Monday, 7 June 2010

Jadilah Cerdik Yang Berakal

Saya telah berjanji dengan diri sendiri tidak akan menulis blog ini selagi 12 orang rakyat Malaysia tidak pulang. Alhamdulillah mereka telah kembali semalam. Linangan airmata mengiringi mereka padahal tidak seorang pun ada pertalian darah dengan saya. Yang nyata mereka saudara seagama saya.

Mendengar pengalaman dari mulut mereka sendiri di dalam rancangan "Palestin, Kami Bersamamu" di RTM1 semalam membuatkan saya terdiam. Tak jadi nak masuk tidur. Sakit hati, sakit mata. Segalanya sakit. Saya hanya berdoa di dalam hati. Saya juga mengharapkan agar RTM menyiarkan sarikata rancangan itu di dalam bahasa inggeris supaya dapat ditonton oleh semua umat manusia di dunia ini tidak kira melalui media apa pun. Yang paling berkesan sekarang adalah YouTube.

Kenyataan dari Tzipi Livni, Menteri Luar Isra*l di dalam rancangan Global@1 di RTM1 malam tadi begitu bersahaja dengan memandang skrip di hadapannya. Entah apalah agaknya yang dimahukan dari negara yang telah dihancurkan oleh tangan tenteranya sendiri.

Mereka yang "cerdik" di Isra*l sana tidak tahu membezakan di antara bahawa datangnya bantuan itu adalah bersifat kemanusiaan atau fahaman agama. Mereka tidak tahu langsung membezakan. Sayang bagi mereka yang dikatakan umat manusia yang sangat bijak (tetapi kurang menggunakan akal). Di dalam kepala mereka mempunyai persepsi bahawa semua bantuan yang datang adalah atas nama agama Islam. Mereka tidak langsung memikirkan bahawa bukan semua manusia di dalam flotilla itu beragama Islam. Mengambil teks dari rancangan Global@1, "jika mereka (dibaca: Isra*l) bijak memalsukan paspot, mereka juga tidak mustahil memalsukan semua gambar/video insiden Mavi Marmara". Memang betullah tu (sila baca tentang Mossad iaitu agensi risikan Isra*l di dalam Majalah-i isu April tentang pemalsuan paspot).

Ok cukup setakat itu kerana saya percaya sudah ramai yang berkisah tentang ini sejak ianya berlaku. Alhamdulillah, 12 orang mereka telah selamat. Saya menunggu lagi 6 orang yang akan pulang.

Pesanan untuk anda dan saya sendiri, sayangi agama kita dan juga sayangilah kita sesama manusia.

2 comments:

nohas said...

Mereka bangsa yg cerdik yang dilaknat Allah SWT..

Palestin mengajak kita menghayati ajaran Islam sepenuh..Islam realiti vs Yahudi realiti..

eL said...

Nohas: Itulah. Semoga kita sentiasa dipelihara iman.