Tahun ni adalah tahun ke-4 saya tidak tinggal sebumbung dengan mak. Walau tak sebumbung tapi kami selangit. Mak duduk sebelah taman je dengan saya. Jangan tanya sekarang ye kenapa saya tak duduk dengan mak. Kalau saya cerita nanti tak cukup kertas kajang pulak macam la taip atas kertas. Secara amnya saya perlukan kemudahan pengangkutan awam. Jadi, saya cari rumah yang dekat dengan pengangkutan awam kesayangan, LRT. Ok chop. Ni bukan nak cerita pasal LRT ye. Sila bersandar semula. Khusyuk sungguh membaca.
Dulu kalau duduk dengan mak, saya memang TAK PERNAH pergi pasar ramadan, TAK PERNAH masak untuk berbuka apalagi sahur. TAK PERNAH makan lauk beli di pasar ramadan. Betapa saya manjakan diri dengan masakan mak
Bila dah berjauhan dari mak, nak tak nak saya kena masak. Saya kena belajar masak. Inilah peluangnya untuk saya masak ikut suka saya. Makanan yang masuk tu pun terus je masuk dalam perut saya. Saya tak perlu fikir sedap atau tidak kalau makanan tu masuk dalam perut orang lain sebab saya makan sorang. Tapi takkanlah selama-lamanya nak makan sorang. Wajib ajak kawan-kawan serumah makan juga. Sejak tu, saya belajar perbaiki setiap kelemahan yang ada. Tengoklah resepi kat mana-mana. Atau pun putar kembali mesin masa semasa saya selalu tengok mak masak dulu
Sekarang ni, kalau tak masak sehari macam ada yang tak kena
Saya bersyukur sebab baru sekarang saya nampak hikmahnya bila tinggal berjauhan dengan mak. Kalau tak macam tu, saya rasa saya cuma pandai masak dengan mata atau jari telunjuk je kot. Sebabnya bila mak masak, saya akan duduk kat tangga tengok dia masak (sebab tangga nak naik atas berdekatan dengan dapur). Jadi, masak dengan mata je la bukan guna tangan ni sendiri. Dengan jari telunjuk pula, bila saya perlu keluarkan kertas berkepala Agong di pasar ramadan.
Sejak tak tinggal dengan mak, bohong kalau saya katakan saya tak pernah beli. Terutama tahun lepas. Boleh dikatakan kebanyakannya adalah lauk beli. Alhamdulillah, tahun ni sejak mula puasa saya belum pernah lagi beli lauk. Malah saya belum pernah beli apa-apa sebab saya belum pernah ke pasar ramadan sejak mula puasa hari tu. Tak taulah esok lusa kan. Selagi peti ais Aishah penuh dengan barang basah, ke pasar ramadan adalah penyelesaian terakhir saya.
Sekarang ni pun bukanlah pandai masak sangat tapi setakat nak makan tu belum la lagi kebulur. Saya tahu apa nikmatnya bila kita balik rumah semua dah masak sebab saya pernah merasanya berpuluh-puluh tahun dulu. Dan saya tahu juga betapa leganya bila kita dah sampai rumah kita tak perlu masak sebab dalam tangan kita ada berplastik-plastik makanan yang kita beli. Kalaulah saya buat macam tu setiap hari, sampai bila saya akan pandai masak? Tolak ke tepi sedap atau tidak tetapi kesungguhan membuatkan semuanya menjadi.
Semua ini akan jadi kenyataan bila saya tahu bagaimana mengatur masa. Dan yang paling penting, SAYA MAHU.
Nota EoP: Terasa macam nak pergi pasar ramadan je petang ni....ahakssss!!! Cerita macam bagus!!!!!

4 comments:
kalo makan sorang rasanya baik belikan??penat nak masak...lainla kalo masak megi!!
Kak Hai: Tu la masalahnya dengan saya ni kak, kalau saya sorang pun saya masak tapi portion dia sikit je lah. Contoh, kalau sotong tu, saya masak sekor je, ayam seketul je. Tu pun sebab peti ais penuh. Kalau kosong, mau saya 'kosongkan' jugak pasar ramadan tu(!)
masak campak2 je pun sedap juga, yg penting berkhasiat, takde bhn perasa..masaklah byk2, buat frozen, makan dua tiga hari, hehe..(esp. utk kes2 emergency)..
Nohas: Memang main campak-campak pun ni. Dalam masa 2 jam bolehlah siapkan gulai, sayur & agar-agar. Kalau suruh masak nasi beriani ke tomato ke, surrender hehehehe...
Nak jugak buat frozen tu...buat kuah banyak-banyak, macam-macam jenis kuah, letak dalam 2, 3 bekas, simpan dalam peti ais. Nak makan, guna satu-satu. Cumanya tak fresh sangatlah. Tu salah satu cara untuk orang bekerja. Orang tak bekerja, jangan buat macam ni ye.
Post a Comment