Wednesday, 9 June 2010

Untung Ke Rugi?

Hari tanpa beg plastik. Untung atau rugi?

Pemandu teksi bising mengatakan dia dah menunggu penumpang lebih daripada satu jam di hadapan Jaya Jusco. Selain daripada hari sabtu keadaannya tak begitu. Jaya Jusco menjalankan kempen Hari Tanpa Beg Plastik setiap Sabtu. Cold Storage pula pada hari Khamis dan Sabtu. Pemandu teksi kata hari Sabtu memang kurang orang sekarang sebab orang taknak susahkan diri punggah barang satu-satu dari troli ke dalam teksi. Bila turun dari teksi, terpaksa pulak punggah barang satu-satu dari teksi ke depan rumah. Maka berderetlah depan rumah dengan barang-barang dapur yang baru dibeli. Macam jualan penghabisan stok je. Itu kalau rumah teres. Kalau rumah merpati macam saya? Hoh...kena susun barang-barang satu-satu depan rumah jiran. Turun naik turun naik hantar barang. Idok le teman. 10 kali turun naik, luruh semua rambut. Memang patutlah ramai orang taknak keluar hari Sabtu ke Jusco. Kalau nak beg plastik jugak, Jusco kenakan harga 20 sen sekeping. Nasib baiklah hari yang saya pergi tu saya memang bawak shopping bag. Kebetulan. Saya tahu tentang kempen hari tanpa beg plastik tu tapi saya tak tahu pulak sampai macam tu kisahnya. Jusco kurang orang, menyebabkan barang kurang laku. Pemandu teksi kurang pendapatan bagi yang mana yang memang mencari pendapatan di sekitar Jusco. Itu penangan kempen hari tanpa beg plastik.

Pusat membeli belah seperti Jusco tidak harus menyerah kalah dengan keadaan ini. Ini adalah permulaan untuk mendidik rakyat Malaysia. Diulangi mendidik. Ia adalah untuk kesan jangka panjang. Bukan untuk sementara. Ada faedahnya kalau kita mengetahui. Itu baru satu hari tanpa beg plastik. Dibuatnya beg plastik dinyahkan penggunaannya selama-lamanya? Kita terpaksa jugak bawak beg sendiri kan? Kita memang tak ada pilihan dah. Sekarang ni kita masih ada pilihan. Hari Sabtu tak boleh pakai beg plastik, kita pergi Jusco hari Ahad. Lagipun tak berkudislah kalau kita bawak beg sendiri. Hendaknya pulak kita berkereta sendiri. Cuba bayangkan orang yang tak berkereta seperti saya? Huhuhu...nangis kena susun barang depan rumah jiran. Dari tingkat bawah sampailah ke tingkat 5. Semua terjengul kepala keluar tingkap. Semua orang tahu apa kita beli. Semua orang tahu apa stok kita bulan tu. Kalau dalam beg tu tak ada siapa nampak. Beg tu pun ringan je. Bukannya kena angkat dengan forklift. Boleh lipat-lipat lagi. Tak adalah susah mana.

Tapi pemandu teksi tu kata, sebenarnya kalau Jusco bagi kita plastik pun kita akan recycle plastik tu untuk buang sampah. Plastik kecik-kecik ni senang nak buang sampah kalau banding dengan plastik sampah yang hitam yang besar tu. Nak menunggu sampah penuh, jenuh. Sempat sampah tu berulat dulu. Ni dah tak ada beg plastik, kalau nak buang sampah terpaksalah kena beli beg plastik tu pulak.

Betul jugak ye cakap dia. Tapi macam saya cakap tadi, kalau kita mengetahui akan kebaikannya untuk jangka masa panjang, kita akan fikir banyak kali. Saya tak tahu pusat membeli belah yang lain tetapi Jusco punya beg plastik terutama yang warna hijau tu, adalah dari jenis disposable. Kalau simpan beberapa bulan je, bila kita nak guna ia akan jadi macam roti kirai. Hancur.

Semuanya terpulang pada kita. Untuk melakukan sesuatu yang baik itu, semua bermula dari diri kita sendiri. Kalau setiap orang bermula dari diri sendiri, kempen ini akan berjaya. Insya-Allah.

Gloss: Saya tak kira, kurang orang lagi suka saya pergi. Senang saya nak rempit troli saya.

Gloss II: Cakap je pandai kau el.

3 comments:

Lan Bingka said...

saya ok je. pegi k4 hari sabtu memang bawa beg sendiri. siap hari jumaat (hari wesak) hari tu pun nak terbawak beg sendiri, ingatkan hari sabtu..hehe.

nohas said...

Saya pernah alami, adalah 5 kali turun naik angkat barang. Nasib baik tkt 1 je..sebab tak tau kena bawa beg sendiri..

Apa2 pun kena sokong juga kempen ni..ikut mentaliti mat saleh,hehe.. kita sebagai Muslim sepatutnya lebih menjaga alam ciptaan Allah SWT, kitakan khalifah di sini..

eL said...

Lan: Hehehe...cakap pasal cuti, hari khamis hari tu terasa macam hari jumaat sebab esoknya cuti wesak. Entry pasal hari tanpa beg plastik, jawab pasal cuti. Mengarut la hang ni el.

Nohas: Waaahhhh...pernah alami ye. Nasib tingkat 1. Saya tingkat 2. Tak sanggup rasanya nak turun naik.

Kita sokonglah ye. Jangan lupa kemana-mana bawa beg sendiri. Tiap-tiap hari pun tak apa. Bukan berat kan?