Perbualan 2 orang mak dara dan seorang anak dara yang bujang trang tang tang (hahahaha…macam hampeh promotion):
Mak Dara A: You senang la Mak Dara B, pakai apa pun cantik. I ni susah nak cari baju.
Mak Dara B: Eh kan sekarang dah ada yang Plus Size tu..ok apa yang selalu you pakai tu. Ni I cakap terus terang la eh…you all janganlah pakai baju kurung je. Pakailah seluar panjang sekali sekala (dia tak sebut seluar panjang, dia sebut pants). Baru la nampak muda. Orang tua macam I ni, lagi tua lagi rasa nak bergaya tau.
Hoh! Rasa nak cili je mulut dia kan.
Dia memang jenis yang rajin bercakap. Dia sambung lagi:
Mak Dara B: Macam you ni eL, sesekali pakailah pants. Pakai baju kurung tiap-tiap hari nampak macam makcik-makcik.
Rasa apa? Rasa nak lempang laju-laju kan?
Lantak kaulah. Ada aku kesah? Yang jaga aurat, bukan kau. Aku.
Saya tak marah dia cakap macam tu. Saya senyum je. Dalam kepala saya, yang saya taip kat bawah ni:
Saya tak suka orang atur hidup saya suruh buat itu buat ini. Suka hati saya la nak pakai apa. Ingat kita pakai ni suka-suka, nak cantik dan bergaya ke? Kalau nak, tak payah suruh. Dah lama reti buat. Kita selesa macam ni. Tak menyusahkan orang. Yang penting, ini adalah suruhan Tuhan. Tak rasa lebih selamat ke?
Saya rasa tak perlu malu orang nak panggil kita makcik-makcik ke, sarung nangka ke. Nak malu kat dunia buat apa? Kat sana esok lebih malu. Depan semua manusia. Kat dunia ni, dengan kita-kita je. Orang yang pakai dedah sana dedah sini tu sepatutnya lebih malu.
Nak buat apalah ikut cakap orang. Apa yang kita buat hari ini, dikira hari esok. Apa yang kita pakai hari ini, kat sana esok bukan kita yang jawab, tapi anggota yang kita dedahkan akan menjawab bagi pihak kita. Kita nak tutup mulut anggota kita? Kat mana mulut diorang? Kita nampak? Kita tahu?
Tidak kan? Habis tu, nak tutup mulut anggota kita macam mana?
Setakat kita bagitau orang; “I ada intention nak pakai tudung. I tengah kumpul warna-warna tudung. sekarang ni dah banyak dah. I tak bolehlah, I kena betul-betul bersedia baru I boleh pakai”.
Setakat banyak je buat apa kalau tak pakai? Warna tudung pulak yang jadi pentingnya. Simpan dalam almari, esok lusa tudung tu yang tutup kita jadi kain kapan.
Bilanya kita betul-betul bersedia? Esok Tuhan dah panggil balik, baru betul-betul bersedialah. Ya lah, dah kena tutup semua dari atas sampai bawah dengan kain putih.
Tapi semua yang di atas tu saya tak cakap kat Mak Dara B sebab bagi saya untuk buat benda yang baik, kita tak boleh mulakan dengan kata-kata yang tak baik. Kita nak ajak dia tutup aurat tapi kita kutuk dia pulak. Lagi lah dia tak mahu pakai nanti.
Saya akan cakap sesuatu yang buat dia diam selama 3 saat. Tu tandanya terkesan jugalah dalam hati dia selama 1 saat. Yang 2 saat lagi tu, dia sempat kutuk saya pulak dalam hati hehehe. Buruk sangka betul.
Setiap kali saya nampak dia, saya mesti berdoa dalam hati supaya Tuhan bukakan hatinya untuk menutup aurat sebelum dia menutup mata.
Gloss: Yang nak angin tu kenapa eL? Hari ni tumbuh tanduk sikit.

Gloss II: Cerita ni dah lama, tapi baru hari ni saya sempat tulis.

7 comments:
muahaa..marah ag ka el,jgn tak marah..sy pon tak suke org suka sebok cam tu..suka ati org la nak pakai apa..selalu kalau kita tutup aurot depa banyak komplen..yg terbukak sana sini tak nak plak komplen :( mencikk
Solehah: Yang hairannya, patut dia yang tua tu nasihat kita tutup aurat. Ini dia pulak yang suruh dia pakai itu pakai ini. Mencik jugak(!)
el,
terasa plak akak...sebab dah nak masuk senja ni tak reti2 nak pakai kurung..huhuhu....tapi x penah la suggest kat org nak pakai apa sebab sendiri pun x pandai bergaya!!
Kak Hai: Hehehe...meh saya tumpang terasa sekali. Akak, nak pakai seluar panjang tu tak salah tapi tak payah la ajak orang sekali suruh bergaya nak suruh bagi nampak cantik dan muda macam Mak Dara B tu kan. Kalau dah tua tu, tua jugak. Buat la cara tua. Takkanlah kita akan jadi muda balik. Lepas tu jadi baby. Lepas tu? Masuk dalam perut mak kita balik ke?
Errr...nak tergelak pulak. Saya bukan kata akak tau. Saya kata Mak Dara B tu.
huhuhu...sbar k.el...hehheheh..ayong ni pon suka pakai seluar gak k.el.hehhe iAllah suatu hari nnt akn berubah mnjadi lebih baik..
Ayong: Alamak...macam orang dah salah faham je. Bukan tak boleh pakai seluar. Boleh, tapi tak payah la suruh orang lain bergaya pakai macam tu macam ni. Akak sendiri pun pakai seluar, hari Jumaat je sebab hari Jumaat ofis boleh dress down :D Orang hari Jumaat la pakai baju kurung kan..terbalik. Kena jajah, macam tu lah.
hehehhe...yg pntg menutup aurat kan kak...
Post a Comment