Monday, 20 April 2009

Mana Dia?

Tengah menonton Channel 703, tiba-tiba ada seseorang ketuk pintu. Saya intai di cermin kecil. Saya tidak kenal siapa lelaki itu tetapi memakai tag di leher. Saya capai tudung dan buka pintu tanpa membuka jeriji besi. Dia perkenalkan diri. Dia datang untuk memeriksa tong gas, dapur gas dan soket. Dia minta kebenaran untuk masuk setelah saya tanya dari mana. Saya bagitahu dia yang saya cuma seorang di rumah kerana Haiza balik kampung dan Aishah ke dewan peperiksaan. Dia beristighfar dengan mengatakan niatnya datang adalah untuk menjalankan tugas. Dia telah periksa hampir semua rumah di kawasan saya. Jangan salahkan saya tidak percayakan dia. Saya tidak yakin kerana dia bukan dari mana-mana agensi yang biasa buat kerja-kerja ini. Saya menjawab: "Saya bagitau saya sorang kat rumah bukan apa, sebagai perempuan saya kena berhati-hati". Setelah berbalas soalan dan jawapan, saya menyuruh dia periksa sendiri di dapur. Saya capai telefon bimbit lalu keluar dari rumah dan tunggu di depan pintu berdekatan rumah jiran. Tiba-tiba:

Lelaki Itu: Kak, mana kepala gas ni?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Saya lupa yang kami pakai dapur elektrik(!)

8 comments:

Lan Bingka said...

aiyoo...ape daa akak ni..

eL said...

Lan: Hehehe...akak ni dah tua...makan semut banyak pulak tu...tu yang pelupa tu :-)

hai said...

Eh!Akak baru posting satu,pasal citer yang sama..sila lawat ke blog akak,kalau nak share citer la..atas label Kak Long Ngan Salesman.

eL said...

Kak Hai: Saya dah beberapa kali cuba tinggalkan komen kat blog akak tapi tak boleh. Tak tau kenapa.

putihh said...

hampeh la kak miu miu nih....

wow!!! pakai dapO letrik..caya lahh

thuxie said...

ler...makan semut buat apa...byk lagi benda lain bleh makan...cekelat ke...nasi ker...ishk...ishkkkkk...ahaksssss...

eL said...

Zita: Ala...dapur letrik pun kena masak jugak macam dapur gas. Bukannya dengan kenyit mata makanan tu boleh masak sendiri. Meh la datang makan rumah akak. Bawak Hani sekali. Ayah Hani jangan bawak.

eL said...

Thuxie: Akak memang suka makan semut ni. Macam-macam kaler akak makan. Tu pasal yang jadi macam tu.