Bukan mudah menjadi seorang yang tiada kakak atau abang. Kitalah kakak, kitalah abang kepada adik-adik.
Adik-adik kalau ada masalah, pada kakak inilah mereka mengadu. Kalau ada berita sedih, pada bahu kakak inilah mereka bersandar. Kalau ada berita gembira, pada kakak inilah dikongsi. Kalau mereka memerlukan pertolongan, pada kakak inilah mereka cari dahulu. Kalau takut cakap dengan abang, kakak inilah jadi orang tengah. Kalau takut cakap dengan mak dan abah, kakak inilah yang kena mulakan buka mulut dan langkah.
Tapi kalau kakak ada masalah, ada berita sedih, ada berita gembira, memerlukan pertolongan dan takut untuk sampaikan apa-apa pada mak dan abah, pada siapa kakak ini hendak tuju pula?
Selalunya kakak ini pendam saja. Selalunya kakak ini diam saja. Kakak ini kadang-kadang sangat kuat menyimpan rahsia. Kakak ini tidak banyak kerenah. Kakak ini tidak banyak bercakap. Adik-adik tidak akan tahu emosi kakak ini kerana dalam banyak-banyak keadaan kakak ini jarang tidak ceria. Syukur alhamdulillah adik-adik kakak ini belum ada yang buat masalah negara. Yang pasti kakak ini kena kuat sekuat-kuatnya untuk adik-adik. Kakak ini kena gigih semangat untuk menjadi teladan adik-adik.

4 comments:
Kak EL,
Hahaha...bukan VIP lah, saya orang kecik-kecik saje, tak layak lagi, tumpang meriah saje.
Saya berharap rintangan kamu boleh dianggap sebagai satu dugaan hidup yang bakal diatasi dan kependaman yang dimaksudkan itu juga dapat diluahkan secara bersesuaian.
Teo
Seperti sama kes :(
aah..btul tu kak..cz kt ni anak sulung..
Ye, anak sulung. Titik.
Post a Comment