Monday, 25 May 2009

Milo + Honey-Green-Tea

coffee bar

Jari saya sudah biasa tekan "Honey-Green-Tea" pada coffee bar di pantry pejabat saya.
tumbler

Lazimnya saya akan memenuhkan Honey-Green-Tea ke dalam tumbler (Patutlah Honey-Green-Tea cepat habis. Dia ni rupanya yang tukang perabihkan. Sekali isi bukan main banyak hahaha!!!) Mana tidaknya, main tekan suka suki je kan. Untuk mengisi penuh tumbler ini saya perlu menekan coffee bar sebanyak 2 kali.

Hari ini, tiba-tiba saya teringin hendak minum milo sebagai sarapan. Minum milo sahaja sebab saya terlambat sampai ke pejabat hari ini. Saya tekan "Milo" sekali. Kali kedua, jari saya tertekan "honey-green-tea" ke dalam tumbler(!) (hidup memang selalu tertekan kan?) Nak alihkan tumbler bimbang pulak bekas takungan air di bawah tumbler tu penuh. Melimpah pulak nanti. Jadi crime scene kat situ. Terpaksa la tadah jugak.

Milo + honey-green-tea jadi air apa?

p/s: terlambat bangun gara-gara habiskan novel "Moga Bonda Di Sayang Allah".

p/s 2: marahlah saya sebab saya buang semua air tu. saya tak sanggup minum walaupun cuma rasa. perut saya sangat sensitif.

4 comments:

Lan Bingka said...

memang puas kalau dapat isi milo atau nescafe dlm tumbler tu..;)

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

heheh akak ni klakar la..huhuh

hai said...

hati2 campur2 air tu,member akak kata
nescafe +milo= neslo.
nescafe+milo+coffee mate=cappucino
kopi + teh=...hehehe...
akak penah kena maki sebab order "Ice Lemon Tea"kat sebuah kedai melayu disebuah daerah.
Sebabnya dia tak faham.Bereee muka akak!

eL said...

Kak Hai: Sendiri tak faham, nak maki orang pulak orang tu ye...