Monday, 12 July 2010

Cantik Tali Tu...Tapi...

Saya bawa Alya ke Mid Valley. Niat asal nak suruh dia pilih hadiah hari jadinya. Tapi berakhir dengan aku-pulak-yang-sibuk-nak-beli-baju-dia. Masa tengah sibuk-sibuk pilih baju tu kejap kejap panggil dia, kejap kejap panggil dia. Takut dia hilang. Masa tu zaman dia menakal. Ke sana ke mari sesedap rasa. Tak kisah sama ada dia tu dah jauh dari jagaan kita ke tidak. Dia bukan tahu.

Tengah saya pilih baju, saya berkenan kat satu baju dan panggil dia nak acu kat dia. Saya panggil dia sekali. Dua kali. Tiga kali. Masa ni darah saya dah sejat semua ke kaki. Mana pulak anak saudara aku ni. Panggil lagi. Tak menyahut. Tak boleh nak cerita macam mana kecutnya perut saya masa tu. Saya dah terbayang dah saya kat balai polis buat laporan. Saya dah terbayang dah saya terjelepuk kat lantai Jusco tu. Dah terbayang dah esok keluar suratkhabar muka surat depan.

Tiba-tiba.

Maklong!!!!!

Ya Allah, dia keluar daripada gantungan baju-baju yang ada kat situ. Muat pulak dia masuk bawah baju budak budak tu. Konon kononnya nak terkejutkan kitalah. Memang terkejut sungguhlah. Bertuah punya budak(!)

Jangan buat macam tu lagi. Mahu gugur jantung maklong.

Kenapa saya buka cerita ni? Khamis lepas, saya ternampak ada seorang ayah (saya assume ayah la ye sebab dia pegang budak kecik yang mungkin anak dia), dia pegang tali warna merah jambu. Saya tengok je tali tu menghala ke arah mana. Ia menghala ke arah belakang budak kecik tu. Rupanya tali tu adalah tali yang mengikat budak kecik tu dan tali yang sebelah lagi tu ayah dia pegang. Macam tali kita ikat kucing tu. Kita ikut je mana kucing tu pergi dengan tali tu. Tapi yang budak kecik ni punya, cantik sikit. Warna merah jambu dan dan rupa kain kat belakang tu macam Mickey Mouse. Cantik la sikit dari tali ikat kucing tu. Gunanya supaya budak kecik tu tak hilang macam saya “kehilangan” Alya.

Ye, walaupun cantik tanya diri sendiri sama ada patut tak kita gunakan untuk anak kita. Saya tak nak cakap panjang panjang. Saya juga tak against tali tu. Tepuk dada, tanya akal.

2 comments:

hai said...

adoi...bwk anak2 yg nakal ni,mmg kering darah dibuatnya...hana la kalo takat main nyorok kat celah2 baju tu dah biasa dia buat,kadang dok dlm fitting room,tapi paling x daya dia leh masuk kat bah,bawah yg org simpan stok..berzip ...dia zip dari dalam...haru betul...takat ni dah 2 kali hilang kat giant...mmg bercinta nak bwk dia jalan!!

eL said...

Kak Hai: Aduhhh...niat diorang tu sebenarnya nak bergurau sambil terkejutkan kita. Dia tak tau kejutan macam tu boleh bawak maut.