Monday, 10 August 2009

Money Plant & Crystal Ball

Crystal ball saya. Ada lagi sepeket. Nasib saya masih siuman. Kalau tak, mau saya tabur semua.

Money duit plant. Ni bukan saya punya ya. Saya punya pasu leper sikit dan crystal ball saya warna-warni.


Tak tau sejak bila saya suka kat money plant. Yang saya ingat abah pernah belikan saya money plant ni. Dia suruh letak dalam bilik tidur saya. Ohhhh la abah. Yang saya tau saya pernah "ternak" pokok ni semasa saya kat ofis lama. Tak tanam dalam pasu. Letak dalam air je. Tu yang saya suka tu. Pokok ni boleh hidup kat mana-mana. Dalam air, dalam tanah, dalam rumah, luar rumah, ada matahari, takde matahari. Semua boleh. Best jadi pokok ni. Boleh di bawak ke tengah ke tepi. Masa jaga dia kat ofis lama, daun-daun dia tumbuh segar-bugar dan lebat. Officemates lain pun ada jugak pokok ni tapi tak la selebat sedebab pokok saya <---- ni diorang cakap ye, bukan saya cakap kekekeke. Mau tak lebat, setiap pagi saya akan cuci daunnya dan ganti airnya. Setiap hari, without fail(!). Tapi dah lumrah alam, yang hidup pasti mati, akhirnya pokok saya mati juga cumanya lambat sikit je daripada pokok officemates saya yang lain. Saya tau pokok saya sedang menunggu ajal bila saya mula mengesan ada bintik-bintik atas daunnya. Tak lama kemudian, daunnya berubah ke warna kuning. Saya terpaksa kuburkan secara rela dalam paksa (waahhh...ayat). Sejak tu saya tawar hati untuk menjaganya lagi sebab saya rasa sayalah penyebab kematiannya <----gila sentimental.....

Lepas tu saya bertukar company sebanyak 2 kali. Kedua-dua company ni saya tak sempat nak bela cop pokok duit ni. Di company yang ke-3 ni(kalau ikut dari mula kerja, ini company yang ke-6) saya tergerak hati untuk bela pokok ni balik tapi kali ni saya nak gunakan teknologi canggih <---canggih la sangat... Masa saya bela pokok ni beberapa tahun lepas (saya tak ingat the exact year) benda alah ni dah ada. Masa tu baru-baru keluar tapi saya takut nak guna. Takut bahaya. Entah apa bahayanya saya pun tak tau. Tapi kali ni saya nak cuba.

Semuanya bermula bila kawan saya, Dexter yang bekerja di IT Department cadangkan pada saya supaya guna crystal ball. Untuk permulaan dia offer saya sepeket. Saya tanya dia mana dia dapat. Dia kata hari tu dia beli, ada lebih. Ehhh...lelaki pun guna benda alah ni ke. Dia kata ye, dia letak money plant dalam crystal ball jugak kat atas meja dia. Wohhh....macam tak percaya je mamat ni. Tengok tegap je dan dia cute dengan lesung batu dia tu...ehhh...lesung pipit. Tengok, money plant ni macam kesukaan semua orang pulak.

Maka, dengan kadar kejakunan 360 darjah, saya pun mula isi pasu kaca saya dengan crystal ball dan money plant. Rasa macam tak cukup je sepeket, saya beli lagi 3 peket. Saya letak 2 peket dalam pasu kaca tu. Ehhh...tak kembang penuh pun crystal ball dalam pasu kaca tu. Takpe, kita tunggu dan lihat. Selepas sebulan, saya belum pernah cuci dan tukar air setiap hari macam yang pernah saya buat dulu. Saya pun, dengan kecerdikan tahap Einstein, saya tambah air sampai penuh pasu kaca.

Tak sampai setengah jam, maaaaakkkkkkkk.......jangan la melimpah wahai crystal ball. Padan muka, isi lagi banyak-banyak. Patut la crystall ball tu membesar tak sekata. Ada yang cukup kembang, ada yang comel-lote, ada yang terbantut tumbesarannya. Orang takde ilmu macam mana nak guna, bila guna macam tu la jadinya. Rupanya tak cukup air untuk mengembangkan diri. Sekali letak air, ambik kau. Tu pun ada yang tak cukup kembang lagi tu. Yang bahagian atas-atas. Tadi saya tolak-tolak yang atas tu ke bawah supaya dia kena pada air kat bawah tu dan dapat kembang sekata. Maknanya saya kena anticipate yang pasu tu akan jadi penuh sepenuh-penuhnya. Suka makcik(!)

Dah sudah misi tolak-menolak, tiba-tiba - eh....apa benda sejuk dalam lengan baju ni? Haaaa???????? Weeeiii....bila masa pulak crystal ball ni masuk dalam lengan baju ni. Eeeiii...takde tempat lain ke nak duduk...issskkkkk


4 comments:

hai said...

crystal ball ni anak akak yg no 4 nabila, pernah beli sebungkus...yang peliknya ayah dia plak berminat dia suruh nabila beli 3 jenis kaler lagi!!
pastu akak pun ada le letak money plant gitu,masalahnya sokmo lupa nak tambah air...kadang tu kering betul..crystal ball tu jadi kecik semula ...kesian ke pokok tu..lama2 mati jugak dia!!!

nohas said...

ada seorg budak ofis ada money plant tanam dlm crytal ball warna ocean blue..cantik sgt warna tu..

Anonymous said...

comel je blog kamu.kat rumah saya pun ada pastu gemuk camtuh,ngan crystall ball mak saya tanam pokok macam keladi ;)

eL said...

Kak Hai: Memang lama-lama dia kecik semula. Orang cakap, bila dia kecik semula tu, tambah air lagi, dia kembang balik. Errr...sampai bila boleh guna ye? Takde expiry date ke?

Nohas: Nanti saya pun nak cari warna ocean blue tu. Nak buat lagi satu vase :-)

Lail: Pokok keladi yang kecik-kecik tu pun cantik :-)