Friday, 21 May 2010

Air Kacang Soya

Si Nana ni dulu dia kata badan dia berisi. Saya tak dapat nak mengesahkannya sebab saya kenal dia, dia memang dah kurus dan lebih tinggi dari saya. Kecemburuan ditahap melampau orang tinggi lebih dari saya. Dan saya juga belum pernah tengok gambar lama dia.

Dia pernah cerita pada saya yang dia mula menurunkan berat badan kerana doktor telah mengesahkan dia menghidap kencing manis di usia awal 20an. Takutnya. Katanya sakit dah beransur sembuh.

Di pejabat kami ada 3 chiller. Setiap chiller dipenuhi dengan air tin Coca-Cola, Diet Coke, 100Plus, Kacang Soya dan Teh Bunga.

Satu hari saya ternampak Nana ambil setin air kacang soya.

Saya: Nana, awak tak boleh minum tu la. Air tu banyak gula. Kata kencing manis.

Nana: Saya nak putih.

Saya: Weh....kalau nak putih bukan awak yang kena minum. Mak awak yang kena minum masa mengandungkan awak.


Gloss: Saya tak tahu sejauh mana putihnya kulit si anak sekiranya si ibu selalu minum air kacang soya ketika mengandungkan si anak. Saya selalu dengar macam tu lah. Betul ke?

4 comments:

hai said...

x la el...aceli minum soya ni kulit anak akan lebih cantik...halus gebu gitu..dan x mudah terkena penyakit kulit cam ruam yg teruk ke...
ace pikir balik,kalo dah mak ayahnya lebam,x kan le tetiba anaknya putih selepuk...kalo gitu ramai india berlumba2 minum air soya,bior kulit anak dia putih gitu..hehehe....

eL said...

Muahaha Kak Hai...dua2 salah la ye. Nana salah. Saya pun salah. Patutlah kulit saya halus gebu gitu. Ni mesti mak saya selalu minum air soya ni. Tak pun abah saya yang selalu minum hahahaha!!! Tapi mak selalu buat air soya masa saya kecik. Dulu tak ada mesin macam akak tu. Mak perah dengan kain putih je.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

tp kan kak..btul jfk fakta tu..cz mak sy waktu mngndungkan adik sy dia mmg siker minum air kacang soya..adik sy lahir2 puti..tp kulit dia sensitif...dan fakta ni disahkan oleh cikgu saya...cz isteri dia pun cam mak sy..hehehehh

eL said...

Ayong: Masa akak belajar dulu, akak diberitahu yang memang kulit orang yang putih ni sensitif sebab diorang kurang melanin kalau nak dibandingkan dengan kulit orang yang gelap. Itu sebabnya kita tengok orang india lebih tahan di bawah matahari berbanding dengan kita yang berkulit kurang putih ni, wallahu'alam.