Monday, 28 June 2010

Drama Itu

Pertama kali saya dengar tajuk drama itu ketika dipromosikan “Datang Bulan”, saya berkata di dalam hati “macamlah tak ada tajuk lain”. Ada suara di dalam kepala saya mengatakan mungkin drama itu adalah drama seram yang berlakunya ketika bulan datang/mengambang agaknya.

Sabtu lepas sebelum saya keluar ke pejabat pos, saya dengan tak sengaja telah menonton ulangan drama ini. Sejak berleluasanya drama dan filem seram sejak akhir akhir ini, saya tak pernah lagi menonton genre sebegini di waktu malam berseorangan. Ternyata ia memang berkenaan dengan kisah datang bulan.

Hoh….saya amat terperanjat dan terkeluar perkataan dari mulut saya ketika menonton tu “iiihhh…mengarut” ketika kamera mengambil shot jarak dekat tuala wanita yang dipenuhi darah seorang gadis yang menukar napkinnya di belakang pokok besar dan napkin terpakai itu telah diletakkan saja di tepi pangkal pokok itu. Dia berekspedisi dengan kawan kawannya ke Taman Negara.

Ye ye…saya tahu. Ia air sirap atau apa apa saja cecair yang berwarna merah yang dititikkan di atas napkin wanita. Ia hanya lakonan. Saya tahu. Cuma saya fikir, di dalam banyak banyak benda, kenapalah “rahsia” itu dizahirkan walaupun dalam bentuk palsu.

Saya sentuh dari sisi wanita sahajalah ye. Daripada sisi lelaki tentang drama ini saya tak mahu sentuh.

Ok, cerita itu bukanlah tak elok. Sifat empati saya mengatakan cerita ini membawa pengajaran untuk wanita sebenarnya. Setiap wanita harus berhati hati dan menjaga rahsia mereka secara betul dan baik kerana ia juga ada haknya. Ia adalah kejadian Allah. Maka tempatkan ia di tempat yang sepatutnya. Kita tidak sedar dan mengambil ringan kerana kita merasakan ia adalah kotor yang sepatutnya dibuang. Ye, memang sepatutnya dibuang tetapi ada cara yang betul dan baik. Maka, bertanggungjawablah.

2 comments:

hai said...

akak x tau citer apa yg el maksudkan tapi setiap yang dilakonkan tu mungkin ada benarnya...pompuan skrg x tau malu...buang mende tu bersepah2 camtu je..mcm buang tisu...kalau zaman akak dulu... beli mende tu pun suruh org kedai bungkus ngan suratkhabar,nak bawak balik pun segan sangat.

eL said...

Kak Hai: Apa yang akak cakap tu memang betul. Saya sempat zaman zaman saya suruh orang kedai tu bungkus dengan kertas suratkhabar. Malu orang nampak. Even bungkus 4 segi pun segan sebab perasaan tu rasa orang boleh tahu kita beli apa. So, mintak kertas suratkhabar lebih renyuk renyuk macam sampah kononnya.