Tuesday, 29 June 2010

Jaga Kesihatan Biar Berpada

Hari Sabtu lepas – nampaknya semua cerita saya berlaku hari Sabtu – selepas ke pejabat pos untuk pos telekung kepada seorang kawan yang berada di UK yang dah lama saya janji - saya ke Cold Storage di Wangsa Walk.

Selepas selesai semuanya, saya ke booth NKF (National Kidney Foundation) untuk bertanyakan subscription bulanan saya yang kelihatannya telah terputus. Selalunya setiap bulan akan tercatat “NKF” di dalam penyata kad kredit saya. Sekarang tidak lagi. Saya mula sedar bila saya buat subscription bulanan untuk MAKNA minggu lepas. Mungkin kerana lambat bayar, kad kredit saya telah disekat dan NKF tidak dapat melakukan direct debitnya bulan itu. Saya rasa agakan saya ini tepat.

Bukan itu yang hendak saya cerita. Ketika saya sampai di booth itu, saya macam kenal staf kat situ. Dia pun cakap dia macam kenal saya. Memang benar. Kami pernah bekerja di bawah satu bumbung. Seorang wanita india. Dia sudah meninggalkan syarikat setelah 35 tahun bekerja. Sekarang dia sudah sampai usia pencen dan mula berjinak jinak dengan kerja amal. Semasa dia meninggalkan syarikat, dia hanya ada 6 bulan untuk pencen.

Soalan pertama dia tanya saya; “Did you know XXX has died?”. Dengan muka terkejut saya bertanya bila.

Dia mula pot pet pot pet seperti yang saya kenal. Bla…bla…bla… loads of work…ocean of emails… hypertension…heart attack…bla…bla…bla.

Hilang pada hendak bertanya tentang subscription bulanan saya, saya mendapat banyak nasihat berguna daripadanya tentang penjagaan kesihatan. Bekas suaminya seorang doktor banyak mengajarnya tentang langkah langkah awal menyelamatkan nyawa seseorang ketika mendapat serangan jantung. Katanya lagi, seseorang yang terkena serangan jantung tidak sepatutnya mati andai orang orang disekitarnya tahu cara cara menyelamatkannya ditambah dengan belum sampai ajal (ok, ayat yang akhir ni saya yang tambah).

Dia banyak bagi saya tips makanan makanan yang baik untuk diambil. Walaupun dah tahu, raikan sajalah nasihatnya. Salah satu yang saya ingat adalah roti berjenama Adventist. Harganya sebuku lebih kurang RM9(!). Boleh gadai tanah nak beli roti ni setiap minggu. Saya rasa hanya ada jual di Cold Storage sebab saya survey kat Mercato Pavilion tak ada.

Memang benarlah orang kata, bila kita sihat, kita sibuk cari duit untuk hidup senang hingga mengabaikan kesihatan. Bila dah sakit, kita cari duit juga untuk mengubati sakit.

Dia menambah, amat senang untuk kita jaga kesihatan hanya dengan mengelak pengambilan:

1. Nasi putih
2. Gula putih
3. Garam putih

Tapi, lidah orang melayu boleh ke elak nasi?

Alternatifnya:

1. Beras perang
2. Gula Perang
3. Garam perang(?) Ada ke garam perang hehehe. Dia tak sebut la garam perang.

Saya nak tambah, selain daripada mengelak perkara di atas selalulah senyum dan sesekali ketawa walaupun kita dalam keadaan stress bekerja seharian.

Gloss: Saya mengenali dia seorang yang serius. Susah nak tengok dia senyum apalagi ketawa. Sekarang dia terpaksa mengambil ubat tekanan darah sebanyak 80mg per tablet. Kadar ini adalah tinggi(!)

4 comments:

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,
Salam ziarah pagi Selasa....
Semua menda putih tak boleh makan, nak tambah sikit, jangan terlalu banyak duduk atas sofa putih,hehehe maksudnya tu jangan terlalu banyak berehatlah...sentiasa aktifkan diri, supaya segala lemak dan gula dapat dibakar....dan tidak meninggalkan mendapan yang boleh menjejaskan kesihatan..

nohas said...

Guna garam bukit, ganti garam laut..

Bersederhana, makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang..ikut sunnah..hmm..peringatan tuk diri sendiri..hehe..

eL said...

Wa'alaikumussalam Kak Lipislady: Memang betul sangat la tu. Keluarkan peluh. Kawan saya tu memang tak ada masa nak rehat pun sebab dia in-charge training. Berlari ke sana ke mari. Tapi tengok juga pemakanan kita kan..makan kari yang bersantan selalu pun tak elok walaupun exercise setiap hari. Nasib baik la sofa saya kaler coklat :-)

Nohas: Nasihat untuk saya juga :-)

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam..
k.el tq atas informasi..so pasni kita x leh mkan nasi putih la..erk..tp secra x lngsung bnda ni blh juga mnegurangkan berat badan kt kan kak