahun hijrah akan berubah angka. Tapi saya bimbang apa yang saya rancang tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu. Maka saya paksa jari-jari saya bekerja seringkas mungkin. Saya sangat sayangkan blog tu sebab satu per sejuta perjalanan hidup saya, telah saya lorekkan di sana walaupun kisahnya tak banyak, tak menarik dan not adding colours to my life much. Tapi saya perlukan perubahan, pembaharuan. Akhirnya, saya 'beranakkan' yang ini.

Saya tak tau berapa ramai yang setuju, menulis blog yang menarik, baik dan berkualiti memerlukan komitmen yang tinggi. Saya salah seorang yang tiada yang satu itu. Selalunya kita banyak benda nak tulis, tapi penyakit malas mengekang. Kadang-kadang kita bersemangat nak tulis kerana banyak cerita tapi masa tu jugaklah idea untuk memulakan tumpul. Hampir tidak ada perkataan-perkataan yang sesuai yang boleh disusun untuk dijadikan ayat-ayat.

Kononnya ni dikira semacam disclaimerlah andainya suatu hari nanti kalendar mingguan atau bulanan di dalam blog saya ni ada yang lompang. Siapalah yang nak peduli, ye tak. Blog kita, kita kena ambil endah. Tiada siapa akan ambil endah pasal diri kita atau apa-apa saja disekeliling kita melainkan kita sendiri. Dengan itu, tekadkan dalam hati hari ini bahawa di sini, mulanya di sini, endahkan semua komitmen yang kita sendiri cipta sama ada kita sedar ataupun tidak. Semoga saya istiqomah di sini.