Monday, 24 August 2009

Cerita Dongeng

Tahun ni adalah tahun ke-4 saya tidak tinggal sebumbung dengan mak. Walau tak sebumbung tapi kami selangit. Mak duduk sebelah taman je dengan saya. Jangan tanya sekarang ye kenapa saya tak duduk dengan mak. Kalau saya cerita nanti tak cukup kertas kajang pulak macam la taip atas kertas. Secara amnya saya perlukan kemudahan pengangkutan awam. Jadi, saya cari rumah yang dekat dengan pengangkutan awam kesayangan, LRT. Ok chop. Ni bukan nak cerita pasal LRT ye. Sila bersandar semula. Khusyuk sungguh membaca.

Dulu kalau duduk dengan mak, saya memang TAK PERNAH pergi pasar ramadan, TAK PERNAH masak untuk berbuka apalagi sahur. TAK PERNAH makan lauk beli di pasar ramadan. Betapa saya manjakan diri dengan masakan mak sebenarnya saya memang pemalas. Kadang-kadang tu bukan taknak masak, tapi bila masuk dapur, mak akan cakap; "eh...pegi la sana. sempit la". Mak, kakak tau la kakak ni macam gajah....hehehehe.

Bila dah berjauhan dari mak, nak tak nak saya kena masak. Saya kena belajar masak. Inilah peluangnya untuk saya masak ikut suka saya. Makanan yang masuk tu pun terus je masuk dalam perut saya. Saya tak perlu fikir sedap atau tidak kalau makanan tu masuk dalam perut orang lain sebab saya makan sorang. Tapi takkanlah selama-lamanya nak makan sorang. Wajib ajak kawan-kawan serumah makan juga. Sejak tu, saya belajar perbaiki setiap kelemahan yang ada. Tengoklah resepi kat mana-mana. Atau pun putar kembali mesin masa semasa saya selalu tengok mak masak dulu bertuah punya budak, dia bukan tolong masak, dia tolong tengok je. Atau pun kalau makan kat mana-mana kedai, saya cuba teka dan rasa apa bahan yang dibubuh dalam makanan tu. Jadi, mula la saya mereka-reka resepi sendiri.

Sekarang ni, kalau tak masak sehari macam ada yang tak kena kadang-kadang tu timbul jugak penyakit malasitosis tu. Kalau balik rumah mak, nak duduk saja tu rasa macam ada kekurangan. Kadang-kadang tu ada perasaan lemah longlai bila mak telefon suruh balik buka puasa kat rumah. Sampai macam tu sekali. Sebab apa tau? Sebab petang tu tak merasa nak masak. Padahal dalam kepala dah susun dah strategi nak masak apa, proses-prosesnya dan susun aturnya sekali. Contoh macam, apa nak kena buat dulu. Masak nasi dulu ke atau terus masak lauk. Ok, masak nasi dulu sebab masak nasi kat hujung jari je, lepas tu boleh tinggal dan buat kerja lain. Dibuatnya leka masak lauk, tiba-tiba terlupa yang nasi belum masak, haaaa....tak ke nganga kak long makan lauk je masa berbuka sementara nak tunggu nasi masak. Mahu minum sekali dengan airmata hahahaha!!!! Kronik sungguh.

Saya bersyukur sebab baru sekarang saya nampak hikmahnya bila tinggal berjauhan dengan mak. Kalau tak macam tu, saya rasa saya cuma pandai masak dengan mata atau jari telunjuk je kot. Sebabnya bila mak masak, saya akan duduk kat tangga tengok dia masak (sebab tangga nak naik atas berdekatan dengan dapur). Jadi, masak dengan mata je la bukan guna tangan ni sendiri. Dengan jari telunjuk pula, bila saya perlu keluarkan kertas berkepala Agong di pasar ramadan.

Sejak tak tinggal dengan mak, bohong kalau saya katakan saya tak pernah beli. Terutama tahun lepas. Boleh dikatakan kebanyakannya adalah lauk beli. Alhamdulillah, tahun ni sejak mula puasa saya belum pernah lagi beli lauk. Malah saya belum pernah beli apa-apa sebab saya belum pernah ke pasar ramadan sejak mula puasa hari tu. Tak taulah esok lusa kan. Selagi peti ais Aishah penuh dengan barang basah, ke pasar ramadan adalah penyelesaian terakhir saya.

Sekarang ni pun bukanlah pandai masak sangat tapi setakat nak makan tu belum la lagi kebulur. Saya tahu apa nikmatnya bila kita balik rumah semua dah masak sebab saya pernah merasanya berpuluh-puluh tahun dulu. Dan saya tahu juga betapa leganya bila kita dah sampai rumah kita tak perlu masak sebab dalam tangan kita ada berplastik-plastik makanan yang kita beli. Kalaulah saya buat macam tu setiap hari, sampai bila saya akan pandai masak? Tolak ke tepi sedap atau tidak tetapi kesungguhan membuatkan semuanya menjadi.

Semua ini akan jadi kenyataan bila saya tahu bagaimana mengatur masa. Dan yang paling penting, SAYA MAHU.

Nota EoP: Terasa macam nak pergi pasar ramadan je petang ni....ahakssss!!! Cerita macam bagus!!!!!

Friday, 21 August 2009

Temerloh...Here I Come!

Baju basahan - siap
Baju tidur - siap
Jubah - siap
Tudung - siap
Tuala - siap
Toileteries - siap
Inner - siap
Novel - siap
Al-Ma'thurat - siap
Charger - siap
Telekung - errrr...........

Hahhhh??? Telekung? Telekung mana nak bawak ni? Yang kat rumah punya ke? Yang kat ofis punya? Yang spare punya? Yang selalu dalam handbag? Kena bawak satu sebab tak boleh pakai orang lain punya. Orang lain punya, kain dia mesti singkat sebab yang nak pakai ni orang dia panjang menggalah...hik hik hik....

Moga tahun ni dapat berimamkan Pakcek masa tarawikh. Makcek kata tahun ni Pakcek sorang je jadi imam. Tahun lepas bergilir dengan imam lain. Wahh...rasa macam best je dapat bersahur dan berbuka kat KAMPUNG.

Doakan saya selamat sampai ye....

Temerloh, here I come!!!!!!!!!!!!!!!

Rezeki Kami

Takde la selalu sangat makan kat situ. Tapi kalau teringin nak makan breakfast nasi lemak, biasanya pergi kat situ. Gerai dia dekat dengan Wangsa Melawati, tepi simpang jalan dekat dengan traffic light.

Hari ni gerai dia lebih ramai orang berbanding selalu. Selalunya bayar dulu baru makan. Sampai kat meja nak bayar, dia suruh makan dulu pulak. Pelik ni. Saya tengok cash register dia pun takde. Kena curi ke?

Saya terdengar orang meja hujung sana cakap "terima kasih". Kenapa pulak? Oh...saudara dia agaknya.

Dah habis makan, masa nak bayar tu saya panggil salah sorang pekerja dia; "Dik, tolong kira". Eh...dia buat selamba dek je. Pandang-pandang kita pulak. Saya cakap; "Eh...kira la. Takkan free kot". Rupanya ada orang lain yang memang khas tukang kira.

Dia datang; "Ye kak, nak kira ye. Saya duduk sebelah ye. Makan apa tadi?".
Kebetulan ada sebuah kerusi kosong kat meja kami.

Dia kira depan saya atas kertas kecil warna kuning. Saya tengok lain macam je dia tulis. Eh...apa benda dia tulis ni?

"S.E.M.U.A.P.E.R.C.U.M.A"

Haaaaaaaaaa?????? Patutlah lain macam benar cara nak mengiranya. Oh...orang yang meja sebelah tadi cakap "terima kasih" tu sebab SEMUA PERCUMA la ye. Bukan saudara. Hikssss....malu ai. Amboiii....bukan main lagi lakonan. Best actor. Saya siap tanya; "Kiranya cash register takde kat situ tu, nak buat gimik ke?".

Dia jawab; "Tak. Tuan punya kedai suruh bagitau makan hari ni SEMUA PERCUMA untuk semua orang".

Alhamdulillah. Semoga murah rezeki tuan punya gerai serta pekerja-pekerjanya.

p/s: lupa nak mintak kat dia kertas kuning yang dia tulis "SEMUA PERCUMA" tu.

p/s II: bos saya cakap; "kalau tau tadi, ambik rendang ayam, rendang kerang, bla bla bla". Amboiiiii.........hehehe

Semalam

Semalam sms mak. Dah lewat malam juga. Takut ganggu mak kalau dia dah tidur. Jadi, sms je. Terpulanglah pada dia bila dia nak balas.

Sms saya -
"Salam mak. Mak, sempena nak puasa ni, kakak minta maaf kalau ada salah silap. Halalkan semua makan minum. Selamat berpuasa".

"Maaf diberi maaf dipinta. Terima kasih segala-galanya. Amin".

Whoaaaaaaaaa.....mak aku(!) Macam pantun la pulak.


Salam Ramadhan

Gambar: ihsan internet

Buat Semua Muslimin dan Muslimat;

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Gambar: ihsan internet

Saya mohon maaf andai pernah terkasar bahasa, terlanjur bicara sama ada di sini atau di blog anda, anda dan anda.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Doakan bersama agar kita akan bertemu Ramadhan yang akan datang, Insya-Allah.

Thursday, 20 August 2009

Sekolah Ke Tak?

Agaknya diorang ni tak perasan kot polis trafik dok tercegat kat tepi jalan tu. Dah berapa bulan dah polis trafik dok jaga situ pagi-pagi.

Datang teksi ni, dia sepatutnya berhenti kat Jalan Sultan Ismail tu sebab lampu merah. Kenderaan dari arah Raja Chulan sepatutnya yang jalan. Tiba-tiba dia berdesup je nak berhenti kat taxi stand depan Bangunan Cosway. Betul-betul depan polis trafik tu. Polis trafik tu pun apa lagi............

"Ni sekolah ke tak sekolah ni????"

Ambik engkauuuu........


Benjy & Kola

Hari tu dia ni takde. Papa Alya baru beli dia. Nak kawankan dia dengan Benjy. Papa Alya kata muka dia ni macam koala bear...tu yang dia pergi Jabatan Pendaftaran Negara, dia daftarkan nama si kecik ni Kola.


Wohhh....macam kotor tak mandi. Harap mata je hijau. Errrr...tapi memang kaler bulu dia camtu walaupun baru lepas mandi <----- ayat disclaimer


Wehhh....tadi hijau mata dia. Sekarang kuning pulak. Macam sumpah-sumpah pulak mata awak ni Benjy.


Oren pulak mata. Memang sah la awak ni.......

Wednesday, 19 August 2009

Pakai Lagi....

Si McNa sibuk nak pakai mask waktu balik semalam.
Kononnya sebab kami naik lrt.
Tempat crowded.
Jenuh dia pakai, betulkan, bukak balik, pakai balik.
Lepas tu betulkan tudung pulak.
Tiba-tiba:

McNa: Macam mana ni Is. Aku tak boleh bernafas ni!!!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hahahaha!!!! Pakai lagi.
Bukannya dia tutup mulut dan hidung.
Dia tutup dagu pulak.
Aku dah kata, tempat lembab memang tempat paling sesuai untuk virus membiak.
Ko baca bawah ni.
Ko kan degil, macam aku jugak(!)



THE BEST WAY OF STAYING OUT OF H1N1 TROUBLE

RECENTLY, I saw photos in newspapers showing people wearing "surgical masks" at shopping malls, schools, mamak stalls and other public areas. I have even noticed people wearing them out in the open with no one around. Because of this, I would like to explain why the mask may do more harm than good.

The H1N1 virus is not airborne. To be considered an airborne virus, the microorganism would have to survive or remain in the air for long periods of time. The H1N1 virus does not stay airborne.

I have noticed many people wearing masks in crowded places. However, places like airports, shopping malls and schools are full of germs and bacteria. If a small amount of bacteria gets into a hole in the mask, you will provide a breeding ground for the bacteria, which may lead to an illness or infection. The moisture you produce in your mask is perfect for bacteria and viruses, and may be a recipe for disaster.

The way to prevent exposure to H1N1 virus is to avoid physical contact with people who may be sick or infected. Also avoid commonly touched surfaces like escalator railings, poles and public toilet doorknobs.

The H1N1 virus usually spreads when someone touches surfaces with the bacteria and then touches his own nose, eyes or mouth. Washing your hands frequently is the best defense against exposure.. And yes, the virus may travel from point A to point B in the air. But it will drop, not stay airborne.

Wearing a mask is only good at helping you not to spread your illness to others if you are infected.

Source: NST - Letter to Editor on August 7, '09 by Kiang Jau Sang Malacca

Tuesday, 18 August 2009

Triang

dulu-dulu orang bagi cincin je...tu pun belah rotan...sekarang ni gelang la, rantai la, serba berduduk la, serba meniarap la....eh, ada ke orang bagi rantai kaki? Kalau nak pakai masa ni macam mana eh? Kena lunjur kaki ke? Mak mentua ada tak masa tu?

haaa....camtu la, bagi cincin. benda-benda lain tu takyah...bazir je. Duit tu bule guna untuk lepas kahwin.

mak pengantin posing ala-ala mandur

Woooo....bergantungan menunggu giliran untuk dikualikan dan diperiukkan sambil bersembang sesama sendiri: "eh kaki kanan belah belakang, makcik-makcik ni semua asyik bergossip je. bila nak turun kita ni. lenguh dah terjuntai je gini"

teringat hantaran orang zaman dulu-dulu<----terasa tua ngat cakap gini

sape la ambik gambar gini ni...sampai teleng-teleng kepala orang nak nengoknya


Woooo.......kena kerat 18

macam terowong Genting Sempah pulak gayanya

Pepalih....payoh ngat nok nyucinya

Aiiii...belum masuk periuk lagi ke awok ni???

jaga-jaga....dah la tinggai kaki saje.....kang lari pulok kaki ni

Sunday, 16 August 2009

Ayam Masak Garam

Hari ni saya kena babysit Alya sebab papa dia ada kerja. Dia tengah main game di komputer semasa saya memasak tengahari tadi. Entah apa masalahnya dengan komputer tu, dia call papa dia nak bagitahu dan cara nak fix. Dalam perbualan dia dengan papa dia, saya terdengar dia cakap; "maklong masak AYAM MASAK GARAM".-
-
-

-

-

-

-
-

-

-

Ayam masak garam = Ayam goreng kunyit.

Hahaha!!!!....hai lah anak......



ayam goreng kunyit
Credit to Flickr.com

Titiwangsa ke Setiawangsa?

masuk la...pintu tak berkunci


ala-ala taman kat obesi gitu




kamera takut dengan dia....tu pasal kamera tu dok jauh


istana budaya ke perpustakaan negara tu? errr...saya bukan orang kolumpo. saya orang lepih <----ayat tak ngaku dibesarkan di kolumpo


kena pegang pokok ni...kalau tidak kang tumbang


1, 2, 3...sila bergaya skema


lambat betul la kamera ni nak klik....penat sengih ni


merenung masa depan yang ada dalam tasik


'bersihnya' air....


siap kau...aku datang nak menyelamatkan bumi


macam kotor je tasik ni...ke memang macam tu? ke?

Saturday, 15 August 2009

Kelang

Wohhh....senyum-senyum. Habiskan belajar tu dulu....

Macam tanglung

Hijau - dari pihak perempuan

Gold - Dari pihak lelaki

Eh...berapa harga cincin tu? <-------soalan bz bodi

Pelamin angan mereka.....

Susun ye adik-adik....

Belum habis susun? Apa ke lembabnya korang ni....


Good Life Starts Only When You Stop Wanting A Better One

This was forwarded by a friend of mine through email. Treasure it here as one of the precious pieces. 3rd paragraph kinda struck me.

TRUST
A very important factor for all relationships. When trust is broken, it is the end of the relationship. Lack of trust leads to suspicion, suspicion generates anger, anger causes enmity and enmity may result in separation.

NO POINTING FINGERS
If we forgive the others, others will ignore our mistake too.

CREATING A PERFECT RELATIONSHIPS?
There is a saying that a perfect match can only be found between a blind wife and a deaf husband, because the blind wife cannot see the faults of the husband and the deaf husband cannot hear the nagging of the wife. Many couples are blind and deaf at the courting stage and dream of perpetual perfect relationship. Unfortunately, when the excitement of love wears off, they wake up and discover that marriage is not a bed of roses. The nightmare begins.

NO OVERPOWERING
There is a Chinese saying which carries the meaning that "It is easier to reshape a mountain or a river than a person's character." It would be less painful to change ourselves and lower our expectations.

RIGHT SPEECH
A speech will either prosper or ruin a nation. Many relationships break off because of wrong speech.

PERSONAL PERCEPTION
Different people have different perception. One man's meat could be another man's poison. You can never have everyone praise you, nor will everyone condemn you. Never in the past, not at present, and never will be in the future.

BE PATIENT
People make mistakes. We are allowed to make mistakes. But the actions we take while in a rage will haunt us forever.

Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.

Friday, 14 August 2009

Lampu

Pagi tu saya tengah sibuk layan blog di rumah adik saya. Nampak mak masuk tandas nak mandi. Saya cakap kat dia, "Pencuci muka kakak ada dalam tu". Dia jawab, "Takpe, mak ada bawak ni". Saya nampak dia tak pasang lampu.

Sakan dengar dia mandi. Macamlah kat rumah dia takde shower........hehehe.

Lepas dah sudah mandi, dia keluar. Dia pasang lampu. Lepas tu dia cakap:

"Eh...apsal nak pasang lampu pulak. Mandi tak pasang lampu. Keluar baru nak pasang. Pandir betui".

Tau takpe(!)

Thursday, 13 August 2009

Independent

Budak-budak sekarang sangat beruntung. Balik dari kelas, naik lrt. Dah dekat nak sampai stesen yang diorang nak turun, call je family members suruh datang ambil. Jealous sebenarnya sebab tak ada orang nak ambik saya...ahakssss!!!

Kalau saya masa muda-muda dulu, jangan harap. Pergi sendiri, balik pun kena sendiri. Jangan nak mimpi nak ada sesiapa ambil kat stesen lrt atau stesen bas.

Walaupun abah tak percaya nak lepaskan pergi ke kelas sorang-sorang, tapi nama dia nak hantar, nak ambil, macam mengharapkan bulan jatuh ke riba. Sesekali ada la dia datang ambik.

Masa tu jenayah yang ada sekarang dah mula berleluasa.

Punya la dia tak berani nak lepaskan anak tu sorang-sorang meredah kelas kat tengah-tengah KL, waktu lunch je dia datang temankan anak ini makan. Kadang-kadang malu jugak dengan kawan-kawan sebab dah besar panjang pun berkepit dengan abah. Kejap je. Beberapa bulan lepas tu, bila abah rasa anak ini dah biasa dengan sekitar, dia tinggalkan jugak.

Bila anak ini mula kerja, dapat kerja pulak dekat jugak la dengan rumah, dia tak risau sangat. Tapi bila anak ini dapat kerja luar dari KL, kat Petaling Jaya masa tu, mula la dia risau. Tak tau pun dia risau. Bila dia cakap baru tau. Tu pun sebab tak pernah jadi apa-apa. Tu pun sebab dah dapat kerja dekat-dekat dengan rumah balik. Akhirnya dapat la dia seorang anak yang sangat independent <---- masuk lif tekan butang sendiri ni.

Mungkinkah keindependentan mati kena marah dengan DBP pakai perkataan ni tu belum benar-benar teruji kalau setakat kita masih survive di negara sendiri?

Wednesday, 12 August 2009

Teluk Cempedak

macam sarang burung merpati


sayalah bakal CEO Indah Water


tak cukuplah pasir ni nak buat kolam Indah Water 1Malaysia


sayalah tukang menjahanamkan blog Maklong saya....muahahahaha!!!


"Nurul Huda Abdullah" wanna-be


gaya ala-ala dapat tangkap jaws


istana anganku belum musnah......


kalau dulu, Maklong nampak pasir ni, mesti dia makan ni......


tepuk-tepuk...bagi dia padat...kang runtuh pulak istana Alya

Tuesday, 11 August 2009

Rooftop Rant


Ni novel ke-4 karya Hlovate yang saya baca. Saya mula baca karya Hlovate bertajuk Schubert's Serenade dalam kompilasi Gurindam Jiwa. Saya suka cara penulisan dia yang gila-gila educated. Kalau baca memang nampak macam novel remaja/early 20s (yours truly pun remaja lagi apa...ahaksss!), tapi bagi saya tidak semestinya seorang remaja/early 20s tidak mempunyai pandangan atau cerita yang bernas yang boleh dijadikan iktibar. Semua novelnya yang saya baca mempunyai pengajaran yang banyak andai kita rajin berfikir ke depan sikit. Saya dapat simpulkan Hlovate seorang yang sangat high educated.

Saya taknak review panjang-panjang novel ni. Apa yang saya nak cakap, saya jealous dengan Jade & Trisy sebab diorang dapat realisasikan impian diorang. Arrrghhhh.....tension tension. Lambat lagi ni nak capai impian sendiri. Ke macam tak nampak kat mana hujung tunnel?

Monday, 10 August 2009

Money Plant & Crystal Ball

Crystal ball saya. Ada lagi sepeket. Nasib saya masih siuman. Kalau tak, mau saya tabur semua.

Money duit plant. Ni bukan saya punya ya. Saya punya pasu leper sikit dan crystal ball saya warna-warni.


Tak tau sejak bila saya suka kat money plant. Yang saya ingat abah pernah belikan saya money plant ni. Dia suruh letak dalam bilik tidur saya. Ohhhh la abah. Yang saya tau saya pernah "ternak" pokok ni semasa saya kat ofis lama. Tak tanam dalam pasu. Letak dalam air je. Tu yang saya suka tu. Pokok ni boleh hidup kat mana-mana. Dalam air, dalam tanah, dalam rumah, luar rumah, ada matahari, takde matahari. Semua boleh. Best jadi pokok ni. Boleh di bawak ke tengah ke tepi. Masa jaga dia kat ofis lama, daun-daun dia tumbuh segar-bugar dan lebat. Officemates lain pun ada jugak pokok ni tapi tak la selebat sedebab pokok saya <---- ni diorang cakap ye, bukan saya cakap kekekeke. Mau tak lebat, setiap pagi saya akan cuci daunnya dan ganti airnya. Setiap hari, without fail(!). Tapi dah lumrah alam, yang hidup pasti mati, akhirnya pokok saya mati juga cumanya lambat sikit je daripada pokok officemates saya yang lain. Saya tau pokok saya sedang menunggu ajal bila saya mula mengesan ada bintik-bintik atas daunnya. Tak lama kemudian, daunnya berubah ke warna kuning. Saya terpaksa kuburkan secara rela dalam paksa (waahhh...ayat). Sejak tu saya tawar hati untuk menjaganya lagi sebab saya rasa sayalah penyebab kematiannya <----gila sentimental.....

Lepas tu saya bertukar company sebanyak 2 kali. Kedua-dua company ni saya tak sempat nak bela cop pokok duit ni. Di company yang ke-3 ni(kalau ikut dari mula kerja, ini company yang ke-6) saya tergerak hati untuk bela pokok ni balik tapi kali ni saya nak gunakan teknologi canggih <---canggih la sangat... Masa saya bela pokok ni beberapa tahun lepas (saya tak ingat the exact year) benda alah ni dah ada. Masa tu baru-baru keluar tapi saya takut nak guna. Takut bahaya. Entah apa bahayanya saya pun tak tau. Tapi kali ni saya nak cuba.

Semuanya bermula bila kawan saya, Dexter yang bekerja di IT Department cadangkan pada saya supaya guna crystal ball. Untuk permulaan dia offer saya sepeket. Saya tanya dia mana dia dapat. Dia kata hari tu dia beli, ada lebih. Ehhh...lelaki pun guna benda alah ni ke. Dia kata ye, dia letak money plant dalam crystal ball jugak kat atas meja dia. Wohhh....macam tak percaya je mamat ni. Tengok tegap je dan dia cute dengan lesung batu dia tu...ehhh...lesung pipit. Tengok, money plant ni macam kesukaan semua orang pulak.

Maka, dengan kadar kejakunan 360 darjah, saya pun mula isi pasu kaca saya dengan crystal ball dan money plant. Rasa macam tak cukup je sepeket, saya beli lagi 3 peket. Saya letak 2 peket dalam pasu kaca tu. Ehhh...tak kembang penuh pun crystal ball dalam pasu kaca tu. Takpe, kita tunggu dan lihat. Selepas sebulan, saya belum pernah cuci dan tukar air setiap hari macam yang pernah saya buat dulu. Saya pun, dengan kecerdikan tahap Einstein, saya tambah air sampai penuh pasu kaca.

Tak sampai setengah jam, maaaaakkkkkkkk.......jangan la melimpah wahai crystal ball. Padan muka, isi lagi banyak-banyak. Patut la crystall ball tu membesar tak sekata. Ada yang cukup kembang, ada yang comel-lote, ada yang terbantut tumbesarannya. Orang takde ilmu macam mana nak guna, bila guna macam tu la jadinya. Rupanya tak cukup air untuk mengembangkan diri. Sekali letak air, ambik kau. Tu pun ada yang tak cukup kembang lagi tu. Yang bahagian atas-atas. Tadi saya tolak-tolak yang atas tu ke bawah supaya dia kena pada air kat bawah tu dan dapat kembang sekata. Maknanya saya kena anticipate yang pasu tu akan jadi penuh sepenuh-penuhnya. Suka makcik(!)

Dah sudah misi tolak-menolak, tiba-tiba - eh....apa benda sejuk dalam lengan baju ni? Haaaa???????? Weeeiii....bila masa pulak crystal ball ni masuk dalam lengan baju ni. Eeeiii...takde tempat lain ke nak duduk...issskkkkk