Monday, 26 April 2010

Senyum Lebar-Lebar

Masa mula-mula abah guna telefon bimbit, dia tak tahu langsung macam mana nak hantar sms. Dia tak pernah rasa nak cuba pun.

Lepas tu mak pula yang ada telefon bimbit. Emak belajar macam mana nak taip sms. Akhirnya pandai juga dia walaupun banyaknyalah kesilapan ejaan. Kadang-kadang saya terpaksa forward kat adik-adik saya bertanyakan kalau-kalau mereka faham apa maksud yang mak saya taip. Kadang-kadang jadi bahan ketawa kami adik beradik termasuk mak sekali. Saya pernah cerita dalam entry sebelum ni. Malas nak cari entry tu balik untuk buat link :-)

Sehingga ke hari ini, ejaan dalam sms mak semakin baik tetapi masih ada kesilapan di sana sini.

Abah?

Abah dah pandai sms sekarang. Selama abah sms dengan saya, belum pernah ada kesilapan ejaan. Dia cuma ada kesilapan ejaan bahasa malaysia zaman dulu-dulu dan zaman sekarang.

Contoh: Perkataan "boleh". Abah akan taip "bolih".

Saya bukan nak bercerita pasal kesilapan ejaan atau penggunaan sms atau penggunaan telefon bimbit.

Ini ceritanya. Mukadimah panjang macam khutbah Jumaat.

Saya menunggu abah datang ambil saya di rumah pada setiap malam Khamis untuk di hantar ke kelas. Selalunya saya menunggu dia sebelum dia sampai. Abah ni, kalau nak datang jemput saya, dia tak akan datang seorang. Dia mesti angkut mak saya dan Alya sekali.

Khamis lepas, macam biasa saya menunggu abah kat kerusi kat bawah kawasan perumahan saya. Tiba-tiba masuk sms di telefon bimbit saya; "eL, abah dah ada kat bwh skrg".

Saya nak ketawa kuat-kuat tapi tiba-tiba saya sedar yang saya adalah perempuan melayu terakhir di kawasan itu. Saya senyum lebar-lebar sambil membalas sms abah:

"Kekekeke mana ada abah kat sini. Kakak tunggu dah 5 minit dah".

LOL. Kantoi.

Gloss: Saya tak pasti sama ada abah faham ke tidak maksud "kekekeke" tu LOL.

4 comments:

nohas said...

Thumbs up for your parents, ada inisiatif nak belajar new technology. Ada kenalan umur > 60an, hp lagi canggih dari saya, siap ambil video lagi..hehe..

Seronoknya duduk dekat parents, abah leh hntr gi kelas..hmm.. teringat zaman sekolah dulu.

eL said...

Nohas: Terpaksalah sebab anak-anak rajin sms dari call sebab nak jimat kredit. Duduk dekat parents ni kadang-kadang orang kata mengada-ngada nak kena berhantar berambik. Macamlah tak boleh pergi sendiri hehehehe. Sebenarnya dia yang beriya nak hantar. Pernah saya pergi sendiri, dia cakap dia free, kenapa tak suruh dia hantar. Pulak.

hai said...

kdg2 mmg kelakar dgn ragam org tua bersms ni...kadang abah akak dan adik beradik dia suka sgt tersalah anta msg....tu x pe lagi penah pak sedara akak nak call somi akak tapi tercall adik dia yg dok sebelah kerusi ngan dia je...sebabnya nama adik dia sama nama ngan somi akak!!lawak diorang ni....

eL said...

Kak Hai: Hehehehe...kelakar kan bila cerita pasal sms ni. Nasib baik la tak pernah tersalah hantar sms mengumpat. Saya pernah terhantar sms kelakar pasal monyet kat abah. Sebenarnya sms tu mengenakan nak orang, kononnya nak mengenakan kawan. Terhantar kat abah. Lepas dah terhantar tu, saya tekup muka kat bantal sambil tu pasang telinga kot kot ada terdengar bunyi orang panggil "el!!!!!!!!!!".