Monday, 11 May 2009

Singgang Solehah

Bahan:
Kunyit hidup - 1/2 cm - hiris
Halia - 1/2 cm - hiris
Lengkuas - 1/2 cm - hiris
Bawang kecil - 1 biji - hiris
Serai - 1 batang - ketuk
Daun kunyit - 1 helai
Ikan - 1 ekor - kembung/selar
Asam keping - 1 keping
Garam
Air

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali ikan.
2. Didihkan.
3. Setelah mendidih masukkan ikan.
4. Didihkan sehingga ikan masak.

Nota untuk Solehah:
Ini untuk seorang makan. Untuk Solehah yang kurang selera makan atau sudah jemu dengan menu di luar. Boleh makan dengan nasi putih atau bubur nasi.

Selepas ini:
Tom Yam ringkas.

Nota EoP: Macamlah pandai masak sangat EoP ni.

8 comments:

Solehah Muhammad said...

waaa.. ni syg kak el ni.. tak sabar nak masak ^__^

eL said...

Solehah: Sayang awak juga :-) Tom Yam Solehah tu lambat sikit ye. Kak el kena masak dulu weekend ni baru boleh bagi resepi. Maklumlah chef amatur memang macam tu. Singgang tu kak el baru masak weekend baru ni.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

amboi..bestnyer...heheh

eL said...

Ayong: Ayong pun boleh cuba. Kalau tak keberatan, datanglah rumah kak el time kak el masak banyak. Nanti kak el sms ok.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

ok..kalo bab mkn ni no hakk kak...hehehhe iAllah sampai la..umah akk kat ner erk?

a.b geldofg said...

erkkkkkkkkk.......kenyangnya!

malas pulak nak solat rasanya hehehe

eL said...

Ayong: Akak tinggal kat hujung dunia. Insya-Allah, nanti akak bagitau ye.

eL said...

Ab: Ko tak baik tau buat ayat camtu. Hampeh...sampai boncet perut makan hahaha...