Tuesday, 19 May 2009

Tom Yam Solehah

Bahan:
Bawang putih - 1 biji - hiris
Bawang kuning - 1/2 biji - hiris
Sebarang seafood - ikut suka - udang/kepah/sotong atau ayam/daging
Sayuran - ikut suka - tomato/bunga kobis/lobak merah/jagung muda
Serai - 1 batang - ketuk
Daun limau purut - 2 helai
Minyak
Garam
Air

Cara:
1. Masukkan minyak.
2. Tumis bawang putih & bawang kuning.
3. Masukkan serai & daun limau purut.
4. Masukkan seafood/ayam/daging.
5. Masukkan sayuran.
6. Masukkan air & garam.
7. Biarkan mendidih & tutup api.

Nota untuk Solehah:
Ini untuk makan seorang. Semuanya boleh masuk ikut suka hati tapi berpada-pada. Jangan pulak letak serai sampai serumpun ye walaupun serumpun tu ikut suka hati kita :-) Tiada penggunaan sebarang pes. Resepi emak. Ikutkan ini bukanlah simple sangat. Kalau nak lebih simple, guna hanya sejenis seafood sahaja atau ayam sahaja atau daging sahaja tanpa sayur. Itu pun dah boleh. Yang penting kena ada serai & daun limau purut.

Courier dekat kak eL sikit eh.

8 comments:

a.b geldofg said...

nanti aku cuba

hai said...

Tak pernah lagi tgk org masak tomyam tak guna pes,menarik ni...pasal bebudak ni suma tak suka tomyam kerana pesnya tu.lepas ni kena cuba...Sebut pasal daun limau purut,baru2 ni akak nak petik daun limau purut kat belakang rumah,terkejutnya..tinggal batang je..dengan ulat(cam beluncas hijau)gemuk2,adalah dalam 10 ekor.Geram tol! kalau boleh makan cam ulat sago tu akak dah goreng!!!

eL said...

Ab: ko bagi aku sikit nanti

eL said...

Kak Hai: Dulu saya ingat nak buat tomyam ni memang tak pakai pes sebab mak saya tak pernah pakai pes. Bila makan kat kedai, rasa dia lain dari yang mak buat, mula la tertanya-tanya kenapa rasa dia lain benar. Tak sesuai dengan lidah yang dah biasa tak pakai pes. Dah lama baru tau, rupanya ada pes. Sebab dah biasa makan mak punya, saya tak berapa suka order tomyam kat luar.

Akak, ulat-ulat tu kalau boleh buat tomyam sedap kot eh? hahahaha!!!

Solehah Muhammad said...

kak el..tmksh..bawang kuning tu bawang apa? bwng bombey ker? aduuh, malunye, anak dara tak tahu bawang kuning.. x)

eL said...

Solehah: Ye, bawang bombay. Ada orang panggil bawang india.

Basuh Baju said...

ada jugak ye tomyam solehah..roti canai mithalli bila ek?haha

eL said...

Basuh baju: Solehah tu nama orang yang request resepi tu :P