
Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan kenyataan bahawa cuaca panas di bawah suhu 31 - 35 darjah Celcius akan berlanjutan dari bulan Mei sehingga September tahun ini. Bermakna ini termasuklah bulan puasa yang bakal kita jalani di akhir bulan Ogos nanti. Tidak dinafikan cuaca sekarang sangat panas. Hujan hanya akan turun di waktu kita semua sedang nyenyak tidur. Itu pun hanya hujan renyai.
Tanpa kita sedar mulut kita merungut. Rata-rata orang merungut panas sana, panas sini. Yang berbadan seperti kerengga tanpa lemak di badan pun bising kepanasan. Selama ini dialah orangnya yang melilit pashmina ke sana ke mari di dalam pejabat. Sejuk katanya tetapi nampak selekeh di mata saya. Pashmina itu memang cantik tetapi cara memakainya yang membuatkan seseorang itu nampak selekeh. Serabai semacam (!). Gelebeh sana, gelebeh sini. Kalau betul cara pakainya, ia akan nampak kemas.
Sekarang pashmina ke mana, jaket ke mana. Apa saja yang ada atas meja dijadikan "kipas" terutama hari Isnin. Dikatakan bahawa setiap hari Isnin, aircond di pejabat ini tidak berfungsi dengan baik. Kedinginan mula terasa menjelang hari-hari terakhir dalam minggu itu. Macam ayat mistik je. Saya tidak tahu bagaimana sistem aircond berfungsi. Agaknya selama 2 hari cuti Sabtu dan Ahad ia tidak "bekerja", maka untuk memanaskan sistemnya supaya berfungsi dengan baik, ia memakan masa.
Kita tidak sedar agaknya yang kita rungutkan itu adalah salah satu nikmat Tuhan. Merungutnya kita bermakna kita tidak puas hati dengan apa yang Tuhan berikan pada kita. Apalah salahnya kita mengucapkan syukur dengan cuaca yang sebegini. Bukan sepanjang tahun. Bukan setiap minit. Cuma sekejap. Itu pun kita rasa lama. Kita yang abaikan perintah Tuhan bertahun-tahun itu, tidak pula kita fikirkan. Bukan tidak ada kebaikan langsung cuaca yang sebegini. Banyak kalau kita cuba fikirkan jauh sikit. Contoh, kain baju cepat kering. Kalau hujan? Tidak ke kita kena basuh semula baju-baju yang hapak kerana tidak kering dengan sempurna. Ini contoh yang sangat biasa. Banyak lagi contoh lain yang terpacul dari mulut kita tanpa kita sedar tentang kebaikan cuaca yang sebegini:
"Nasib baik cuaca elok hari ni. Kalau tidak susah jugak nak buat kenduri time-time hujan".
Ini ayat yang sengaja keluar dari mulut kita tapi kita tidak sedar bahawa apa yang kita sebut sebentar tadi adalah salah satu kebaikan cuaca yang sebegini.
Tapi....kalau hujan pun:
"Alaaaa.....hari hujan".
Manusia tidak pernah puas kan. Lagipun cuaca yang sebegini berpunca dari kita juga.

6 comments:
sekarang ni banyak betul air yang saya minum...;)
Lan: Itu yang seeloknya. Saya jugak banyak minum air. Lepas tu rajin melawat Mr Tan. Kalau boleh mandi kat ofis, saya rasa saya salah seorang yang akan mandi.
manusia ni kadg2 sush nak mengucapkan syukur...entahla..hatini perlu dididik...menghargai apa yg ada itu yg pastinya
bila bjumpa sejuik...bru tahu panas itu bnilai
Ayong: Kadang-kadang kita tak tersedar ayat-ayat yang terkeluar dari mulut kita kan.
Ab: Betul tu ab. Baru nak appreciate benda yang takde.
Post a Comment