Tuesday, 25 May 2010

BTS

BTS.
Bandar Tasik Selatan?
Berjaya Times Square?
British Thoracic Society?
Base Transceiver Station?
Bangkok Mass Transit System?

Ye, betul. Berjaya Times Square.

Ia adalah pusat membeli belah. Bukan yang main nombor tu. Itu Berjaya Toto. Kenapa kau terangkan lebih-lebih el. Macamlah orang tak tahu kau ni el.

Saya pernah ke BTS tapi pandangan pertama saya? Saya tak suka sangat pusat membeli belah tu kalau nak dibandingkan dengan KLCC walaupun saya tak boleh beli apa-apa pun kat KLCC. KLCC bukan tempat saya. Setakat lalu je setiap hari bolehlah. Saya punya taraf Giant je.

Tak tahulah kenapa kurang suka dengan BTS. Mungkin masa saya pergi tu, BTS baru buka. Maka tak banyak kedai lagi.

Sekarang? Wah! Banyak dah kedainya. Macam-macam pula tu. Terutama kedai-kedai menjual baju budak-budak perempuan. Budak-budak bunyinya besar sikit. Kalau kanak-kanak macam kecil sangat. Alya bukan kanak-kanak lagi. Dia dah “tua”. Hehehe…ampun Alya. Teruja pasal kedai baju budak-budak je. Kedai lain tak sangat.

Eh…kenapa cerita pasal Alya pula ni.

Kenapa dengan BTS?

21 Mei 2010 – 5:45pm

McNa: Kau kat mana?

Saya: Kat ofis lah.

McNa: Kau buat apa tu? Baliklah. Teman aku pergi main boling?

Saya: Haaa????????? Kau niiii…aku tengah buat kerja ni. AGM aku tak siap lagi. Minggu depan bos aku dah balik.

McNa: Dah petang ni. Baliklah. Buat apa kerja teruk-teruk sangat. Turun sekarang. Aku tunggu kau dekat monorel Raja Chulan.

Saya: (Bertuah punya budak. Aku dah la tak bersedia mental dan fizikal ni).

Ewah ewah. Suka hati engkau je kan. Main arah je. Senang je engkau bila kau nak suruh aku teman engkau. Bila tiba masa aku suruh kau teman aku, aku yang kena fikir 10 kali pasal anak-anak kau kat rumah. Kau ni memang kejam tau McNa. Macamlah kau reti sangat nak main boling.

Sebab aku tak reti la aku ajak kau. Aku nak berlatih sebab hari ahad ni aku ada pertandingan.

Pertandingan? Hahahahahaha….aku dah tahu dah keputusannya kalau kau yang masuk pertandingan tu.

4 comments:

Khairi Mohd said...

BTS dekat lowyat ke? huhu. tak best!

eL said...

Khairi: Ye. Tak best kan? Haaaa...memang terbuktilah tak best. Dulu ramai budak-budak pakai pelik-pelik kat situ. Rambut pacak, stokin hitam putih belang-belang. Apa namanya? Gothic? Eh, tak tahulah makcik nak menyebutnya.

nohas said...

BTS ada indoor theme park yg sgt best utk kanak2..

entahlah dah x suka ronda2 shopping complex, umur dah meningkat, rasa mcm boring je..tapi kena gi juga atas urusan kerja..

eL said...

Nohas: Sama la kita. Paling tak best bila kita suka benda tu tapi kita tak dapat beli sebab tak mampu :-) kalau pergi pun hanya sebab si kecik tu je.