Pernah atau tidak di antara kita mengalami situsi di mana orang yang cacat penglihatan datang ke arah kita bersama dengan seorang yang celik menjual satu-satu barang seperti tisu atau sticker ketika kita sedang makan terutamanya di restoran-restoran? Ada yang pernah dan ada yang tidak. Bagi yang pernah selalunya sama ada kita abaikan atau kita hulurkan beberapa keping not biru atau hijau atau merah. Ada yang hulurkan not biru atau ungu?
Kawan saya - Ros - seorang yang cacat penglihatan pernah memberitahu saya:
Ros: Kalau diorang datang kat awak, awak jangan bagi apa-apa tau.
Saya: Kenapa?
Ros: Kalau saya boleh kerja, kenapa diorang tak boleh? Awak tahu tak, pendapatan diorang beribu sebulan mengalahkan kita. Ada setengahnya yang berhenti kerja di pejabat bila dengar boleh dapat beribu-ribu. Seorang kawan saya, saya tolak lamarannya semata-mata sebab dia buat kerja itu. Saya tak suka. Itukan namanya meminta-minta. Tuhankan tak suka orang meminta-minta.
Itu keluar dari mulut seorang yang cacat penglihatan. Saya tidak mahu komen apa-apa. Ros seorang operator telefon di tempat kerja lama saya. Perbualan ini berlaku di kedai makan sekitar Medan Idaman. Ketika itu kami baru saja didatangi oleh mereka ini. Saya ke Medan Idaman bersama Ros kerana Ros mempromosikan kedai refleksologi kawan-kawannya yang juga cacat penglihatan sepertinya yang baru dibuka di situ.
Saya lupa nama kedainya tetapi kalau sesiapa yang berminat ke sana, kedai itu cuma berada di tingkat 1, atas Guardian.
p/s: Ketika saya tengah makan dengan Ros, tiba-tiba saya terdengar seseorang bercakap di belakang saya: "Ada seringgit tak? Saya belum makan lagi". Lelaki itu lalu di sebelah meja saya dengan tangannya penuh dengan sisa makanan yang diambil dari dalam pinggan penghuni meja belakang saya. Tangan sebelah lagi membawa cawan kertas. Kasihan. Orangnya mesti sihat. Kalau tidak masakan dia berkudrat berkeliaran mencari sesuap makanan untuk malam itu. Tetapi kenapa tidak bekerja ya?

3 comments:
Sian jugak tengok orang buta..kadang2 hulur jugak, kadang kala buat dek aje
Hal-hal sedekah ni terpulang kpd diri nasing-masing. Terasa nak beri, beri, kalau tidak jangan, tengok keadaan. Saya pernah terbaca satu kajian bahawa orang yg paling perihatin terhadap peminta sedekah ialah orang melayu, berbanding dgn l kaum lain.
Zaman ni org minta sedekah semakin ramai. Tanpa sedar Kerajaan pun meminta-minta...
Andiem: Kasihan tu melebihi segala-galanya. Kadang-kadang terfikir, macam mana agaknya perasaan kita kalau kita berada dalam kasut mereka.
Pakcik Hashim: Kita mintak balik kat Kerajaan hehehehe....
Post a Comment