Thursday, 13 August 2009

Independent

Budak-budak sekarang sangat beruntung. Balik dari kelas, naik lrt. Dah dekat nak sampai stesen yang diorang nak turun, call je family members suruh datang ambil. Jealous sebenarnya sebab tak ada orang nak ambik saya...ahakssss!!!

Kalau saya masa muda-muda dulu, jangan harap. Pergi sendiri, balik pun kena sendiri. Jangan nak mimpi nak ada sesiapa ambil kat stesen lrt atau stesen bas.

Walaupun abah tak percaya nak lepaskan pergi ke kelas sorang-sorang, tapi nama dia nak hantar, nak ambil, macam mengharapkan bulan jatuh ke riba. Sesekali ada la dia datang ambik.

Masa tu jenayah yang ada sekarang dah mula berleluasa.

Punya la dia tak berani nak lepaskan anak tu sorang-sorang meredah kelas kat tengah-tengah KL, waktu lunch je dia datang temankan anak ini makan. Kadang-kadang malu jugak dengan kawan-kawan sebab dah besar panjang pun berkepit dengan abah. Kejap je. Beberapa bulan lepas tu, bila abah rasa anak ini dah biasa dengan sekitar, dia tinggalkan jugak.

Bila anak ini mula kerja, dapat kerja pulak dekat jugak la dengan rumah, dia tak risau sangat. Tapi bila anak ini dapat kerja luar dari KL, kat Petaling Jaya masa tu, mula la dia risau. Tak tau pun dia risau. Bila dia cakap baru tau. Tu pun sebab tak pernah jadi apa-apa. Tu pun sebab dah dapat kerja dekat-dekat dengan rumah balik. Akhirnya dapat la dia seorang anak yang sangat independent <---- masuk lif tekan butang sendiri ni.

Mungkinkah keindependentan mati kena marah dengan DBP pakai perkataan ni tu belum benar-benar teruji kalau setakat kita masih survive di negara sendiri?

6 comments:

Unknown said...

aloh2..xada org jemput yek...?? meh ncek Yus tlg jemputkan...

trun ktna..?? nnt ncek Yus tggu kt sna yee...hehehe

eL said...

Yus: Heeppppppppp....jangan banyak cakap. Pegi buat entry baru.

Unknown said...

hahaha...kicoh...Xmau la..nk stop beberapa bln...lotih ar asik nk post n3 je...klu b'byr ok gak..b'baloi2.

eL said...

Pakcik Yus: Berenti je la terus kekekeke...sebelum berenti tu jangan lupa air tebu selori. Courier ek.

endiem said...

ye tak ye jugak .. sampai bila nak harap ke abah..

eL said...

Endiem: Tu la dia. Tapi sekali sekala nak jugak "bersandar" kat bahu abah :-)