Wednesday, 29 April 2009

Inflasi Di Zimbabwe

Saya dapat artikel ini melalui email. Ianya menarik perhatian saya. Saya ingin kongsi bersama anda. Mungkin ada yang belum pernah baca. Mungkin ramai yang sudah baca. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran artikel ini kerana tiada bukti sahih tetapi ia tidaklah mustahil. Cuba bayangkan andainya ia benar-benar berlaku di mana-mana di dunia ini. Ketika saya belajar subjek Ekonomi dulu saya tidak pernah terfikir tentang inflasi yang begitu tinggi seperti ini. Ketika itu, inflasi naik sebanyak 0.02% pun sudah membimbangkan saya. Bimbang andainya keluarnya saya nanti, susah untuk mencari pekerjaan.

Ya, wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.

Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000% (2.2 juta persen!). Parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak hairan jika peniaga-peniaga di Zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!

Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!! Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan.

Harga-harga barang di pasar Zimbabwe

Nota EoP: Saya tidak pasti sama ada huruf "M" di tanda harga itu bermaksud million atau mempunyai maksud lain. Nak merasa jadi "jutawan", bolehlah ke sana.


Nota EoP: Harga semua main ribu-ribu. Nampak macam kaya je beli barang dalam dominasi ribu-ribu. Beli telur macam nak beli emas. Tebalnya duit sampai kena ikat dengan getah.

Wang yg diperlukan untuk makan sekeluarga di kedai

Nota EoP: Bayangkan, hendak makan bersama keluarga di kedai, kita perlu membawa wang sebanyak ini. Kena bawa kereta. Kalau tiada kereta?


"Pengemis" yg boleh dianggap "kaya" sebab dapat juta-juta setiap hari...hihihi


Kalau susah nak bawak duit banyak-banyak tukarkan ke USD...dapat sekeping je

Kilang buat wallet dan handbag tepaksa tutup bisnes sebab orang tak guna lagi dah....

Cuba bayangkan kalaulah semua ini berlaku kepada kita di sini. Senario yang kita fikirkan akan jadi panjang dan tidak akan habis. Nauzubillah. Saya sangat bersyukur masih berada di sini.

4 comments:

Lan Bingka said...

mak ai, keluar rumah bawak guni la nampaknya..

Unknown said...

Menarik. X hbs bc lg.jp lg smbg bc..erm..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

btul cakap lan bingka tu kak..keluar rumah nnti kn bawak guni..huhuh..tp kesian kan diorg kat sn..Alhamdulillah kt kat sini masih terjamin kehidupannya

eL said...

Itu kalau nak keluar rumah. Kalau nak balik kampung satu keluarga, mana nak letak beg-beg baju kalau dah boot kereta kena isi dengan guni duit kan? *wink*