Thursday, 6 August 2009

Kenapa Mesti.....

Kain tu tidaklah cantik sangat. Biasa je. Bila dah jadi baju kurung pun nampak lagi biasa. Macam cikai pun ada. Tapi yours truly tak cakap cikai. Yours truly cakap macam baju kartun. Baju tu tak ada gambar kartun pun. Gambar bunga tulip kecil-kecil. Berbunga penuh. Warna latar kain tu warna hijau. Bunga tulip tu warna ungu. Tak lawa pun. Ishhh...memang tak lawa.

Satu pagi yang hening. Semua orang masuk ofis senyap je kat meja masing-masing. Dah nak pukul 8.30 am masing-masing mula angkat kepala sebab perut dah mula berdangdut. Nak ajak sarapan sama-sama la kononnya. Yours truly pun bangun, nak tegur orang sebelah yang tunduk khusyuk baca suratkhabar. Jenguk je kepala kat meja sebelah, yours truly terkedu tak terkata. Jantung nak luruh pun ada. Rasa terbeliak mata kejap sampai tak boleh tutup. Rahang pun rasa nak jatuh cecah bumi.

Eeeiii....kenapa mesti hari ni? Kenapa mesti kat ofis ni? Kenapa mesti orang sebelah ni? Kenapa? Kenapa? Sepanjang hari tu yours truly bangun dari tempat duduk dengan kadar yang sangat minimum. Tak keluar lunch pun. Gila maluuuuuu.........

Orang dah cakap kain tu bukanlah cantik sangat tapi kenapa mesti ada orang pakai baju JENIS YANG SAMA (iaitu baju kurung), KAIN YANG SAMA, WARNA YANG SAMA, PADA HARI YANG SAMA, di dalam DEPARTMENT YANG SAMA(!). Next time kalau nak pakai baju tu, telefon dulu bagitahu. Laaaa....manalah dia tahu yours truly pun ada baju yang sama....issskkkk

Yours truly
dah berpatah arang dengan baju kurung bunga tulip ungu nan sepasang itu. Alergik walaupun BUKAN dipakai untuk ke ofis.

6 comments:

nohas said...

Hehe..ini dah kira boria sungai pinang la ni..ataupun kumpulan marhaban, hihi..

p/s: 'beauty lies in the eyes of beholder'..

eL said...

Nohas: Hehehe...macam kumpulan nasyid perform kat Tilawah Antarabangsa pun ye jugak.

eedany said...

hehehe...

eedany pun pernah mengalami nasib yang sama dengan yours truly. Bezanya cuma yours truly di office. Eedany pula, berselisih dengan orang tu di complex shopping lagi lah parah! Malu wehhh...

Have a nice weekend to you. Bye...

eL said...

Dany: Kalau yours truly tu, dah lari jauh2 dah hahaha!!!

Bobo Brazil said...

takleh nak kata ape-ape melainkan,
HaHaHaHa

eL said...

Bobo: Suka ye...