Saya baru saja mempunyai masa luang untuk mengemas laci baju dan tudung saya. Setelah selesai, saya menutup laci dengan hati yang lapang sebab setelah sekian lama saya hendak mengemasnya, barulah tercapai. Ketika menutup laci tersebut tiada apa-apa yang aneh berlaku.
Ketika hendak solat, saya ternampak ada sesuatu terlekat di laci tersebut. Saya buat tidak tahu saja. Di dalam hati berkata mungkin serpihan kayu laci itu. Tetapi hati tertanya-tanya juga, tiada pula bunyi seperti kayu laci pecah sehingga jadi serpihan ketika saya menutup laci tempoh hari. Saya membiarkannya beberapa hari.
Semakin hari saya rasa benda itu semakin mengganggu penglihatan saya terutama ketika saya solat. Selepas solat saya cuba mengambil benda tersebut. Ketika saya memegangnya, saya perhatikan betul-betul. Hah???? Ada tulang? Makkkkkkk.....C.I.C.A.K!!!!!
p/s: Satu-satunya haiwan rumah yang sangat saya takut. Saya tidak akan dapat tidur sekiranya saya nampak cicak berada di siling bilik saya. Saya akan pastikan ia keluar dari bilik saya dengan mata kepala saya sendiri. Antara cicak dewasa dan anak cicak, anak cicaklah yang paling susah untuk dihalau keluar. Sebab? Ia masih kecil. Ia masih belum tahu cara menyelamatkan diri jika diserang musuh. Ia akan lari lintang pukang tanpa arah. Tidak tahu ke mana hendak tuju. Berbeza dengan cicak dewasa, kita bergerak sikit sahaja, ia sudah lari ke tempat yang tidak perlu kita betul-betul pastikan ia telah tiada. Anak cicak pula, ia akan lari ke tempat yang boleh buat kita menangis untuk menghalaunya bagi memastikan ia benar-benar telah lari. Contohnya, ia akan jatuh ke atas tilam dan lari ke bawah bantal atau tilam(!). Atau ia lari ke tempat-tempat yang susah untuk kita halau. Saya pernah demam kerana tidak cukup tidur semata-mata kerana saya tidak jumpa anak cicak yang telah lari ke bawah tilam saya, untuk saya halau keluar.
p/s II: Takut cicak tapi tahu pula tabiat cicak-cicak ni hehehehehe..........

6 comments:
wah..buat kajian pasal cicak rupanya..
Lan: tu lah...boleh buat project paper tu.
ni bleh jadi cicak gurl ni..hahaha...
Yus: tu kalau suka cicak...eeeiii...geli weiiii
memang patut ko taku..sb cicak bila bsr akan jadi biawak..bila besar lagi akan jadi buaya
Ab: Aku sangat suka dengan jawapan ko. Memang patut sangat la aku takut buaya kan...ehhh silap...biawak...ehhh silap lagi...cicak(!)
Post a Comment