Jarang kita nampak telefon awam sejak akhir-akhir ini kan? Semakin berkurangan sejak penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa.
Sudah tak berguna lagikah telefon awam?
Berguna.
Bila?
Ketika pengguna prepaid kehabisan kredit ;-)
Dulu. Saya hairan kenapa dia bercakap kat telefon awam tu sedangkan ditangannya ada telefon bimbit? Lama-lama baru saya faham.
i. Telefon bimbit tu gunanya nak tengok nombor yang dia hendak dail.
ii. Dia guna telefon awam sebab dia kehabisan kredit.
Kalau telefon awam itu masih relevan, mengapa berlakunya vandalisma terhadapnya yang tak berdosa? Kena pijak, kena tendang. Jatuh terjelepuk.
Cuba kita pijak sikit telefon bimbit kita tu. Jatuh sikit pun kita dah meraung sampai seisi kompleks membeli belah boleh dengar suara kita.
Anda ada jawapan?
Gloss: Saya mula memakai telefon bimbit (prepaid Hotlink) setelah saya mengalami 2 kali kejadian yang menyebabkan saya berbuka puasa sendirian di perhentian bas Lebuh Ampang(!) Ketika itu, simcard Maxis berharga RM235(!) Alangkah beruntungnya pengguna prepaid Hotlink sekarang. RM10 dah boleh dapat 1 simcard.
Gloss II: Saya menukar kepada postpaid kerana saya seorang pengguna telefon bimbit yang "ganas" LOL.


4 comments:
ganas macam hulk ke?..;p
hehhe akak pnya posting macm tajuk harini sy ngjar kt skolah...bab kemudahan awam..termasuklah telefon awam...bgtau bdk2 ni jgn rosakkn tepon awam cz nnt pape jd sush nk telefon pakai ape..biar dorg paham & x terlibat dgn gejala vandalism
hehhe akak pnya posting macm tajuk harini sy ngjar kt skolah...bab kemudahan awam..termasuklah telefon awam...bgtau bdk2 ni jgn rosakkn tepon awam cz nnt pape jd sush nk telefon pakai ape..biar dorg paham & x terlibat dgn gejala vandalism
Lan: Hehehe...kalau ada yang lagi ganas, itulah dia. Pakai prepaid asyik lebih dari RM60 je. Tukar postpaid. Telefon siapa pun tak tau lah. Ganas...ganas.
Ayong: Budak-budak memang kena hargai telefon awam ni sebab diorang tak dibenarkan guna dan bawa telefon bimbit ke sekolah. Nak telefon mak ayah masa ada kecemasan jadi susah kalau telefon awam rosak.
Post a Comment