Monday, 3 August 2009

Kisah Semalam

Sepanjang hari setiap jam sms masuk ke dalam telefon bimbit saya semalam. Semuanya berkisar tentang meriam air dan gas pemedih mata sekitar Masjid Jamek. Kalau bukan kerana terpaksa, saya pun tidak mahu keluar rumah semalam. Sesampai di stesen lrt Wangsa Maju telinga saya dihidangkan dengan pengumuman bahawa tren tidak akan berhenti di stesen Masjid Jamek. Nasib baik saya bukan hendak turun di stesen itu (ayat tipikal orang yang pentingkan diri sendiri).

Di dalam tren pula lain ceritanya. Penumpang yang tidak mendengar pengumuman hingar-bingar bila tren tidak berhenti di stesen Masjid Jamek. Meninggi suara masing-masing tidak puas hati. Nasib baik juga sistem lrt pada hari itu tidak terganggu walaupun ada pintu tren yang rosak. Kalau tidak, stres dibuatnya. Mana bersesak dengan orang yang hendak pergi perhimpunan, mana yang hendak ke PC Fair, mana yang hendak berjalan-jalan hujung minggu dan mana yang hendak ke konsert Search (Ehh...bukan malam ke?). Penuh Kuala Lumpur dengan lautan manusia. Pening sekejap lepas keluar dari tren.

Hendak disenaraikan baik atau buruknya perhimpunan seperti itu? Pasti ramai bloggers mengisahkan hal itu sejak minggu lepas lagi <----- ayat disclaimer/ignorant. Barang-barang peniaga pasar malam Jalan TAR habis basah kena meriam air. Meriam air terkena ke arah mereka kerana orang-orang yang menyertai perhimpunan lari masuk ke dalam gerai mereka. Macam manalah meriam air tidak kejar mereka sehingga ke gerai-gerai peniaga ini. Kasihan peniaga-peniaga.

Yang menyertai perhimpunan?

p/s: Tengah tulis entry ini, ada pula yang bertanya: "Adik tak pergi ke perhimpunan semalam?". Nak jawab dengan apa ya? Ada ke yang kata jawab dengan pelempang? Tak pasal-pasal nak lempang abang yang tak bersalah tu pulak....hahahaha!!!

3 comments:

DrSam said...

pesta jalanan rakyat malaysia bertambah meriah.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

tgh sibuk kes H1N1 pn..org masih x kisah lg pg tempat yg bersesak2 kan?..mudah2 han kt dijauhi pnyakit yg berbahaya..amien

eL said...

DrSam: Harap kita tak meriahkan sama :-)

Ayong: Ntahnya diorg nih...tak reti nak takut.