7:20 am
Perempuan melayu terakhir yang cun (bukan saya cakap, McNa yang cakap. Tak percaya, tanya dia) keluar rumah. Hendak pergi kerja. Eh, apa benda yang ada depan pintu rumah ni? Sampah. Sampah dari mana? Oh, dari tangga bawah tu. Kenapa ada kat sini?
2 Hipotesis. Kira macam buruk sangka la juga ni.
Hipotesis 1.
Jiran saya yang letakkan sampah tu depan rumah saya. Kenapa? Sebab dia ingat saya yang sapu sampah ke tangga bawah tu. Betul ke? Betul. Kenapa saya buat macam tu? Saya mesti ada sebab. Sebabnya? Sampah dari tangga atas menyemakkan pandangan saya. Setiap minggu saya kena sapu, saya kumpulkan kat tangga bawah. Tujuan? Saya nak tengok, minggu depan ada lagi ke tak sampah dari tangga atas tu. Kalau ada, siapa punya sampah? Takkanlah saya pulak. Takkanlah masa sapu, sampah saya naik ke tangga atas. Lagipun, saya tak mungkin sapu sampah saya ke luar rumah ke tangga. Saya mesti sapu terus ke dapur dan beranda belakang rumah di mana saya letak tong sampah saya. Saya tadah lepas tu buang dalam tong sampah saya. Memang macam tu la sepatutnya kan? Jadi, sampah dari tangga atas tu mestilah sampah dari orang yang tinggal di atas sebab setiap minggu ada sampah di atas tangga tu. Saya sapu lagi ke tepi tangga bawah. Dah banyak baru saya buang.
Salah saya ke kalau saya tolong sapu sampah orang atas dan kumpul kat situ. Akhirnya saya jugak yang buang. Sampah saya, saya tak suruh orang buang pun. Kenapa sampah orang lain pulak saya yang kena sapu? Bila saya dah tolong, ada pulak orang letak sampah tu depan rumah saya. Persoalannya. Sampai bila saya kena sapu sampah orang atas yang disapu ke arah tangga atas depan rumah saya? Naik lemak la mereka kan? Sebab ada pulak tukang sapu sampah tak bergaji yang tolong sapukan. Dapat pahala ke buat kerja tak ikhlas? Memanglah salah saya kalau saya kumpulkan sampah tu ke tepi sebelum dibuang tapi cubalah fikir, sampah tu bukan sampah saya. Kalau ye pun, cubalah bagi saya masa untuk saya buang. Sampah orang lain pulak tu.
Hipotesis 2
Orang yang berniat jahat letakkan sampah tu depan rumah saya. Kenapa saya cakap macam tu? Macam ni ceritanya. Jeng jeng jeng.
Saya bangun pagi tu terus ke bilik air. Saya pasang shower. Eh, kenapa perlahan pula air ni? Semalam elok je. Oh, mungkin akan ada gangguan bekalan air sekejap lagi. Lebih baik mandi cepat-cepat. Ini yang ada dalam fikiran saya.
Saya rasa akal orang yang berniat jahat tu macam ni. Dia perlahankan paip utama saya kat bawah malam tu. Dia ingat saya akan gunakan air dah tengah-tengah malam masa orang semua dah nak tidur. Jadi, bila saya tengok air perlahan, saya akan keluar dan turun bawah untuk kuatkan aliran air. Bila saya keluar ternampak ada sampah depan pintu saya, mestilah saya akan sibuk buang sampah dulu sebelum saya turun bawah. Jadi, penjahat tu senanglah nak masuk rumah saya atau nak buat apa-apa kat saya. Memandangkan dalam rumah saya tak ada barang apa-apa yang berhargakecuali saya, tinggal saya je yang boleh jadi mangsa dia.
Hoh. Penat buat hipotesis sedangkan tak tahu yang mana satu betul. Entah-entah dua-dua salah. Eh, faham ke apa yang saya tulis ni?
Perempuan melayu terakhir yang cun (bukan saya cakap, McNa yang cakap. Tak percaya, tanya dia) keluar rumah. Hendak pergi kerja. Eh, apa benda yang ada depan pintu rumah ni? Sampah. Sampah dari mana? Oh, dari tangga bawah tu. Kenapa ada kat sini?
2 Hipotesis. Kira macam buruk sangka la juga ni.
Hipotesis 1.
Jiran saya yang letakkan sampah tu depan rumah saya. Kenapa? Sebab dia ingat saya yang sapu sampah ke tangga bawah tu. Betul ke? Betul. Kenapa saya buat macam tu? Saya mesti ada sebab. Sebabnya? Sampah dari tangga atas menyemakkan pandangan saya. Setiap minggu saya kena sapu, saya kumpulkan kat tangga bawah. Tujuan? Saya nak tengok, minggu depan ada lagi ke tak sampah dari tangga atas tu. Kalau ada, siapa punya sampah? Takkanlah saya pulak. Takkanlah masa sapu, sampah saya naik ke tangga atas. Lagipun, saya tak mungkin sapu sampah saya ke luar rumah ke tangga. Saya mesti sapu terus ke dapur dan beranda belakang rumah di mana saya letak tong sampah saya. Saya tadah lepas tu buang dalam tong sampah saya. Memang macam tu la sepatutnya kan? Jadi, sampah dari tangga atas tu mestilah sampah dari orang yang tinggal di atas sebab setiap minggu ada sampah di atas tangga tu. Saya sapu lagi ke tepi tangga bawah. Dah banyak baru saya buang.
Salah saya ke kalau saya tolong sapu sampah orang atas dan kumpul kat situ. Akhirnya saya jugak yang buang. Sampah saya, saya tak suruh orang buang pun. Kenapa sampah orang lain pulak saya yang kena sapu? Bila saya dah tolong, ada pulak orang letak sampah tu depan rumah saya. Persoalannya. Sampai bila saya kena sapu sampah orang atas yang disapu ke arah tangga atas depan rumah saya? Naik lemak la mereka kan? Sebab ada pulak tukang sapu sampah tak bergaji yang tolong sapukan. Dapat pahala ke buat kerja tak ikhlas? Memanglah salah saya kalau saya kumpulkan sampah tu ke tepi sebelum dibuang tapi cubalah fikir, sampah tu bukan sampah saya. Kalau ye pun, cubalah bagi saya masa untuk saya buang. Sampah orang lain pulak tu.
Hipotesis 2
Orang yang berniat jahat letakkan sampah tu depan rumah saya. Kenapa saya cakap macam tu? Macam ni ceritanya. Jeng jeng jeng.
Saya bangun pagi tu terus ke bilik air. Saya pasang shower. Eh, kenapa perlahan pula air ni? Semalam elok je. Oh, mungkin akan ada gangguan bekalan air sekejap lagi. Lebih baik mandi cepat-cepat. Ini yang ada dalam fikiran saya.
Saya rasa akal orang yang berniat jahat tu macam ni. Dia perlahankan paip utama saya kat bawah malam tu. Dia ingat saya akan gunakan air dah tengah-tengah malam masa orang semua dah nak tidur. Jadi, bila saya tengok air perlahan, saya akan keluar dan turun bawah untuk kuatkan aliran air. Bila saya keluar ternampak ada sampah depan pintu saya, mestilah saya akan sibuk buang sampah dulu sebelum saya turun bawah. Jadi, penjahat tu senanglah nak masuk rumah saya atau nak buat apa-apa kat saya. Memandangkan dalam rumah saya tak ada barang apa-apa yang berharga
Hoh. Penat buat hipotesis sedangkan tak tahu yang mana satu betul. Entah-entah dua-dua salah. Eh, faham ke apa yang saya tulis ni?

4 comments:
'Kerana dirimu begitu berharga'
Kat blok saya, pasal sampah, nyawa melayang..
hampeh punye jiran..
aduhai kak..macam2 hal la...sabor jela..akk tq msg hari guru..sy x dapat nak blas cz enset sy rosak...x blh hntr msg
Nohas: Sampai macam tu sekali ye.
Lan: Kalau ada perkataan lebih teruk dari "hampeh", itulah perkataannya.
Ayong: Sabor la ni dik. Kalau tak sabor memang akak dah jerit-jerit macam orang gila kat orang atas tu hehehehe. Oh, ingatkan tak dapat mesej hari guru tu :-)
Post a Comment