Friday, 3 April 2009

Tikus

Beberapa bulan yang lalu rumah sewa saya diserang tikus. Bukan banyak pun. Dua ekor saja. Tapi sudah cukup untuk memporak-perandakan dapur saya. Setiap hari ada saja benda yang dia makan. Apa yang tidak dimakan. Tiada makanan, bekas plastik pun cukup untuk dia makan. Habis kacang tanah saya dimakan. Niat untuk memasak nasi lemak terpaksa saya kuburkan sebelum terkuburnya tikus-tikus itu. Kami tidak lagi membiarkan makanan di dapur.
Kami membeli racun tikus jenis serbuk berwarna kelabu gelap sebagai langkah terakhir setelah berbagai-bagai jenis racun Aishah beli. Dia yang paling kuat menjerit jika terserempak dengan tikus. Masalahnya, dia seorang saja yang selalu terserempak. Saya dengan Haiza tidak pernah pula. Jadi, dialah orang yang paling prihatin tentang mengnyahkan tikus-tikus itu. Setelah projek "makanan" tikus siap, saya meletakkan makanan itu di bawah sinki. Beberapa hari tiada tanda-tanda makanan itu disentuh.

Pada hari itu, saya MC. Semasa saya ke dapur saya ternampak dengan seekor tikus sedang duduk diam di tepi penyapu. Saya hendak mengganggunya tetapi bimbang dia akan lari ke dalam bilik tidur salah seorang dari kami sebab masing-masing pergi kerja tidak tutup pintu bilik. Saya biarkan saja dia diam di situ. Selepas beberapa jam saya menghendap semula. Dia masih di situ. Sudah matikah tikus itu? Saya biarkan lagi. Beberapa jam kemudian, saya lihat dia sudah ke tepi beranda dapur. Tinggal nyawa-nyawa ikan. Disebabkan tahu yang sahabatnya sedang nazak, muncul lagi seekor bermain-main di tepi mesin basuh berdekatan bilik air, mungkin untuk menyelamatkan kawannya. Masing-masing sebenarnya dalam keadaan yang amat lemah sebab beberapa lama kemudian mereka menghembuskan nafaskan yang terakhir. Nasib baik dia pergi depan mata. Kalau tersembunyi, alangkah susahnya untuk membersihkan.

Manalah tahu yang racun jenis itu yang paling mujarab untuk mengnyahkan mereka. Kalau tahu sudah lama kami beli sejak dari hari pertama tikus-tikus itu menyerang. Kalau tidak, tidak payahlah isytiharkan perang berminggu-minggu dengan tikus-tikus itu. Hmmmm......
Betul ke orang kata rumah yang ada tikus, ada jin yang tinggal? Wallahu'alam.

12 comments:

Lan Bingka said...

misi selesai..
jgn ada yg muncul lagi sudah..

Unknown said...

klu org lama ckp bila nmpk TIKUS jgn ckp kuat2, lagi dia dtg...
ckap Mamenti...
agaknye la...huhu

hai said...

Salam,
Saya rasa terpanggil untuk kongsi pengalaman pasal tikus ni.Jgn bunuh,kalau dapat sekor tu,ko cakap kat dia,aku taknak bunuh ko,ko dgn kwn2 ko jgn datang dah kat sini,pegi la cari makan kat lain...insyallah,dia tak datang dah...kalo bunuh ni,silap2 aribulan dia bwk geng...wallahhualam...

a.b geldofg said...

cuba bsahabat dgn tikus

Unknown said...

dia bawak gengster besar dia..iaitu geng cencorot plak..aduiii...parah dan bermasalah btol..hehe

eL said...

Lan: setakat ni belum ada lagi. Tak tahulah esok lusa.

eL said...

Yus: Macam-macam gelaran untuk tikus ye. Makmenti la, Cik siti la. Nanti nak panggil tikus tu MrSmile hahahaha!!!!

eL said...

Hai: Errr...itu mungkin boleh dilakukan andainya tikus tu termasuk perangkap. Baru boleh kita bersembang dan berdialog macam tu. Tapi ni dah nyawa-nyawa ikan. Bersembang dengan dia macam tu pun dia dah tak berdaya nak melarikan diri. Duduk rumah burung merpati macam saya, lagi susah nak bawak dia turun bawah. Mungkin saya akan cuba cara tu kalau berlaku lagi. Tapi....saya dah tak mahu ia berlaku lagi. Semoga tiada kali kedua.

eL said...

Ab: Cadangan ko tu serius ke? Adoyaiiii....bersahabat dengan tikus aku nak la

eL said...

Yus: Saya halau tikus-tikus tu pergi naik bas ke kelang hehehe.

putihh said...

saya pOn rasa begitu laaa...
errr apa yg aku rasa? keh keh keh

ye kee cik ti dtg umah ada jin?

eL said...

Zita: apa yang awak rasa? boleh tak akak nak rasa jugak? muahahaha.

betul ke tikus masuk rumah maknanya rumah tu ada jin? takut tuuu...