Kita selalu tak rasa kewujudan mereka.
Kerana itu kita jarang fikir sebelum kita mengeluarkan kata-kata.
Kita rasa disebabkan orang tu dah selalu dengan kita, kita tak perlu lagi untuk menjaga hati.
Kita selalu dewa-dewakan orang yang baru kita kenal.
Jarang sekali kita fikir bahawa orang yang baru kita kenal itu belum diuji seperti orang yang kita sudah kenal lama.
Kita seringkali melukai hati orang yang berada di sekeliling kita tanpa kita sedar.
Lebih malang lagi, bila kita tersedar kita tidak terfikir untuk meminta maaf.
Kerana kita rasa kita dah biasa dengan orang tu.
Hatinya tak perlu dijaga.
Alah...dah kenal lama takkanlah kena pujuk juga.
Dah tahu hati budi takkanlah tak faham lagi.
Kita tahu tak kita silap?
Tidak.
Kita tak pernah tahu.
Lebih malang, kita tak pernah nak ambil tahu.
Bertambah malang kalau kita tahu sekalipun, kita tak mahu buat apa-apa.
Sekiranya berlaku selisih faham sama ada yang besar atau kecil, semudah itukah kita memutuskan talian yang telah sekian lama terjalin?
Semudah itukah kita melupakan cerita-cerita yang dikongsi bersama?
Bertahun-tahun melalui ujian keimanan, disudahi dengan satu perselisihan yang sangat remeh.
Betapa ceteknya akal kita yang selalu kita lambangkan dengan kematangan kononnya.
Tiada salahnya memaafkan ketika hati sedang dilanda amarah.
Tiada dosanya memaafkan tanpa melanjutkan perselisihan.
Bak bait-bait lagu Aisyah, maaf adalah dendam yang terindah.
Hati orang-orang yang berada di sekeliling kita adalah amat penting.
Kerana mereka telah lulus ujian persahabatan dengan kita.
Mereka telah lulus ujian kesukaran dan kesenangan dengan kita.
Jaga pertuturan kita.
Jaga tingkah laku kita dengannya.
Jika kita kehilangan mereka, kita tidak akan jumpa lagi orang seperti mereka di mana-mana.
Walau seburuk mana pun perangai mereka, jadikanlah sempadan tetapi jangan sesekali keluarkan perkataan yang tidak baik kepada mereka.
Mereka ada hak mereka sendiri. Dan hak mereka adalah kata-kata yang baik dari kita.
Hak mereka adalah kelakuan/layanan kita yang baik terhadap mereka.
Kita akan rasa terkilan jika kita kehilangan mereka.
Ketika itu kita akan terkenangkan saat kita bersama mereka.
Ketika itu sudah terlambat.
Kita akan rasa bersalah.
Tiada salahnya berbuat baik pada orang berbuat tidak baik pada kita.
Yang membalasnya bukan kita.
Ada yang lebih berkuasa dari kita akan membalasnya dengan balasan yang tidak tercapai dek akal.
Jangan bimbang sangat kalau kita tak nasihatkan dia untuk memperbetulkan kesilapannya, dia akan ulangi kesilapan yang sama.
Kerana mungkin dia tidak belajar untuk memperbetulkan kesilapan itu ketika dia buat silap kepada kita tetapi percayalah dia akan mempelajari sesuatu dari orang lain.
Apa yang penting doakanlah yang baik-baik untuknya.
Saya tidak gemar menyenaraikan kelemahan orang-orang yang berada disekeliling saya sekiranya saya tidak senang dengan mereka atau sekiranya berlaku selisih faham.
Sekali saya tidak menyebutnya, saya tidak akan menyebutnya sampai bila-bila.
Saya teringat akan sepucuk email yang pernah saya baca suatu ketika dulu berkisar tentang perselisihan di antara suami dan isteri.
Saya sangat terharu dengan balasan nota si suami kepada isterinya yang mengatakan si isteri tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan sepanjang perkahwinan mereka.
Saya percaya, si isteri pasti ada melakukan kesilapan, tetapi kerana sikap pemaaf dan demi menjaga hati, si suami membalas sedemikian rupa.
Sikap di atas bukan setakat boleh diaplikasikan di antara suami dan isteri tetapi dengan sesiapa saja.
Anda cuba lakukan.
Percaya dengan kata-kata saya, hasilnya amat menakjubkan kerana ia pernah berlaku kepada saya.
Kadang-kadang tanpa kita sedar, menyenaraikan kelemahan orang lain itulah kelemahan kita.
Ia seperti menuding jari telunjuk kita kepada orang lain tetapi tanpa kita sedari, empat jari lagi menunjuk kepada diri kita sendiri. Adakah kita sedar?
Mereka = ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, sepupu, saudara mara, suami siteri, teman hati dan sahabat handai.
Gloss: Maafkan orang-orang disekeliling kita tanpa syarat seandainya mereka meminta maaf. Jangan ditambah rasa bersalah mereka dengan menyuruh mereka mengubah sikap dan menyenaraikan kelemahan mereka selagi kesilapan itu tidak melanggar agama. Siapa kita untuk menyuruh mereka membuat itu ini. Dan yang paling penting, apa kita rasa seandainya orang lain buat seperti itu pada kita. What goes around come around.

2 comments:
that's why perbincangan itu amat penting bukan, kak el? So that apabila hati dibicarakan di bibir, masing-masing tahu salah silap masing2.
Semestinya kalau isteri atau suami bersikap tidak wajar, kita perlu ubah. Merubah bukit jadi hiway lebih senang daripad merubah seorang manusia. justeru, kalau suami menegur isteri, isteri yg baik perlu tolong suami untuk memahami diri sendiri dan juga memahami suami itu sendiri. sangat cantik kalau semua itu dibincangi tanpa dicemari emosi.
indah sungguh.
Khairi, kak el rasa nak suruh orang berubah pun kena ada cara untuk tegur kan. Majalah Solusi bulan ni ada tulis cara nak tegur orang. Kak el lupa siapa yang tulis.
Sekarang ni kita suka la bercakap dengan orang tu sebab dalam hati ada taman kan? Bila selisih faham, baru kita tahu yang dia jenis yang tak boleh dibawa berbincang bila kita ajak berbincang. Dia tetap nak kata kita salah. Dia tetap nak suruh kita mengaku kita dah buat salah. Bila dah mengaku salah pun masih tekan kita macam-macam. Tu tak boleh bawa berbincang la tu kan.
Tiba-tiba emo...hehehe. Perempuan.
Post a Comment