Wednesday, 22 April 2009

Ingat Dah Betul

Saya baru saja mendaftarkan diri ke kelas tilawah di universiti yang berdekatan dengan rumah saya. Ramai juga yang datang mendaftar pada hari itu. Ramai yang sebaya dengan ibu bapa saya dan saya bukanlah yang paling muda mendaftar. Pendaftaran memakan masa yang tidak lama.

Saya ambil kelas paling asas kerana saya percaya untuk mencapai tahap tertinggi, saya mesti bermula dari bawah walaupun saya pernah belajar ilmu itu berpuluh-puluh tahun lalu. Sesiapa yang mahu terus ke kelas tajwid, seseorang itu hendaklah melalui fasa interviu yang diadakan pada hari itu juga.

Memasuki kelas pertama seperti memasuki kelas di dalam cerita P. Ramlee. Saya sangkakan selama ini huruf-huruf asas yang saya sebut sejak kecil itu sudah betul sebutannya di mulut saya. Saya silap kerana di dalam banyak-banyak huruf itu, menyebut huruf "ain" adalah amat susah bagi saya. Tempat kena betul. Bukan sebutan "ain" yang macam selalu kita sebut itu. Bukan di hidung kata ustaz yang berasal dari Arab itu.

Saya ingat mudah untuk menyebut setiap huruf asas Al-Quran. Susah rupanya. Saya ingat saya dah betul menyebutnya. Salah rupanya. Saya ingat saya dah pandai membaca Al-Quran dengan tajwid yang asas. Belum lagi rupanya. Saya tidak silap memilih kelas asas ini. Buat pertama kalinya saya betul.

8 comments:

Lan Bingka said...

tahniah kerana memulakan langkah yg sangat betul..

a.b geldofg said...

mudah2an dpt mbaca dgn betul nanti

hai said...

Sebenarnya,terrer camana seseorang tu,kalau mengaji berguru pasti berlaku kesilapan dalam bacaannya.
Namanya pun belajar.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

tuntutla ilmu..sehingga sapi negeri cina pun x pa..huuhuhu

eL said...

Lan: Doakan semoga doa itu tidak terhenti separuh jalan.

eL said...

Ab: Insya-Allah. Doakan aku.

eL said...

Kak Hai: Betul tu. Ada je yang salah.

eL said...

Ayong: Sama-sama kita ok.