Friday, 21 August 2009

Rezeki Kami

Takde la selalu sangat makan kat situ. Tapi kalau teringin nak makan breakfast nasi lemak, biasanya pergi kat situ. Gerai dia dekat dengan Wangsa Melawati, tepi simpang jalan dekat dengan traffic light.

Hari ni gerai dia lebih ramai orang berbanding selalu. Selalunya bayar dulu baru makan. Sampai kat meja nak bayar, dia suruh makan dulu pulak. Pelik ni. Saya tengok cash register dia pun takde. Kena curi ke?

Saya terdengar orang meja hujung sana cakap "terima kasih". Kenapa pulak? Oh...saudara dia agaknya.

Dah habis makan, masa nak bayar tu saya panggil salah sorang pekerja dia; "Dik, tolong kira". Eh...dia buat selamba dek je. Pandang-pandang kita pulak. Saya cakap; "Eh...kira la. Takkan free kot". Rupanya ada orang lain yang memang khas tukang kira.

Dia datang; "Ye kak, nak kira ye. Saya duduk sebelah ye. Makan apa tadi?".
Kebetulan ada sebuah kerusi kosong kat meja kami.

Dia kira depan saya atas kertas kecil warna kuning. Saya tengok lain macam je dia tulis. Eh...apa benda dia tulis ni?

"S.E.M.U.A.P.E.R.C.U.M.A"

Haaaaaaaaaa?????? Patutlah lain macam benar cara nak mengiranya. Oh...orang yang meja sebelah tadi cakap "terima kasih" tu sebab SEMUA PERCUMA la ye. Bukan saudara. Hikssss....malu ai. Amboiii....bukan main lagi lakonan. Best actor. Saya siap tanya; "Kiranya cash register takde kat situ tu, nak buat gimik ke?".

Dia jawab; "Tak. Tuan punya kedai suruh bagitau makan hari ni SEMUA PERCUMA untuk semua orang".

Alhamdulillah. Semoga murah rezeki tuan punya gerai serta pekerja-pekerjanya.

p/s: lupa nak mintak kat dia kertas kuning yang dia tulis "SEMUA PERCUMA" tu.

p/s II: bos saya cakap; "kalau tau tadi, ambik rendang ayam, rendang kerang, bla bla bla". Amboiiiii.........hehehe

6 comments:

Lan Bingka said...

sape lagi nak bagi makan percuma bagitau ye...;)

hai said...

eiii..best nyer!!alhamdulillah dapat makan free..bagus tokey kedai tu..bersedekah hari jumaat plak!!

Unknown said...

sukeee...!!! apa nama kedai yee..
tp da tahu percuma jgn ar amik kesempatan dgn apa y d berikan.. Niat tu pntg k.. Selamat berpose smua. Mohon ampun maaf jika t'kasar n t'caci k..salamz

eL said...

Lan: Insya-Allah...hehehe. Suka ye. Kalau ada, saya bagitau ye. Tapi kan free-free ni selalunya diorang buat surprise. Kalau tak, mesti orang serbu.

Kak Hai: Itulah kak. Tak sangka pulak. Selama ni kedai dia tu boleh kata mahal jugak. Tapi sedap punya pasal, makan la jugak situ. Saya suka sambal sotong dia. Sambal nasi lemak dia kureng. Adik saya tak suka langsung kedai tu. Tekak saya ok lah.

Yus yang comot: Nama kedai tu rasanya macam takde. Tapi kalau tanya kat orang "kedai bawah pokok kat Wangsa Melawati", rasanya ramai orang tau. Errr...maksudnya orang area kitorang tu lah. Tapi kalau tanya orang area Kedah, for sure diorang TAK TAU ahakssss!!!!

endiem said...

esok pagi ada lagi ke makan percuma ?..kah3.

eL said...

Endiem: Katanya kedai tu tak bukak sepanjang bulan pose. Tunggu tahun depan la pulak ye :-)