Friday, 15 May 2009

Adalah Tu.....

Masalah, masalah, masalah(!) Sakit jiwa saya dibuatnya. Bukan baru hari ini. Sudah hampir sebulan saya tidak dapat komen apa-apa di blog-blog ini:

1. Titik Bukan Noktah (Pakcik Hashim)
2. PJSelamba (PJ)
3. Hai-Hantamsajala (Kak Hai)
4. Caklam

Mereka ini mempunyai blog layout dan comment box layout yang lebih kurang sama. Layout jenis ini sahaja yang tidak dapat saya komen. Sangat kecewa bila saya sudah taip panjang lebar, bila klik butang hantar, ia tidak berfungsi apa-apa. Pegun. Tiap-tiap hari saya ziarah blog-blog ini. Saya hanya menjadi silent reader sekarang. Adakala meronta-ronta saya hendak komen tetapi tidak dapat.

Ini sama sekali BUKAN salah mereka atau blog layout itu tetapi saya pasti ia adalah salah komputer (di pejabat...padanlah muka kan. siapa suruh buat kerja peribadi waktu pejabat dan guna alatan pejabat. saya jarang sempat online di rumah sejak akhir-akhir ini - alasan...) yang saya guna ini yang di dalamnya tidak membenarkan saya komen blog layout jenis itu. Kemungkinan besar blog layout jenis itu memerlukan biskut cookie di mana komputer saya tidak membenarkan cookie ini. Atau saya yang buta IT?

Hmmm......ok, tarik nafas........

Terasa-rasa tekanan darah naik.

p/s: Cookie - a short line of text that a web site puts on your computer's hard drive when you access the web site.

p/s 2: Saya cuba online di rumah dan komen di blog-blog anda ok.

p/s 3: Kecoh kejap....hahahaha(!)

p/s 4: Errr....eh-eh, lupa pulak nak hembus nafas balik.

4 comments:

hai said...

hahaha...kelakar!Akak ni buta IT,tapi jenis yang redah je...ari tu check juga apa masalahnya...tapi tak tau juga apa salahnya...sebab tak tau nak check kat mana...

eL said...

Kak Hai: Kadang-kadang tu yang canggih-canggih sangat yang bukan dalam jurisdiction kita, tu yang buat bengong kejap tu.

Lan Bingka said...

wah, rileks nampak...hehe

eL said...

Lan: Err...bagi saya 5 minit nak sembang dengan kak hai ye. Jangan bagitau bos saya tau.