Thursday, 16 April 2009

Karbala dan Pengalaman Ketika Membacanya


Saya baru habis baca Karbala karya Faisal Tehrani. Secara keseluruhannya, novel ini mengisahkan pembunuhan cucunda Rasulullah, Saidina Hussein di Karbala. Apa yang saya faham dari novel ini, selepas Rasulullah wafat, masyarakat Islam tidak sukakan kepimpinan Yazid bin Mu'awiyah dan mereka mahukan Saidina Hussein sebagai khalifah yang baru sehingga membawa kepada pembunuhan kejam Saidina Hussein di Karbala.

Ketika saya bergelumang dengan novel ini saya membawanya ke mana-mana saya pergi di dalam beg tangan. Saya cuma membacanya jika saya perlu manfaatkan masa ketika itu terutama sekali ketika menunggu LRT, ketika di dalam LRT dan ketika menunggu Aishah.

Pengalaman saya ketika membaca novel ini?

Pengalaman pertama. Berlaku di dalam LRT. Kebetulan saya duduk bersebelahan dengan seorang yang berkulit hitam. Saya rasa dia pelajar UIA. Dia menegur saya novel apa yang saya baca. Mungkin dia intai apa yang saya baca dan ternampak banyak perkataan Rasulullah dan Imam Husein lalu menegur saya tentang novel itu. Saya tidak banyak menjawab, cuma menjawab “Karbala”. Saya sebenarnya melarang diri saya dari terus berbual. Sampai di stesen tempat saya turun, saya terus menuju ke rumah. Saya terdengar dia memanggil saya. Semakin dia panggil semakin saya percepatkan langkah saya. Saya takut(!). Dia memang pelajar UIA memandangkan dia turun di stesen yang sama dengan saya.

Pengalaman kedua. Di luar sana hujan lebat ketika saya membaca novel ini di dalam LRT sambil berdiri di bahagian tengah LRT. Tiba-tiba air hujan menitik ke atas novel saya. LRT bocor? Aduhhh……terasa macam hidup zaman Flintstone(!).

8 comments:

Anonymous said...

Cantik gambar di Kuala Gandah!

Blogger Pahang

Solehah Muhammad said...

bacalah untuk menamabah pengetahuanmu kak. tapi untuk menerima faktanya harus di tapis dahulu.

Lan Bingka said...

cantik la gambar header baru..

selamat bershopping buku ye..;)

eL said...

Blogger Pahang: tengok gambar je orang pahang boleh tahu kat mana tempat tu ye. Mesti pernah pergi kan.

eL said...

Solehah: kembali ye dik.

eL said...

Lan: Terima kasih. Gambar di Kuala Gandah. Saya kalau dapat kamera, habis semua saya nak snap.

Mungkin saya ke Book Fair tu esok.

putihh said...

nak gi bOok Fair? ajak le saya sekali....jom kita pegi 2geder geder

eL said...

Zita: alaaahaiii...nak beli buku apa tu?